SOURUMEITO 21

1.9K 125 7
                                    

Selama seminggu Bunga berada di hospital, selama itu jugalah Jazeel berulang alik melawat dan menjaga Bunga. Selama seminggu ini, hubungan mereka juga semakin bertambah baik. Hari ini Bunga akan keluar dari hospital selepas luka di bahu nya sudah sembuh. Shin dan Nashmia juga turut berada di situ mahu melawat Bunga. Jazeel pula awal-awal sudah memaklumkan dengan Tan Sri Borhan biar lah dia saja yang menjemput dan menghantar Bunga pulang ke rumah.

"Lepas ni Bunga dah balik rumah. Abang Jaz tak perlu lah susah-susah nak tengok Bunga lagi. Abang Jaz pun kerja, mesti letih nanti" Bunga duduk di birai katil.

Jazeel yang mengemas beg pakaian Bunga, angkat kepala. 

"Saya boleh je pergi rumah Bunga kalau nak melawat Bunga. Lain la kalau Bunga yang dah tak sudi nak saya datang melawat Bunga kat rumah" Jazeel menghampiri Bunga. Mahu memapah Bunga berdiri. Beg pakaian di jinjit di sebelah tangan kiri nya.

"Eh tak apa abang Jaz. Bunga boleh bangun lah. Bunga dah sihat ni ha" Bunga menolak. Dia bukan nya tercedera dekat kaki. Dekat bahu dia yang cedera.

"Mana ada sihat ni. Tak apa saya tolong" Jazeel tetap berkeras.

"Sini aku tolong bawa beg tu Jaz. Aku dengan Mia tunggu kau orang dekat kereta je lah ye" Shin menawarkan diri dan mengambil beg pakaian Bunga di tangan Jaz. Sedari tadi dia melihat kedua-dua pasangan itu berbalah. 

"Sourumeito.." Shin memanggil bila dia melihat Nashmia masih terkaku di situ sambil tersenyum-senyum.

"Hah? Kenapa?" Soal Nashmia terpinga-pinga.

Shin memberi isyarat mengajak Nashmia keluar. Tapi bila melihat Nashmia yang tidak mempedulikan isyarat nya, terus saja tali beg tangan Nashmia di tarik.

"Eh, kau nak bawak aku pergi mana ni?" Soal Nashmia bila Shin tiba-tiba menarik tali beg tangan nya.

"Hmmmm bagi can la dengan dia orang. Kita kat sini mengacau je tau. Dah jom keluar, kau dating dengan aku pulak kat luar" Shin tersengih. Daun pintu di buka dan dia terus membawa Nashmia keluar dari situ.

"Awak jalan perlahan-lahan je" Jazeel menegur bila melihat Bunga berjalan agak laju. Tangan nya memegang kemas lengan Bunga yang berlapik.

"Bunga boleh jalan la abang Jaz" Bunga tetap mahu menolak.

Jazeel sekadar menggeleng kepala nya perlahan. Namun pegangan nya tidak pula di lepaskan. Dia risau takut Bunga terjatuh ke apa. Dia tak nak Bunga cedera lagi. Kecederaan di bahu nya baru saja nak sembuh.

Tiba di kawasan luar hospital, Jazeel dan Bunga menunggu Shin dan Nashmia datang membawa kereta ke situ. Entah di mana silap nya kaki Bunga tersadung pula dekat bahagian tepi pintu keluar menyebabkan nya terus hilang imbangan. Jazeel yang tidak menduga juga turut hilang imbangan dan mereka terus jatuh bersama di situ. 

"Bunga!" Jazeel pantas bertindak mahu melindungi tubuh Bunga dari jatuh terhempas ke atas lantai. Tangan kekar nya terus saja memaut dan melindungi belakang tubuh Bunga yang terlentang di bawah nya sekarang ini.

"Bunga... Bunga awak tak apa-apa ke?" Soal Jazeel cemas. Pandangan mata nya terus melekat ke arah kolam mata Bunga yang kelihatan bersinar-sinar itu sedang memandang ke arah nya. Jazeel telan liur yang terasa kesat di kerongkong nya. Ke... kenapa hati dia tiba-tiba berdebar sekarang ini bila berada sedekat ini dengan Bunga?

"Bunga okay... haa okay... " Bunga turut cemas. Macam mana la kaki nya boleh tersadung tadi. Dia sendiri turut tergamam bila dia saling berbalas pandangan dengan Jazeel. Semakin tidak keruan hati nya melihat panahan mata lelaki itu.

"Err.. abang Jaz... " Bunga memanggil perlahan bila dia melihat Jazeel tidak berkelip merenung wajah nya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Ramai mata-mata orang di hospital ini melihat ke arah mereka. Terasa kebas seluruh wajah Bunga sekarang.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now