"Hai Mia, hai Haikal. Wahh tak sangka pulak Mia dengan Haikal......" Miranda tersenyum. Dia terus memeluk lengan Shin erat. Tidak menghabiskan ayatnya.
Shin tidak lepas dari melihat Nashmia. Tak sangka yang Nashmia keluar dengan Haikal petang ni. Kenapa dia langsung tak tahu? Kalau tak terserempak, sampai bila-bila dia tak akan tahu.
"Kau buat apa kat sini Shin?" Soal Nashmia terkejut. Mata melirik ke arah tangan Miranda yang memeluk lengan Shin. Bagaikan pasangan kekasih saja lagak nya. Huh!
"Keluar jalan-jalan dengan Mira" Balas Shin sengaja. Padahal dia tak ada pun buat temujanji nak keluar dengan Miranda. Kebetulan terserempak je kat sini tadi masa dia keluar dengan Jazeel. Jazeel pula sudah balik ke rumah baru sekejap tadi. Dia pula terus stuck dengan Miranda kat sini gara-gara Miranda meminta dia untuk temankan gadis itu jalan-jalan petang ini.
Nashmia sekadar angkat bahu nya malas. Dia terus memandang ke arah Haikal yang hanya diam sejak tadi. Rasa geram cuba di kawal sebaik mungkin. Bibir di ketap rapat.
"Zayyan, jom lah kita duduk kat sana. Jangan la ganggu Mia dengan Haikal tengah dating ni" Miranda terus saja menarik Shin pergi dari situ. Mereka duduk di meja di sebelah sana.
Haikal menoleh sekilas. Senyuman di ukir. Bagus jugak lah kalau Shin lihat dia dengan Nashmia kat sini. Biar lelaki itu sedar, yang dia juga boleh merebut hati Nashmia. Selagi Nashmia belum menjadi milik sesiapa, selagi itu dia tidak akan mengalah begitu saja. Mudah sikit niat dia nak melamar Nashmia lepas ni. Dia nampak pandangan mata Shin yang menghantar amaran pada nya. Sikit pun dia tak hairan. Dia sekadar tayang senyum sinis ke arah Shin.
"Lepas makan ni kita tengok wayang nak?" Haikal cuba mengalih perhatian Nashmia. Makanan yang sudah di grill terus di letak ke atas pinggan Nashmia. Dia nak layan dan ambil hati Nashmia sebaik mungkin.
"Boleh jugak. Saya ikut je" Nashmia terus mengupas kulit udang yang panas itu tanpa sengaja.
"Auch!" Udang di lepas semula ke dalam pinggan. Tak perasan yang udang itu masih panas. Nashmia mengibas-ngibas jari nya yang terasa melecur.
"Mia.." Haikal secara spontan terus mencapai jemari Nashmia yang sudah memerah.
"Kan masih panas lagi tu Mia. Melecur dah jari awak ni" Haikal terus melihat jari Nashmia yang berada dalam pegangan nya.
"Eh tak apa Haikal. Sikit je ni" Nashmia mahu menarik jari nya tapi Haikal tidak pula mahu melepaskan.
"Mana ada sikit ni Mia. Saya bawak awak pergi klinik"
"Eh tak payah Haikal. Nanti saya sapu krim elok lah ni. Alah bukan teruk sangat pun" Nashmia menolak. Malas nak menyusahkan Haikal.
"Betul ni?" Soal Haikal risau.
"Ye betul" Nashmia meyakinkan. Sekata melecur sikit saja tak payah la sampai nak kena bawa ke klinik bagai.
"Nanti pergi farmasi saya belikan ubat. Jangan di biarkan tu. Saya risau tengok awak cedera macam tu Mia. Sini biar saya kupas kulit udang tu" Pinggan Nashmia terus di tarik. Haikal terus saja mengupas kulit udang untuk Nashmia.
"Eh tak pe lah Haikal. Saya boleh kupas sendiri" Nashmia mahu menarik semula pinggan nya namun Haikal pantas menghalang menyebabkan tangan nya terus berada dalam genggaman tangan Haikal.
Drastik Nashmia terus menarik tangan nya. Rasa segan dan tidak selesa pula jadi nya dengan tingkah Haikal.
"Sorry Mia... biar saya buatkan untuk awak. Awak tinggal makan je. Saya sanggup buat apa saja untuk awak okay" Haikal tersenyum senang dan tangan nya terus saja lincah mengupas udang yang selebihnya.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Action🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...