"Hai Jaz... boleh I duduk sini?" Soal Rosie Dahlia, pelajar dari Malaysia yang satu kursus dengan Jazeel sepanjang tempoh 4 tahun mereka belajar di Universiti Yamanashi Gakuin ini.
Rosie sudah lama menaruh hati pada Jazeel, namun sedikit pun lelaki itu tidak pernah mahu menyambut huluran salam perkenalan dari nya. Tapi dia tidak pernah jemu untuk mendekati jejaka itu kerana bagi dia, Jazeel mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri jika di banding kan dengan lelaki yang lain. Rupa paras yang terlalu sempurna dan cukup menawan itu sudah cukup membuatkan hati nya terpikat. Dan sekarang dia semakin rasa yang dia mahu memiliki Jazeel sepenuhnya.
Jazeel yang sedari tadi tekun melihat buku notanya, angkat kepala. Melihat wajah Rosie yang sedang tersenyum ke arah nya, dia sekadar membalas senyuman gadis itu. Tidak berminat mahu menjawab pertanyaan dari Rosie. Dalam kelas ni, kat mana-mana saja boleh duduk. Tak ada larangan pun.
Melihat Jazeel tidak menjawab pertanyaan nya, Rosie terus saja menarik kerusi di hadapan Jazeel dan terus duduk di situ. Merenung setiap sisi wajah kacak lelaki itu. Tidak berkelip mata nya memerhati. Shin yang duduk di belakang Jazeel, kerut dahi dan mengintai sedikit ke hadapan. Dia geleng kepala. Tak putus asa ye si Rosie ni. Hurmm, tapi apa kurang nya juga dengan dia. Sama je la kisah mereka. Masih mengharap cinta dari orang yang tak sudi nak menerima. Tapi.. kisah dia lain. Dia pasti suatu hari nanti, Mia pasti akan menjadi milik nya juga.
"Hei Rosie, sudah-sudah la tu renung anak teruna orang tu. Macam nak tembus saja aku tengok!" Shin bersuara. Kadang-kadang dia rasa nak tampar-tampar je mulut dia ni sebab susah betul nak hilangkan slanga jepun dia ni bila bercakap bahasa melayu. Macam mana nak pergi melamar Mia ni nanti. Aduh! Sampai ke situ sudah Shin berangan.
Rosie mencebik. Penyibuk betul la mamat Jepun kat belakang tu! Entah apa-apa sibuk benar nak bercakap bahasa melayu, macam la dia tu nak datang ke Malaysia gamak nya. Sudah la bunyi pun bunyi budak tak cukup umur je bila bercakap. Huh!
"Kimi, jama shinaide kure yo!" (Kau jangan sibuk lah!) Rosie tayang muka tidak suka.
"Ore wa osekkai suru tsumori wa nai. Omae jishin ga Jaz no koto o dou omotte iru ka shitteru darou. Kanojo o jama suru koto nante nai hou ga ii darou" (Aku bukan nak sibuk. Kau sendiri tahu Jaz tu macam mana. Lagi kan kau nak kacau dia, buat apa?)
Jazeel yang mendengar, hanya geleng kepala. Malas betul la nak melayan benda-benda remeh macam ni. Sebab ni lah dia tak berapa berminat mahu melayan perempuan sebab banyak masalah akan timbul nanti. Seboleh nya dia nak fokus dulu pada pelajaran nya buat masa ini. Nanti-nanti lah dia fikirkan soal pasangan hidup ni.
"Err Jaz..." Sehabis manja Rosie bersuara. Tangan memintal-mintal rambut nya yang separas bahu itu.
"Hmmm.." Jazeel mengunggam perlahan.
"Apa plan you bila dah balik Malaysia nanti?" Rosie tongkat dagu dengan tapak tangan kanan nya.
"Tak tahu lagi. Mungkin kerja dengan papa I"
"Wei Jaz, Moshi kimi no otousan no kaisha de aki ga areba, oshiete kureru to ureshii na. Mareeshia de hataraku no wa ii na. Shouraiteki ni soko ni sumu riyuu mo arun da" (Kalau ada jawatan kosong dekat syarikat papa kau, bagitahu lah dengan aku nanti. Boleh la aku kerja dekat Malaysia. Ada juga alasan untuk aku menetap dekat sana nanti)
"Hoi Shin! Kau jangan menyibuk boleh tak!?" Rosie melengking kuat menyebabkan pelajar-pelajar yang lain terus memandang ke arah mereka.
Marah sungguh rasa nya Rosie bila Shin tak habis-habis nak menganggu perbualan dia dengan Jazeel. Sudah la susah nak dapat peluang untuk duduk dekat lelaki pujaan nya ini.
Shin mencebik. "Eh, yang kau nak marah-marah tu kenapa?" Soal Shin kembali.
"Korang ni jangan lah cari pasal kat sini boleh tak?" Jazeel mencelah.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Acción🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...