SOURUMEITO 60

3.1K 121 11
                                    

6 bulan kemudian...

Hari ini adalah hari ulangtahun Jazeel dan Nashmia yang ke 24 tahun. Seawal pagi lagi, Ayana la yang paling teruja mahu memasak macam-macam untuk jamuan keluarga hari ini. Sudah lama mereka tidak makan beramai-ramai begini.

Selepasa 6 bulan berlalu, mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Nashmia dan Shin pula sudah sembuh sepenuhnya dari kecederaan mereka. Hampir 3 bulan juga mereka berdua terpaksa berehat di rumah dan tidak dapat hendak ke mana-mana. Selama 3 bulan itu juga Ayana dan Jay mahu mereka berdua duduk di rumah agam ini kerana mahu memantau keadaan anak dan menantunya.

"Mama..." Nashmia yang baru muncul di dapur, memeluk belakang tubuh ibunya. Bunga pula sibuk memotong sayur di meja pulau.

"Dah balik anak mama ni? Ada beli tak apa yang mama suruh tadi tu?" Ayana ukir senyum sambil tangannya lincah mencuci ayam dalam sinki.

"Dah mama. Ni Bunga aku beli untuk kau sekali" Lantas Nashmia menghulurkan kotak kecil itu kepada Bunga.

"Thank you Mia" Bunga sekadar tersenyum sambil memandang kotak di tangannya itu.

"Lepas ni pergi check" Ayana bersuara lagi. Sejak tadi tak lekang senyuman di bibirnya bila melihat raut wajah anak dan menantunya itu.

"Mama nak masak apa hari ni?" Nashmia menjengok ke dalam periuk besar yang sedang mendidih di atas dapur.

Penutup periuk di buka sedikit. Terus semerbak bau kuah kacang yang sedang mendidih itu.

"Ada sate ke ma?" Soal Nashmia mula terliur. Sejak dua menjak ni, kuat betul dia makan sate. Sekelip mata dia boleh habiskan 20 cucuk sate. Shin pula yang naik bising tengok dia makan sate banyak sangat macam tu. Manis katanya.

Alahai, dah dia teringin nak buat macam mana.

"Ada. Jaz dengan papa tengah bakar dekat belakang tu. Zayyan mana?"

"Hmm ada la kot dekat along dengan papa tu" Nashmia mencapai senduk dan mengacau kuah kacang dalam periuk perlahan-lahan.

Sekarang, tekak nya sudah teringin hendak makan sate bila bau kuah kacang itu tak henti-henti menusuk ke rongga hidungnya.

Melihat along nya yang muncul di muka pintu dapur dengan membawa sedulang sate yang sudah masak, terus membulat mata Nashmia melihat. Tak tunggu lama, dia terus mencedok sedikit kuah sate ke dalam mangkuk kecil dan terus di bawa ke meja pulau. Dia menjengok ke dalam dulang yang baru diletakkan oleh Jazeel di atas meja.

"Eh, dah ready kuah kacang dia" Jazeel menegur. Sempat dia mengucup pipi Bunga di situ sambil tersengih.

"Abang macam la tak tahu selera Mia sekarang ni. Dah jadi hantu sate" Bunga tergelak kecil di situ.

Nashmia mencebik. Sempat lagi tu nak berkasih sayang dekat dapur ni ye. Kerusi di tarik dan dia labuhkan duduk di situ. Beberapa cucuk sate terus di capai dan di celup ke dalam kuah kacang sebelum di suap ke dalam mulut. Sampai terpejam-pejam matanya menikmati keenakan rasa isi daging yang sangat lembut itu. Resepi perapan ramuan papanya tak pernah tak sedap.

Tak sedar 10 cucuk sate dah dia telan. Jazeel pula sudah berlalu keluar semula ke kawasan belakang. Shin yang baru muncul membawa dulang sate kambing, berhenti di muka pintu dapur. Dia kerut dahi bila melihat isterinya sedang enak duduk mengunyah sate di meja pulau. Siap terpejam-pejam lagi mata tu. Haish! Hebat sangat ke penangan sate tu?

Dia melangkah perlahan. Dulang berisi sate kambing diletakkan ke atas meja. Bunga yang melihat Shin di situ, tergelak-gelak bila melihat Nashmia yang masih tidak sedar dengan kehadiran suaminya di situ. Shin memberi isyarat kepada Bunga supaya jangan bising. Bunga mengangkat ibu jarinya sebelum dia bangkit dari situ membawa sayur yang sudah di potong untuk di cuci di dalam sinki.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now