Pahlawan Ninja terus saja berhempas pulas menumpaskan musuh-musuh yang berada di luar rumah usang itu. Nashmia sudah mula berlari masuk ke dalam rumah dan terus berselindung di sebalik dinding. Jazeel yang berada di atas atap rumah, meniti perlahan dan penuh hati-hati sebelum dia melompat turun dan menyelinap masuk ke dalam rumah melalui palang rumah bahagian atas.
Jay pula berlari pantas dan melompat naik ke atas papan kayu yang tersusun di tepi rumah. Dia cuba mengintai ke dalam melalui celah-celah tingkap. Dan terus membulat besar matanya bila melihat isterinya diikat disitu, berserta dengan Bunga dan Tan Sri Borhan. Gigi diketap rapat. Kurang ajar!
Shin yang setia mengintai di tingkap belakang rumah, terus mengangkat busurnya. Anak panah terus diselit melalui lubang tingkap. Dia cemas bila melihat Rosie mengacu pistol ke arah Bunga. Bila anak panah sudah berada tepat pada sasaran, dia terus melepaskan sebelum bunyi tembakan terus kedengaran. Shin sedikit tersentak bila dia melihat tembakan itu terkena pada bahu Bunga dan Rosie sudah terduduk di situ menahan kesakitan.
Jazeel sudah tidak mampu hendak berkata apa lagi disaat dia melihat isterinya ditembak dan sudah rebah tidak sedarkan diri. Lantas spinner di tarik dan terus saja dilempar ke arah Tan Sri Badrul menyebabkan jeritan Tan Sri Badrul bergema di seluruh ruang rumah usang itu.
Sebaik saja melihat kejadian itu, Hisoka yang sedari tadi hanya duduk menjadi penonton, terus bangkit berdiri. Matanya meliar memerhati sekeliling rumah. Dia dapat merasai kehadiran mereka di situ. Lantas senyum sinis di tarik. Tiada sedikit pun riak gentar terlakar di wajahnya. Malah dia sudah tidak sabar mahu bertemu dengan Jay. Dia melangkah mendekati Ayana dan berdiri di situ. Dia masih menanti kemunculan mereka.
"Keluar Jay. Aku memang tunggu kedatangan kau ni" Hisoka bersuara. Saat ini dia masih dengan penampilan wajah Roka. Belum masanya untuk menunjukkan rupanya yang sebenar kepada Jay.
Hisoka melilau sekeliling. Masih tiada apa-apa yang kedengaran. Suasana bertukar menjadi hening dan senyap sunyi.
"Jay! Kimi wa jibun no Tamashii o sukuitakunai no ka?" (Jay, kau tak nak selamatkan Tamashii kau ke?) Soal Hisoka sambil menarik tubuh Ayana untuk berdiri.
Hisoka ketawa perlahan. Pisau lipat dikeluarkan. Dan terus di tekan ke bahu Ayana sedikit demi sedikit.
"Jay... kau memang dah tak sayangkan Tamashii kau?"
Mata pisau terus di tekan perlahan-lahan. Dan suara jeritan Ayana sudah bergema dalam ruang rumah berserta dengan tangisan. Terlalu sakit dirasakan bila mata pisau itu semakin menembusi masuk ke dalam isi bahunya.
"S..sakittt.... ya Allah......" Suara Ayana merintih sayu. Sungguh dia tidak mampu hendak menanggung rasa sakit itu.
Hisoka semakin merasa geram. Dan tangannya pantas saja terus menusuk mata pisau itu sehingga tenggelam habis ke dalam isi bahu Ayana menyebabkan jeritan Ayana sekali lagi bergema di situ.
Zup!
Lelaki yang berdiri di sebelah Hisoka rebah bila dia menjadi perisai untuk melindungi Hisoka tadi. Hisoka memandang sekilas ke arah orangnya yang sudah rebah itu. Yang lain pula mengambil tempat untuk melindungi Hisoka sekarang ini.
"Keluar Jay!!!" Hisoka menjerkah kuat. Rambut Ayana pula direntap sekuat hati.
Dup!
Dan sekelip mata tubuh Jay sudah berdiri di situ bila dia terjun dari palang atas rumah. Turun naik bahunya seiring dengan nafasnya yang sedang berombak kencang. Kolam mata terasa panas, namun dia cuba kawal emosinya saat ini.
"Tsuma o hanashite kure, Hisoka!" (Lepaskan isteri aku, Hisoka!)
Hisoka hanya ketawa berdekah-dekah. Rambut Ayana dilepaskan sebelum dia mengarahkan orang-orangnya menahan Ayana di situ.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Azione🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...