🔥Jom lerr angguk2 kepala baca sambil layan lagu ni.. I try to make this scene alive.. hahahaha
"Argh!"
Stereng di hentak dengan kuat bila niat hendak melanggar Nashmia tadi gagal. Miranda terus memandu laju menghala ke arah pejabatnya kerana sekarang dia menggunakan kereta syarikat. Selepas dia tahu Hisoka berjumpa dengan keluarga Nashmia di situ tadi, dia terus saja menunggu di situ. Akibat rasa sakit hati yang melampau dia telah mengambil tindakan sejauh ini. Mahu Nashmia mati. Namun nasib masih menyebelahi perempuan itu.
Tergesa-gesa dia keluar dari perut kereta selepas sampai di hadapan pejabatnya. Mahu mengambil barang-barangnya sebelum dia berniat mahu balik ke rumah. Kalau kali ini Nashmia masih terlepas, dia akan pastikan lain kali perempuan itu benar-benar akan mati. Zayyan milik dia, hanya milik dia. Kalau dia tidak dapat memiliki Zayyan, bermakna tak akan ada perempuan lain yang dapat memiliki lelaki itu.
Sudah lama dia menyembunyikan identitinya yang sebenar demi untuk menjejaki Shin sehingga ke Malaysia. Dia sanggup mengubah penampilan dan rupanya demi Shin. Demi cintanya pada Shin. Dan biarlah segala kebenaran itu di simpan kemas dulu buat masa ini. Cukup masa nanti, dia akan tunjukkan siapa dirinya yang sebenar.
'Kimi wa boku no mono, Shin. Kimi o ubatta onna wa shinubeki da!' (Kau milik aku Shin. Perempuan perampas tu patut mati!)
Tak semudah itu aku nak mengalah bila aku sudah sampai sejauh ini demi kau Shin! Kau tak pernah pun nak pandang aku sebelum ini. Apa kurangnya aku? Turun naik bahunya menahan rasa marah yang menggila. Bila dia mendengar berita yang Shin sudah bernikah dengan Nashmia, semakin menggunung tinggi kemarahannya. Dan dia akan pastikan semua perancangannya dan Hisoka akan berjaya.
Miranda terus naik ke tingkat atas menghala ke bilik pejabatnya. Mahu mengambil barang-barangnya sebelum dia terus saja berlalu keluar semula. Tidak mahu sesiapa melihatnya berada di sini. Tujuan dia menggunakan kereta syarikat itu tadi supaya tiada sesiapa mengesyakinya. Kalau terjadi apa-apa, sudah pasti pemandu syarikat yang akan dipersalahkan.
Miranda melingas ke sekeliling. Kaki berlari-lari kecil menuju ke arah keretanya. Dia segera meloloskan diri ke dalam perut kereta. Enjin kereta di hidupkan dan ketika dia baru hendak menggerakkan keretanya, mengejut dia menekan brek bila keretanya dihalang oleh kereta mewah yang tiba-tiba berada di hadapan keretanya.
Berdecit bunyi tayar kereta Lamborghini itu bergesel dengan permukaan jalan. Shin terus saja keluar dari perut kereta. Dengan riak wajah tegang, dia terus berjalan laju menghampiri kereta Miranda. Cermin kereta itu di ketuk sekuat hati.
Miranda sedikit cemas. Kenapa Shin berada di sini? Takkan lah Shin tahu yang dia memandu kereta syarikat itu tadi. Liur di telan kasar.
Tok! Tok! Tok!
Miranda sekadar melihat sosok tubuh Shin yang berdiri di luar. Nampak tegang dan merah padam wajah lelaki itu sekarang.
"Bukak!!!! Shin menjerkah bila tiada tanda-tanda Miranda mahu membuka pintu keretanya.
Miranda sekadar lorek senyum nipis. Oh.. betapa dia rindukan lelaki ini. Sekurang-kurangnya bahagian tubuh dia sudah menerima ciuman dari lelaki ini pada malam kejadian itu. Itu yang membuatkannya semakin gila bayang dengan Shin.
"Kau bukak pintu ni Mira! Sebelum aku pecahkan cermin kereta kau ni! Bukak!" Semakin naik suhu kemarahan Shin sekarang. Jangan ingat dia sekadar bercakap kosong.
Berdetap-detup bunyi pembuka pintu kereta bila di tarik oleh Shin bertalu-talu tanpa henti. Sesekali kakinya menendang kuat pintu kereta Miranda menyebabkan kereta itu turut bergoyang.
"Kau degil ye.. baik.. kau tunggu...."
Shin berundur beberapa tapak ke belakang. Dia sudah bersedia mahu menendang cermin pintu kereta Miranda. Dan bila kakinya hampir saja mengenai cermin kereta itu, sepantas kilat Miranda terus membuka pintu keretanya.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Action🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...