SOURUMEITO 19

1.8K 134 10
                                    

Nashmia mendongkol geram. Berkali-kali juga dia ketuk kepala sendiri. Dah kenapa nak rasa berjauh hati? Dia dengan Shin tu kawan je lah.

'Kau suka dia la' Satu suara tiba-tiba menerjah telinga nya. Terus terpasak kaki nya di situ.

Nashmia melihat sekeliling. Suara siapa yang bercakap tadi tu?

'Suara hati kau' Bergema lagi suara itu menerjah pendengaran nya.

Nashmia terus sentuh dada nya sendiri. Hairan betul. Jangan nak merepek lah.

'Kalau tak suka, kenapa nak terasa hati tengok dia dengan perempuan lain?' Soal suara itu lagi.

"Argh! Jangan nak mengarut. Aku anggap dia kawan je lah!" Nashmia cuba menafikan. Dia bercakap sendiri di situ.

'Kalau dia kena kebas nanti, jangan kau putih mata. Miranda tu bukan calang-calang orang' Suara itu terus-terusan mengasak Nashmia.

"Diam!" Nashmia terus menekup kedua belah telinga nya sebelum dia merasakan lengan nya yang berlapik baju itu sentuh. Pantas Nashmia menurunkan tangan nya ke bawah sebelum pandangan nya bertembung dengan mata Shin.

"Jom" Lengan Nashmia terus di pegang kemas dan di heret mengikut langkah nya.

"Eh kau nak bawa aku pergi mana ni Shin?" Soal Nashmia hairan.

"Nak bawa kau pergi makan"

"Aku dah kenyang. Kau pergi lah" Nashmia menolak. Sungguh dia sudah hilang selera sekarang ini.

Langkah Shin terus terhenti bila Nashmia menarik lengan dari pegangan nya.

"Sakki nani o tabete onaka ippai ni natta no?" (Kenyang makan apa tadi sayang?) Soal Shin perlahan.

Nashmia berpeluk tubuh dan membuang pandang ke lain. Soalan Shin tidak di jawab. Dia hanya mendengus perlahan.

Shin menapak menghampiri Nashmia lebih dekat. Dia mendekatkan wajah nya menyebabkan Nashmia terus jarakkan kepala nya ke belakang. Kalau dia tak cepat bertindak mahu nya sudah bertemu hidung dia dengan hidung Shin. Shin ni dah kenapa?

"Me wa umaku uso o tsukenai, Sourumeito" (Mata kau tak pandai menipu, Sourumeito)

"Kau cakap apa ni? Jangan nak mengarut boleh tak?" Nashmia melarikan anak mata nya ke arah lain.

"Tadi Mira nak ajak aku pergi makan. Tapi terlepas pulak peluang tu sebab dia ada hal tiba-tiba. Jadi, sekarang kau ganti lah tempat dia untuk teman aku makan" Shin ukir senyum.

"Kau tunggu lah sampai dia free kalau kau betul-betul nak makan dengan dia. Apahal aku nak kena ganti tempat dia. Jangan sibuk nak ajak aku. Dah, tepi!" Nashmia menolak tubuh Shin.

Semakin sakit pula hati nya mendengar. Tubuhnya tiba-tiba terdorong ke belakang bila backpack di belakang nya di tarik oleh Shin. Akibat gagal mengawal tubuh nya, dia terus jatuh terlentang ke belakang menyebabkan dia terus jatuh menghempap Shin yang masih berdiri di situ. Nashmia tergamam. Mereka sama-sama jatuh terlentang tapi yang membuatkan nya terasa kebas muka bila dia elok jatuh terlentang di atas tubuh Shin. Terburu-buru Nashmia mahu bangun namun Shin menahan. Shin sudah tahan senyum.

"Shin!! Kau buat apa ni? Lepas lah!" Nashmia memukul lengan Shin yang berada di bawah belakang tubuh nya dengan kuat. Namun telinga nya hanya menangkap bunyi gelak ketawa lelaki itu.

"Someone is jealous here.. Is it you sayang?"

"Eeii kau merepek apa ni? Lepasss lah!! Aku tumbuk kau nanti!" Nashmia sudah menahan malu bila banyak mata yang melihat mereka di situ.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now