SOURUMEITO 7

1.9K 118 11
                                    

Sejak kisah pertemuan siang tadi, Bunga menjadi tidak senang duduk. Dia mundar mandir di dalam bilik. Jam di kerling. Pukul 9 malam. Masih awal lagi ni. Sedari tadi dia berkira-kira mahu menghantar pesanan kepada Nashmia. Nak ajak Nashmia keluar hujung minggu ni sekaligus nak ajak mamat yang sorang tu keluar sekali. Hmm tapi dia nak ke, keluar? Kalau tak cuba, tak tahu lagi kan macam mana? Bunga ukir senyum sebelum jari nya pantas menekan kekunci pada skrin telefon bimbit nya.

Hai Mia, awak tengah buat apa? - Bunga

Bunga labuhkan duduk di birai katil. Menanti balasan dari Nashmia. Hampir 5 minit juga dia menunggu baru lah pesanan nya berbalas.

Hai Bunga, tak ada buat apa. Tengah rileks-rileks dengan family saya - Mia

Oh, yeke. Papa dengan mama ada kat situ ea? - Bunga

Hihi.. Bunga mengekek ketawa. Alah, boleh la panggil papa dengan mama. Tak salah pun kan. Bakal mertua dia jugak.

Ada. Ada apa-apa ke Bunga? - Mia

Erm, abang Jaz ada kat situ sekali ke? - Bunga

Straight to the point je lah. Dah memang itu orang yang di cari nya. Memandai-mandai je dia nak panggil anak teruna orang tu abang. 

Ada - Mia

Nak tanya sikit, abang Jaz tu dah ada gf tak? Mana la tahu masa study kat Tokyo dia dah ada gf ke - Bunga

Setahu saya tak ada lagi la Bunga. Abang saya ni jenis kaku sikit dengan perempuan. Susah perempuan nak dekat - Mia

Betul ke ni? - Bunga

Lebar sengihan Bunga membaca balasan dari Nashmia. Kaku dengan perempuan? Hmm menarik. Sangat rare nak jumpa lelaki macam ni. Makin la buat dia jadi tak keruan nak mendekati lelaki itu.

Betul. Kenapa Bunga? -  Mia

Eh tak ada apa-apa. Saja tanya. Erm Mia, saya nak ajak awak dengan abang Jaz keluar jalan-jalan hujung minggu ni. Kita tengok wayang ke, nak? Yalah kita kan baru nak berkawan, nak berkenalan dengan lebih rapat lagi - Bunga

Hujung minggu ni? Ermm saya tengok dulu macam mana. Nanti saya tanya dengan along saya dulu eh - Mia

Okay Mia. Saya harap awak dan abang Jaz tak hampakan saya - Bunga

Inshaallah Bunga. Apa-apa nanti saya whatsapp awak ye - Bunga

Okay Mia. Thanks. Good Night - Bunga

Good Night Bunga - Mia

Yesss!!! Bunga mencampak telefon bimbit nya ke atas tilam sebelum dia berbaring senang hati. Senyuman tak lekang dari bibir nya. Tangan bersilang di atas perut. Mata pula fokus melihat siling. Jari kaki di goyang-goyang. Bagaikan terbayang-bayang wajah Jazeel di situ. Argh! Aku ni dah gila bayang ke apa? Bunga bangun dari baring. Dia turun dari katil dan menapak keluar dari bilik. Mahu mencari papa nya.

Bunga berlari-lari menuruni anak tangga. Melihat papa dengan mama nya sedang ralit menonton tv di bawah sana, pantas dia menghampiri. Dia duduk bersila di sebelah papa nya.

Tan Sri Borhan menoleh bila merasakan tempat kosong di sebelah nya di duduki oleh seseorang.

"Eh, princess papa ni tak tidur lagi ke? Jarang nak mencemar duli turun ke sini nak tengok tv" 

Puan Sri Zahida turut memandang ke arah anak gadis nya. 

"Kenapa muka anak mama berkerut-kerut je ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Rambut ikal panjang milik anak nya di usap perlahan. 

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now