SOURUMEITO 49

1.9K 118 16
                                    

Hari ini tibalah hari yang dinantikan oleh kedua-dua pasangan mempelai Jazeel dan Bunga yang akan disatukan dalam ikatan pernikahan sekaligus mengadakan majlis persandingan serentak bersama dengan Shin dan juga Nashmia. Majlis perkahwinan mereka diadakan di hotel terkemuka secara meriah dan gilang gemilang.

Pasangan pengantin sedang berada di bilik masing-masing sedang bersiap. Majlis akan dimulai dengan majlis akad nikah Jazeel dan Bunga, selepas itu barulah majlis persandingan mereka berempat dijalankan.

Jay dan Ayana sejak tadi tidak menang tangan melayan para tetamu yang datang membanjiri kawasan dewan dalam hotel yang sudah ditempah untuk majlis perkahwinan anak-anak mereka. Sungguh pun hati merasa sedih kerana melihat anak-anak mereka masing-masing sudah mendirikan rumahtangga, namun mereka tumpang gembira bila melihat anak-anak mereka menemui pasangan hidup yang baik yang mampu diharapkan untuk melangkah bersama sampai ke syurga nanti.

Tan Sri Borhan pula sudah duduk di ruang tempat akad nikah bakal dilangsungkan nanti. Dia duduk di situ bersama dengan para saksi dan juga jurunikah. Menanti ketibaan pengantin lelaki masuk ke dalam dewan.

Ruang dalam dewan sudah di penuhi oleh para tetamu yang datang. Masing-masing teruja mahu melihat anak-anak CEO terkenal itu bersanding hari ini. Kerlipan cahaya dari lensa kamera jurukamera tidak kurang juga menyinari kawasan dalam dewan sejak tadi.

Shin dan Nashmia bersiap bersama dalam satu bilik. Mereka berdua memilih tema pakaian berwarna merah hati untuk majlis persandingan mereka hari ini. Shin ukir senyum melihat wajah isterinya yang berkali ganda cantiknya selepas siap di tatarias oleh jurumekap yang ditempah khas itu.

Tak berkelip matanya melihat. Mata jatuh pula pada pakaian pengantin yang tersarung di tubuh isterinya. Nampak anggun dan menawan persis puteri raja. Atas kepala siap diletakkan mahkota lagi. Fuh! Sungguh dia jatuh cinta lagi dengan isterinya hari ini. Dia terus menghampiri isterinya yang duduk di hadapan cermin solek itu. Berdiri di belakang isterinya dan tangan diletakkan di atas kedua-dua belah bahu isterinya.

Nashmia yang melihat biasan wajah suaminya dalam cermin, ukir senyum. Pertama kali melihat suaminya dalam persalinan baju melayu, bersamping dan memakai tengkolok di kepala, semakin bertambah kacak wajah Jepun milik suaminya itu.

"You look so beautiful sayang.. buat abang berkali-kali jatuh cinta dengan sayang..."

Nashmia tergelak kecil.

"Abang pun apa kurangnya. Handsome betul pakai macam ala-ala putera raja ni tau" Nashmia memegang tangan suaminya yang masih mendarat di atas bahunya.

"Handsome eh? Abang pun pertama kali la pakai ni sayang. Tapi betul cakap sayang tu, memang handsome" Shin angkat keningnya berkali-kali. Rasa bangga bila di puji kacak oleh isterinya tadi.

"Eeiiii bangga la tu!"

"Of course sayang. Dah isteri puji haruslah abang bangga"

Shin memperkemaskan lagi tengkolok di kepalanya. Sesekali dia menyentuh hujung bibir yang masih ada kesan lebam. Nasib baiklah dapat di tutup dengan kesan make up untuk sementara. Tak adalah ketara sangat lebamnya.

"Jap lagi Jaz pun dah nak bergelar suami. Lepas ni dia pulak akan sibuk layan isteri" Shin bersuara lagi.

Tentu saja hari ini akan lebih meraikan Jazeel dan Bunga. Dan dia pun tak sabar nak tunggu Jazeel melafazkan akad nanti. Seronok lah dia bila Jazeel pun dah join club suami nanti. Hehe. Boleh bagi tips dengan Jazeel nanti. Tips cara-cara nak buat baby.

Ting tong ting tong!

Mendengar loceng pintu ditekan dari luar, Shin terus menghampiri dan membuka daun pintu. Kelihata wajah Azman berdiri di situ.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now