SOURUMEITO 17

1.8K 128 7
                                    

Selepas lunch dengan Miranda tadi, Nashmia hanya mendiamkan diri. Langsung tidak bersuara sepatah pun. Dia hanya membuang pandang ke luar tingkap. Malas mahu berbual dengan Shin mahupun Jazeel.

Eeii tak boleh blah la tengok si Miranda tu tadi. Siap ber selfie lagi dengan Shin. Kemain mesra saja lagak nya padahal baru je kenal. Gedik sana gedik sini. Berbulu mata dia tengok tau tak. Sudah la pakaian kemain seksi. Seronok la si mamat Jepun tu kan dapat cuci mata. Mahu terjojol agak nya biji mata dia tengok body seksi si Miranda tu.

Bunyi pesanan yang masuk ke telefon bimbit Shin menyebabkan Nashmia curi-curi mengerling ke depan.

Melihat Shin yang tersenyum-senyum sedang melihat apa entah dekat skrin telefon dia tu, dia mendengus geram. Seronok benar nampak!

"Jaz, kau tengok ni... " Shin menunjukkan kepada Jazeel skrin telefon bimbit nya.

Jazeel juga ikut tersenyum bila melihat gambar selfie Shin dan Miranda sudah tersebar di akaun instagram milik gadis itu. Komen pula sudah naik sampai beratus-ratus walaupun tak sampai setengah jam gambar itu tersebar.

"Cepat betul si Mira tu buat kerja. Tak lama lagi glamour la kau Shin. Mesti keluar gosip nanti peminat Miranda akan ingat kau ni teman lelaki dia"

"Hisy, takkan lah sampai ke situ pulak Jaz" Shin kerut dahi.

"Apa pulak tak sampai. Mira tu hot model kau tau. Ramai peminat. Golongan VIP tak kira usia berebut-rebut nak kat dia, tapi dia mana pernah layan. Tu yang aku hairan tengok tadi bila dia layan kau mesra sangat"

"Yeke? Tak semesti nya bila bergambar berdua macam ni orang terus anggap pasangan bercinta Jaz" Shin cuba menyangkal lagi. Tak berapa setuju dengan kata-kata Jazeel.

"Kau tak kenal lagi netizen kat Malaysia ni Shin. Cepat dan pantas buat kerja. Kau bagi la apa ja berita, dalam masa 24 jam netizen Malaysia settle kan. Hahahaha!" Jazeel terus hambur gelak di situ. Geli hati bila mengenangkan sikap netizen Malaysia yang kadang-kadang boleh mengalahkan kerja polis saja lagak nya.

"Macam tu ke? Dahsyat jugak ye" Shin garu kepala. Dia terus membaca komen-komen di situ. Rata-rata komen peminat Miranda yang memuji mereka adalah pasangan yang secocok. Aduh!

"Baru kau tahu. Apatah lagi kalau berita macam ni. Cepat je tersebar. Alah, kau dengan Mira sama-sama single. Apa kau nak risau. Layan je lah" Jazeel pula semakin menambahkan bara api yang sudah mula terbakar dalam hati orang yang duduk di belakang. Dia sembunyi senyum sambil mengerling adik nya yang masam mencuka melalui cermin pandang belakang.

Nashmia ketap bibir. Telefon bimbit nya terus saja di keluarkan. Tidak berpuas hati mendengar perbualan kedua lelaki itu. Mereka berbual pasal gambar Shin dan Miranda.

Akaun instagram Miranda di cari. Dan mata nya terus memicing tajam melihat gambar selfie Shin dan Miranda terpampang di situ. Dia membaca pula komen-komen peminat Miranda di situ satu persatu.

Wah, memang sepandan

Bagai pinang di belah dua

Mesti jadi wedding of the year punya lah!

Kami sokong pilihan you Mira.

Handsome gilerrr ah!

Bla.. Bla.. Bla.. Nashmia terus-terusan mengajuk komen-komen di situ. Mengada-ngada! Rasa nak koyak-koyak je gambar tu, tapi macam mana? Bukan gambar fizikal pun. Sudah nya, wajah dia semakin kelat dan masam macam tertelan selori asam.

Sakit hati!

Sakit hati!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now