Kalut Shin pusingkan tubuh. Takkan lah Nashmia yang peluk dia. Dan bila dia melihat wajah Miranda tersenyum-senyum di belakang nya, dia terkejut. Segera dia jarakkan diri. Apahal Miranda ni nak sesukahati peluk dia macam ni.
"Hai Zayyan..."
"Eh Mira... " Shin telan liur. Dia melihat ke arah pintu dewan. Nasib baik Nashmia dah keluar. Kalau tak, pening dia nanti kalau Nashmia salah faham lagi bila melihat dia dengan Miranda dekat sini.
"Dari tadi I cari you Zayyan. You pergi mana tadi? Sorry lah I baru habis sesi bergambar ni. Kacau betul lah wartawan tu" Miranda merungut. Sekarang tangan nya sudah beralih ke dada Shin. Mengusap perlahan jemarinya di situ.
Shin mula tidak selesa. Tangan Miranda di tarik menjauh dari dada nya. Apa kena dengan Miranda ni? Sesukahati nak sentuh dia macam ni. Dia benar-benar tidak suka.
"Jom lah temankan I minum. I belum minum lagi ni" Miranda terus mencapai 2 biji gelas yang sudah terisi dengan air coke.
Segelas terus di hulur kepada Shin.
"Eh tak apa. Awak minum lah. Saya dah minum tadi Mira" Shin menolak cara baik gelas yang berada di tangan Miranda.
"Ala... tak best la macam ni Zayyan. Tak kan I nak minum sorang je. Teguk sikit pun jadi lah.. please.... tak kesian dengan I ke?" Miranda merengek-rengek di situ. Sekali lagi dia mahu memeluk tubuh Shin, namun Shin pantas mengelak.
Shin melepaskan keluhan kecil. Gelas di tangan Miranda di sambut juga.
"Thank you. I tahu you tak akan sampai hati nak kecewakan I. Jemput minum" Miranda terus melagakan gelas di tangan nya dengan gelas Shin. Minuman itu terus di teguk sedikit sambil mata melirik ke arah Shin yang sedang memerhati gelas di tangan nya.
Shin pula sekadar mahu menjaga hati Miranda, terus saja dia meneguk sedikit minuman itu.
Miranda sudah ukir senyum. Dan sekejap lagi, pasti segelas air itu akan habis. Dia kekal tayang riak bersahaja di situ sambil memerhati tingkah Shin yang sudah mula lain sekarang ini. Untuk kali kedua dia melihat Shin meneguk lagi minuman itu.
Semakin melebar senyuman Miranda saat melihat gelas itu sudah kosong. Wajah Shin sudah berubah kemerahan sekarang ini. Dapat dia lihat pandangan mata lelaki itu sudah berubah perlahan-lahan menjadi kuyu dan tidak segalak tadi. Dia tidak sabar mahu membawa Shin naik ke bilik hotel yang sudah di sediakan oleh Rosie untuknya melayari gelora asrama bersama dengan Shin malam ini.
"Hmmm seronok kan majlis malam ni Zayyan. Ramai betul tetamu yang hadir" Miranda sengaja mengajak Shin berbual. Gelas di tangan Shin di ambil dan di letakkan di atas meja.
Shin sekadar ukir senyum dan mengangguk perlahan. Dia masih dapat menghadam apa yang di perkatakan oleh Miranda itu. Namun tidak pula dia menjawab. Shin mula merasa tubuhnya tidak selesa. Berkali-kali dia geleng kepala nya. Pandangan nya sekejap terang, sekejap kabur. Namun dia masih dapat melihat dengan jelas wajah Miranda yang sedang tersenyum ke arah nya. Dia berdehem kecil. Nafas di tarik sedalam mungkin.
"Zayyan, you okay tak ni?" Miranda pura-pura bertanya. Tangan nya sudah mula memeluk pinggang Shin erat. Dan dapat dia rasakan tangan Shin membalas pelukan nya.
"Saya okay" Shin menjawab perlahan. Tangan naik memicit dahinya. Cuba mengusir rasa tidak enak ini. Bow tie di longgarkan sedikit. Terasa sesak nafasnya sekarang.
"Saya minta diri dulu lah Mira. Awak nanti balik lah dengan sesiapa. Saya tak berani nak ambik risiko drive bawa awak. Saya tiba-tiba rasa tak sihat ni" Perlahan saja Shin menuturkan kata-kata nya. Nak bercakap pun mula rasa tersekat-sekat.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Action🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...