SOURUMEITO 57

2K 136 17
                                    

"Allahumma inna nas aluka salamatan fiddiini wa 'aafiyatan fil jasadi waziaadatan fil'ilmi wabarakatan firrizqi wataubatan qablal maut warahmatan 'indal maut wamaghfiratan ba'dal maut allahumma hawwin'alainaa fii sakaraatil maut wa najjata minanaari wal'afwa indal hisaab."

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan ketika beragama, kesehatan badan, limpahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datangnya maut, rahmat pada saat datangnya maut, dan ampunan setelah datangnya maut. Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari , dan ampunan pada saat hisab"

"Ya Allah, berikanlah mukjizat Mu untuk anak dan menantu ku, berikanlah kesembuhan kepada kedua-duanya Ya Allah... sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah bersujud dan memohon kepada Mu... Kau sihat sejahterakanlah seluruh ahli keluargaku ya Allah.. sesungguhnya kami hamba Mu yang sangat lemah.."

Tak mampu hendak habiskan doa, Jay sudah menangis teresak-esak di situ. Jazeel yang berada di belakang papanya, turut menghamburkan tangis semahunya. Namun dia kuatkan hati, mengusap lembut belakang tubuh papanya agar lelaki itu tetap kuat seperti selalu. Kalau papanya tak kuat, tentu saja dia akan turut tidak kuat. Dia tidak mampu hendak menghadapi semua ini seorang diri. 

Sejak dua jam yang lalu selepas mereka tiba di hospital, mereka berdua hanya menghabiskan masa di surau hospital. Mahu menghambakan diri pada Allah. Saat ini, sungguh diri sangat terasa sangat kerdil bila meminta dan merayu begini dengan Allah.

Tak putus-putus doa terzahir dari bibir mereka berdua sejak tadi. Hari ini, terlalu ramai ahli keluarga mereka yang sedang bertarung dengan nyawa sekarang ini. Bibir hanya mampu terkunci rapat sejak tadi. Tiada sebarang bicara yang terluah. Bibir mula terasa kering kerana mereka tidak makan dan tidak minum untuk tempoh beberapa jam ini.

Mata pula sudah bengkak akibat terlalu banyak menangis. Jay dan Jazeel hanya berteleku di atas sejadah dengan kepala tertunduk ke bawah. Titisan airmata tak henti-henti mengalir membasahi pipi.

"Papa tak kuat Jaz....." Sayu suara Jay kedengaran. Untuk kali kedua, dia terpaksa melalui lagi peristiwa pahit seperti ini. Kali ini melibatkan isteri dan anak menantunya. Terlalu berat untuk ditanggung, namun dia tidak akan sesekali mempersoalkan takdir Allah.

Jazeel mengusap bahu papanya perlahan. Dia mengengsot sedikit menghampiri papanya. Tubuh tegap itu dipeluk erat. Dia hamburkan tangis di bahu papanya.

"Papa tak sanggup.... " Suara Jay tenggelam timbul seiring dengan esakannya yang tiada henti.

"Zayyan dan Mia... mama..  Bunga... Tan Sri .... papa cuba untuk redha.. tapi hati papa benar-benar rapuh kali ini... rapuh sangat Jaz.."

Jazeel mengangguk perlahan. 

"Jaz yakin semuanya akan baik-baik saja pa... Shin dan Mia kuat semangat. Jaz tahu mereka berdua akan berjuang dalam dunia yang hanya Allah saja yang nampak. Allah pasti akan selamatkan mereka berdua, inshaallah pa..." Jazeel cuba memujuk hati papanya dan juga hatinya sendiri. Dia sendiri masih perlukan mereka dalam hidupnya.

Semua ini terlalu sakit untuk diterima, terlalu perit untuk ditelan. Sebuah kebenaran dan hakikat yang terbentang datang bertimpa-timpa menghempap diri sehingga hancur berkecai. Terlalu banyak perkara yang menghimpit dada Jay saat ini. Tapak tangan naik menekap dadanya sendiri. Sungguh dia benar-benar merasa sakit, sakit yang menyucuk sehingga ke dasar jiwanya yang paling dalam.

Selepas selasai melakukan solat hajat, Jay dan Jazeel terus melangkah keluar dari surau hospital. Mereka terus saja menghala ke arah bilik pembedahan. Menanti dan terus menanti sebarang khabar berita dari dalam sana. Masing-masing menanti dengan penuh resah dan gelisah.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now