"Wei bro! Kau apahal ni? Ni bakal tunang aku tau! Kau blah!" Fikri terus bergerak merapati Jazeel. Mata melirik ke arah pergelangan tangan Bunga yang berada dalam pegangan Jazeel. Dia mahu menarik tangan Bunga, namun pegangan tangan Jazeel langsung tidak lepas.
"Bakal? So?" Soal Jazeel sinis. Tayang riak selamba. Melirik Fikri atas bawah.
"Lepaskan tangan dia! Jangan nak kurang ajar dekat sini. Siapa bagi kau kebenaran nak sentuh bakal tunang aku ni?" Fikri memberi amaran. Dia menentang pandangan mata Jazeel.
"Kalau aku tak nak lepaskan, kau nak buat apa?" Provok Jazeel lagi. Rahang bergerak-gerak menahan rasa sekarang ini. Banyak bunyi betul mamat ni.
Dia marah sebab Bunga tak tepati janji, dia marah sebab Bunga semudah itu mahu mengalah dan dia sangat marah bila Bunga keluar dengan lelaki lain malam ini. Sedangkan dia baru hendak belajar menyelami hati dan perasaan nya terhadap Bunga.
"Kau nak rasa penumbuk aku eh?" Soal Fikri lantang.
"Then go on!" Jazeel mencabar.
"Err abang Jaz... Ja..."
"Just shut up Hana (Bunga)!" Potong Jazeel tanpa sempat Bunga hendak menghabiskan ayat.
Bunga pula sudah telan liur. Kenapa abang Jaz tiba-tiba jadi macam ni? Tiba-tiba aje nak marah macam nak cari gaduh je ni. Mereka bukan nya ada hubungan apa-apa pun.
Shin mencuit bahu Nashmia. Mereka berdua hanya menjadi penonton setia sejak tadi melihat drama sebabak yang berlaku depan mata. Tidak berkelip mata Nashmia melihat sisi Jazeel yang berlainan sekali malam ini. Tak pernah dia nampak Jazeel berkelakuan sebegini selama ini mempertahankan seorang perempuan.
"Abang..." Shin berbisik ke telinga Nashmia. Nahsmia kerut dahi. Lantas dia menoleh ke arah Shin yang sedang tersengih memandang ke arah nya.
"Jadi?" Soal Nashmia, berbisik juga.
"Panggil aku macam tu jugak lah"
Nashmia terus jegil mata. Sempat lagi Shin ni kan.
"Nonsense!" Nashmia menggumam perlahan.
"Bunga, jom kita gerak dari sini! Jangan layan mamat ni. Ingat Bunga, I dah masuk melamar you tau. You pun dah kata nak terima tadi" Fikri bersuara mengingatkan Bunga tentang lamaran nya. Dia juga sudah hilang sabar sekarang ini.
"Bunga tak akan pergi mana-mana!" Jazeel pula bersuara.
Naik pening kepala Bunga sekarang ini. Di sebelah kanan Jazeel, di sebelah kiri Fikri. Argh! Kusut betul lah.
"Abang Jaz! Please... malam ni Bunga keluar dengan Fikri. Bukan dengan abang Jaz.. abang Jaz dah tak perlu nak risau lagi sebab Bunga dah buat keputusan tak nak menganggu abang Jaz lagi" Bunga hela nafas.
"What did you say? Say it again Hana (Bunga)" Jazeel mendekat. Merapati Bunga yang sudah mendongak memandang nya.
"Ha err.. Bu.. Bunga t... tak nak ganggu abang Jaz lagi, t...takkan paksa abang Jaz lagi...." Gugup pula Bunga jadi nya bila melihat pandangan mata tajam milik Jazeel sekarang ini.
Jazeel angguk.
"Okay, jom!" Tangan Bunga terus di tarik tanpa mempedulikan riak wajah Fikri yang sudah merah padam itu.
"Woi! Kau ni memang betul-betul nak cari pasal dengan aku lah!" Fikri menjerit. Dia terus meluru ke arah Jazeel dan melayangkan penumbuk.
"Erk!" Rasa nak terputus nafas Fikri bila tangan nya di cengkam kuat oleh Jazeel sekarang ini. Tak sempat penumbuk nya hendak singgah ke muka Jazeel tadi. Gila kuat tangan lelaki ini. Rasa nak patah tulang jari nya.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Akcja🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...