SOURUMEITO 36

2K 134 26
                                    

Ting tong! Ting tong!

Tok! Tok! Tok!

Tak cukup dengan bunyi loceng, bunyi ketukan pula bertalu-talu datang dari luar bila Nashmia langsung tidak berganjak untuk membuka pintu. Dia kerut dahi. Takkan si betina tu dekat luar tu? Kalau betul, kali ni memang betul-betul tapak kasut dia singgah ke muka betina tu nanti.

"Sayang..." Shin tersenyum. 

Nashmia menoleh. Dia jegil mata melihat muka Shin yang tersengih-sengih memandang nya.

"Haih! Macam mana nak ubat penyakit miang kau ni Shin! Pening la kepala aku kalau macam ni. Aku masih fikir lagi ni siapa kat luar tu kau tau tak!" Nashmia berbisik perlahan. Dia duduk bertinggung di hadapan Shin.

Melihat tangan Shin yang naik mahu membelai pipi nya, segera dia menepis. Gila la Miranda tu. Kalau la dia tak tahu Shin ada kat sini, agaknyaaa...... eeeiiiiii!!! Geli nak fikirkan. Kalau betul benda tu terjadi tadi, memang dia pangkah dah si Shin ni. Lepas tu tendang dia pergi balik sampai ke Jepun sana. Huh! Nasib baik lah kan sempat di selamatkan status teruna dia tu. Geram betul la. Baru je tadi melamar dia nak ajak kahwin. Tup tup dah jadi macam ni. Ni kalau papa tahu, macam mana?

Ting tong! Ting tong!

Nashmia mengeluh perlahan. Masih tak putus asa lagi rupanya orang kat luar tu. Dia mengintai di bawah lubang pintu. Nampak kaki manusia. Tapi bukan sepasang kaki, ada berpasang-pasang kaki dekat luar tu . Siapa tu? Nashmia gigit bibir. 

"Kau duduk sini diam-diam. Jangan nak buat perangai. Aku bukak pintu kejap. Kut-kut room service ke apa"

Nashmia terus berdiri dan mencapai tombol pintu. Kenapa pula hatinya merasa berdebar tak tentu arah ni. Daun pintu di tarik perlahan. Dia menjengok sedikit kepala nya di celah pintu. Eh, ada 5 orang yang berdiri depan pintu bilik ni. Siapa mereka ni? Muka garang yakmat.

"Selamat malam cik" Sapa lelaki yang berdiri paling hadapan sekali.

"Err selamat malam. Ada apa ya encik?" Nashmia ukir senyum. 

"Maaf menganggu. Sebelum tu saya nak tahu cik ni beragama apa?" Soal lelaki itu lagi.

"Ha? Erm saya Islam encik"

Lelaki itu angguk. 

"Kami pegawai dari Jabatan Agama Islam. Kami sedang menjalankan operasi cegah maksiat. Boleh kami buat pemeriksaan ke dalam bilik cik?"

"Hah!?" Terkejut beruk Nashmia mendengar. Mati la kalau macam ni. Tak pula dia mahu membuka pintu itu lebih luas.

Seorang pegawai wanita sudah bergerak ke hadapan mahu masuk ke dalam bilik. Namun Nashmia pantas menahan.

"Eh maaf puan. Saya tak ada buat apa-apa. Kenapa nak periksa bilik ni. Ni bukan bilik saya puan. Sumpah! Ni bilik orang lain"

"Maaf cik. Tolong bagi kerjasama. Kami sekadar nak menjalankan tugas saja. Kalau cik tak ada buat apa-apa kesalahan, tak perlu takut. Cik memang seorang saja ke dalam bilik ni?" Soal pegawai wanita itu lagi.

"Ha.... ye.... s...saya seor....."

"Hmmmm... buat apa ni sayang?" Dan dan tu jugak Shin sudah memeluk Nashmia dari belakang.

"Argh!!!" Hampir-hampir Nashmia hendak melompat akibat terkejut.

Semua pegawai di situ terus kerut dahi bila melihat ada seorang lelaki tanpa segan silu memeluk perempuan di hadapan mereka ini. 

Nashmia pula sudah tersenyum kelat. Liur di telan berkali-kali. Rasa nak je tumbuk muka Shin ni. Hey geram betul lah.

"Ni siapa cik? Suami cik ke?"

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now