SOURUMEITO 30

1.9K 97 15
                                    

Jazeel ukir senyum. Tidak berkelip mata nya melihat Bunga yang anggun mengenakan gaun labuh berwarna hijau emerald, rambut pula di sanggul rapi menyerlahkan leher nya yang jinjang. Malam ini dia membawa Bunga sebagai teman nya untuk menghadiri majlis makan malam syarikat Hartanah di hotel milik Haikal. Dia menghampiri Bunga yang melangkah perlahan ke arah nya. Bakal isterinya tak lama lagi.

"Hai my Hana.. " Jazeel berdiri di hadapan Bunga. Wajah cantik Bunga di renung dalam. Nampak berseri-seri di tambah lagi dengan senyuman nya yang manis menawan.

"Hai...."

"You look beautiful tonight Hana" Puji Jazeel dalam nada suara perlahan. Menunduk dan terus-terusan merenung wajah Bunga di hadapan nya.

"Thank you abang" Bunga tersenyum malu. Malam ini Jazeel benar-benar nampak kacak dalam persalinan tuxedo nya. Terserlah aura lelaki Jepun nya bila berpakaian begini.

"Shall we go now?" Jazeel terus membuka pintu kereta untuk Bunga.

Bunga angguk. Dia terus melangkah masuk ke dalam kereta. Jazeel kemudian terus memandu keretanya meninggalkan perkarangan banglo mewah itu dan terus menghala menuju ke Hotel Seni Warisan.

"Mia ikut papa dengan mama abang?"

"Tak. Haikal datang jemput" Jazeel memandu dengan tenang menyusuri jalanraya malam ini.

"Haikal? Kenapa Mia tak pergi dengan Shin? Haikal tu siapa?" Soal Bunga sedikit pelik. Dia tak kenal dengan Haikal.

"Haikal tu pemilik hotel tempat majlis berlangsung malam ni. Kita orang kenal Haikal melalui papa jugak. Abang pun tak tahu lah kenapa Mia pergi dengan Haikal malam ni. Shin pulak katanya pergi dengan Miranda" Jazeel sendiri pun tak tahu apa yang sedang terjadi antara Nashmia dan Shin sekarang ini. Macam bergaduh pun ada.

"Oooo... pelik sangat ni" Bunga berfikir-fikir sendiri.

"Apa yang pelik nya sayang?" Jazeel menoleh sekilas ke arah Bunga.

"Bukan Shin suka dekat Mia ke?"

Jazeel sekadar angkat bahu. Tak mahu memberi sebarang jawapan yang tak pasti buat masa sekarang ini bila dia melihat kedua-dua nya masing-masing datang dengan pasangan yang berlainan malam ini.

"Abang tak sabar nak tunggu hari abang akan menghalalkan Hana nanti" Sejak kebelakangan ini, Jazeel tak henti-henti melihat kalendar. Dah bagai orang angau dan sasau pun ada.

"Tak lama lagi kan. Bunga pun tak sabar" Bunga menunduk. Bibir di kemam rapat.

"Tak sabar jugak ye? Hmmm.... buat abang makin tak keruan kalau macam ni. Esok kita pergi butik pengantin. Pilih baju" Jazeel tersengih.

Bunga mengangguk. Dia sembunyi senyum. Dia benar-benar bahagia sekarang ini. Menghitung hari untuk di satukan dengan lelaki yang telah berjaya memikat hati nya. Bunga hanya diam selepas itu. Malu mendengar usikan Jazeel.

 Malu mendengar usikan Jazeel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now