Terkedu dan terkaku! Seakan masa berhenti berputar saat ini bila pandangan mata mereka bersatu untuk seketika.
Itulah yang terjadi dengan Nashmia sekarang. Seakan nya seperti melihat putera raja turun dari kayangan. Mata di kerdipkan berkali-kali. Mahu memastikan yang figura di depan nya ini realiti atau mimpi. Nashmia telah liur berkali-kali. Dulu rambut Shin berwarna kelabu, kini rambut nya sudah bertukar warna hitam dan lelaki itu nampak lebih matang sekarang ini bila rambut nya kemas dan rapi begitu. Dan yang paling membuatkan nya terkejut tadi bila mendengar Shin memberi salam pada nya. Ikut suka dia je ye nak beri salam macam tu.
Shin tersenyum. Dia menapak mendekati Nashmia. Ya tuhan, rindunya dia pada gadis cantik ini. Hampir 7 bulan dia cuba bertahan menahan perasaan nya sendiri. Dan kini, Mia sudah berada di depan mata nya. Dia sendiri rasa bagaikan tidak percaya saja sekarang ini.
"Hai Sourumeito.. Ogenki desu ka?" (Hai Sourumeito, apa khabar?) Wajah cantik Nashmia di pandang. Semakin cantik pulak Sourumeito dia sekarang ini. Harap nya tak adalah lelaki yang cuba nak try buah hati dia ni. Kalau ada, jangan mimpi la nak cuba lagi sebab dia dah ada dekat sini sekarang.
Tambahan lagi bila melihat Nashmia mengenakan sut pejabat macam ni, makin menyerlahkan tubuh nya yang langsing dan tinggi lampai itu yang hampir menyamai ketinggian nya, cuma rendah sedikit saja dari pada nya yang separas dagu nya itu.
"Err... Genki desu" (Khabar baik)
"I miss you Mia" Tidak mampu lagi hendak menahan perasaan nya, terluah jua perkataan itu dari mulut Shin.
Nashmia berdehem kecil. Dia cuba mengawal gemuruh di hati.
"Err kau buat apa dekat sini Shin?" Melihat pada bagasi Shin yang besar itu, Nashmia kerut dahi seketika.
"Aku datang nak kerja dekat sini la sayang"
"Hah!? Kerja dekat sini? Kau biar betul Shin?" Soal Nashmia tidak percaya.
"Betul lah. Apa pulak tak betul nya" Shin ukir senyum. Geram nya tengok wajah terkejut buah hati dia ni. Dia dah la tengah nanar menanggung rindu. Nak peluk tapi tak boleh. Tak ada lesen sah nak berbuat begitu.
Sudah 4 bulan dia memeluk agama Islam. Biar pun di tentang hebat oleh ibu dan ayah tiri nya ketika dia meluahkan niat nya dulu, namun itu bukan lah penghalang untuk nya meneruskan apa yang sudah terniat di hati nya. Banyak yang di pelajari nya dalam Islam terutama nya dari segi hubungan antara lelaki dan perempuan. Baru lah dia faham maksud kena 'halalkan' dulu baru boleh sentuh. Jadi, dia memang sudah bersedia untuk itu. Bersedia mahu menghalalkan Mia bila tiba masa nya nanti. Lagi pun sepanjang 6 bulan dia bekerja di Tokyo, dia sudah mempunyai wang simpanan yang cukup banyak. Terlebih cukup untuk dia dan Mia meneruskan hidup nanti.
"Kau kerja dekat mana? Bila masa kau mohon kerja dekat sini? Dan semua penampilan kau ni...." Jari telunjuk Mia menghala tepat ke rambut Shin yang sudah berwarna hitam itu.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Aksi🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...