"Tak mungkin dia anak Marleena!! Tak mungkin!!" Tangan dikepal kuat. Seakan mengumpul segala perasaannya di situ. Bagaimana dia mahu mempercayainya sedangkan lima tahun dia hidup bersama dengan Marleena dulu, bekas isterinya itu tidak pernah mengandung. Lebih menyakitkan bila dia dapat tahu bekas isterinya dulu sengaja menelan pil perancang hanya sebab tidak mahu mengandungkan zuriatnya.
Jazeel dan Nashmia terus meluru ke arah Jay yang sudah jatuh terduduk disitu bersama esakannya. Ayana pula hanya mampu menangis dalam diam melihat keadaan suaminya sekarang. Ya Allah, apa lagi kebenaran yang bakal terungkap selepas ini.
"Pa... kenapa ni pa?" Soal Jazeel sambil memeluk bahu Jay erat.
Shin juga menapak ke situ. Dia sendiri masih tidak faham apa yang sedang berlaku. Apa kaitan Ayumi dengan ayah mertuanya?
"Tak mungkin... tak mungkin...." Jay bermati-matian mahu menafikan. Kepala di geleng berkali-kali.
Hisoka dan Ayumi hanya ketawa senang hati melihat Jay yang nampak lemah di mata mereka ketika ini.
"Tak ada guna kau nak menafikan Jay. Inilah kenyataan yang perlu kau terima dan kau perlu dengar hari ini. Biar kau sedar akan sebuah hakikat yang akan merobek hati kau selepas ini"
"Aku tak percaya! Ini semua helah kau kan Hisoka?" Jay menjerkah. Dia bangkit berdiri semula.
"Hahahahaha... hmmm... apa kau lupa ketika kau mengambil keputusan untuk mengahwini Marleena dulu, apa status dia masa kau sentuh dia pada malam pertama? Kau lupa ke Jay?"
Jay memejam matanya rapat. Bibir diketap. Seakan terlayar kembali semua kenangan itu dimindanya. Dulu, dia benar-benar ikhlas menerima dan mencintai Marleena. Dia tidak pernah sekalipun mengungkit perihal kesucian bekas isterinya itu kerana bagi dia, apa yang berlaku ke atas bekas isterinya itu adalah kisah silam Marleena, dan dia adalah kisah masa depan untuk Marleena.
"Aku tak lupa. Aku ikhlas terima dia jadi isteri aku kerana aku mahu melindungi dia. Aku mahu menyayangi dia. Dia menjadi mangsa nafsu serakah manusia bangsat!"
"Kau yakin ke Jay? Kau yakin apa yang kau percaya itu benar?" Soal Hisoka, sinis.
"Apa maksud kau Hisoka?" Jay semakin penasaran. Apa lagi kenyataan yang dia tidak pernah tahu tentang arwah bekas isterinya itu.
"Urffff!! Ternyata kau ni bodoh dan buta sebab cinta Jay. Sebab tu kau langsung tak pernah nak syak wasangka langsung dengan Marleena"
Jay cuba mengawal emosinya saat ini. Dia tidak menjawab. Sekadar membiarkan Hisoka membongkar semuanya.
"Sebelum kau kutip dia, aku yang dulu kutip dia dekat rumah pelacuran. Anak Datuk yang berpangkat pelacur kelas atasan. Aku beli dia, aku tiduri dia sebab aku nak dia lahirkan zuriat keturunan aku semata-mata. Dan dia mengandung. Sebaik saja dia lahirkan Ayumi, aku hantar dia kepada kau. Dan aku besarkan Ayumi hanya untuk satu tujuan, balas dendam dengan kau. Aku suruh Marleena reka cerita yang dia menjadi mangsa rogol, dan kebetulan malam itu, kau yang menemui dia terbaring di tepi jalan"
Saat ini, terasa nyawa Jay bagaikan direntap pergi. Kenapa kebenaran ini terlalu menyakitkan?
"Sebab kau bodoh, kau termakan dengan kelembutan dan personalitinya yang palsu itu. Kau cintakan dia bermati-matian, kau sanggup jadikan dia isteri kau sampai 5 tahun lamanya kau bertahan dengan dia. Cecece... aku kagum dengan kesetiaan kau. Tapi itulah, kalau dah namanya pelacur, mana dia tahu erti cinta dan kesetiaan. Dia berlaku curang dengan Mateen, malah dengan beberapa orang lelaki lain sudah puas meniduri dia dibelakang kau tanpa kau sedar. Tapi aku tak kisah sebab aku yang tak benarkan dia melahirkan zuriat keturunan kau!" Wajah Hisoka terus bertukar bengis.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Akcja🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...