SOURUMEITO 38

2.5K 147 12
                                    

Shin menekan kunci kereta nya. Tangan Nashmia langsung tidak dilepaskan sedari tadi. Melihat Shin yang mahu memandu, segera Nashmia menghalang. Bahaya kalau nak biarkan Shin memandu dalam keadaan macam ni.

"Sini aku drive. Kau duduk sebelah" Nashmia bersuara.

Shin yang baru hendak membuka pintu kereta, menoleh. Terkebil-kebil matanya melihat Nashmia. Antara mimpi atau realiti. Dia melihat pula ke arah tautan tangan mereka yang masih bertaut erat. Lantas senyuman kecil di ukir. Tidak jadi hendak melangkah masuk ke dalam perut kereta, dia menapak mendekati Nashmia.

Nashmia pula sudah kehairanan melihat kelakuan suaminya. Suami? Alahai janggal nya nak sebut perkataan tu dengan Shin ni. Sedangkan mereka sebelum ni dah lama berkawan.

"K..kau pergi duduk sebelah. Aku drive" Nashmia bersuara lagi bila dia melihat Shin hanya diam membisu dan sudah berdiri berhadapan dengan nya.

Kawasan parkir hotel ini terasa sunyi. Mana nya tak sunyi kalau sekarang dah hampir nak ke pukul 4 lagi. Sikit lagi nak tunggu matahari muncul. Semalaman tak tidur ni rasa macam mabuk saja di buatnya.

Shin semakin mendekat dan tubuh Nashmia terus di tolak dan ditekan ke dinding pintu kereta. Terkejut Nashmia dengan kelakuan Shin yang tiba-tiba.

"Shin, kau jangan nak buat hal dekat sini. Jom lah balik. Kau tak penat ke?" Nashmia menahan dada suaminya dengan kedua-dua tapak tangan nya. Berkali-kali dia menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Wangi...."

"Wangi?" Soal Nashmia tidak faham. Tiba-tiba cakap wangi kat tempat gelap macam ni, terasa meremang pula bulu tengkuk nya. Shin ni jangan nak macam-macam.

"Sayang abang wangi" Shin menggumam perlahan. Sekarang hidung nya sudah berada rapat di leher Nashmia menyebabkan Nashmia semakin terkejut. Dia nak buat apa ni?

"Shin.. kau ni.. jangan la macam ni. Dah pergi masuk cepat!" Nashmia menolak tubuh Shin, tapi semakin Shin merapat. Datang balik dah mabuk ketum dia sekarang ni dek bau wangi yang terbit dari leher isterinya.

Nashmia semakin tersentak bila bibir Shin sudah mula meliar nakal di lehernya. Gila betul la nak buat kerja macam ni dekat tempat terbuka macam ni. Ada jugak dia luku kepala si Shin nanti.

"Eeiiii kau tolong behave sikit boleh tak?" Tangan galak mahu menolak tubuh Shin menjauh. Ingat ni drama Jepun ke nak berasmara dekat tempat terbuka ni.

Cukup-cukup lah dah kena cekup malam ni. Jangan nak tambah masalah dekat sini pulak.

"Hmmm.. balik rumah.. " Shin berkata perlahan. Sempat dia hadiahkan 'gigitan' di leher Nashmia menyebabkan Nashmia memukul dada nya kuat.

"Balik rumah... nak... " Nak bercakap pun dah tak betul bunyinya. Terputus-putus.

"... nak sayang" Sambung nya lagi sebelum dia menarik tubuh Nashmia dan di tolak masuk ke tempat duduk pemandu.

Dia berjalan perlahan menuju ke tempat duduk di sebelah. Pintu kereta di buka dan dia terus labuhkan duduk di situ dengan mata sedikit layu. Nafas di hela sedalam mungkin. Perasaan nya kembali bergelora.

"Kau lagi baik kalau kau tidur je. Jangan nak buat perangai" Nashmia berkata geram.

"Hmmm" Shin terus pejamkan mata. Mahu meredakan segala apa yang dia rasa ketika ini.

Nashmia terus saja memandu kereta Shin dan meninggalkan kawasan parkir hotel. Sesekali dia mengerling Shin di sebelah. Tidak kedengaran lagi suaranya. Bagus lah kalau dia dah tidur. Tak ada lah dia perlu nak menghadap kucing jantan miang malam ni. Eeeeii seram.

The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]Where stories live. Discover now