Tepat jam 8 malam, Jazeel tiba di hadapan banglo Tan Sri Borhan. Mahu menjemput Bunga malam ini. Enjin kereta di matikan. Jazeel melangkah keluar. Dia berdehem kecil. Kolar T Shirt di perbetulkan sebelum dia menghampiri pintu pagar. Loceng di tekan dua kali.
Jazeel berdiri menanti di situ. Sudah 3 hari dia tidak berjumpa dengan Bunga. Sekarang hati dia dah pandai nak merindu. Dan malam ini dia sebenarnya sudah tidak sabar mahu bertemu dengan Bunga. Namun dia sedikit hairan melihat beberapa buah kereta yang terparkir elok di garaj rumah Tan Sri Borhan. Rumah pula terang benderang dengan cahaya lampu berwarna warni. Ada apa-apa keramaian ke dekat rumah Tan Sri Borhan malam ni?
Melihat ada seorang pengawal lelaki menghampiri pintu pagar, Jazeel ukir senyum. Rumah ahli politik seperti Tan Sri Borhan apa nak di hairankan. Memang di kawal ketat oleh pengawal di luar kawasan rumah. Nak masuk ke sini pun banyak soalan yang perlu di jawab.
"Ye encik, nak jumpa siapa?" Soal pengawal lelaki itu.
"Saya nak jumpa dengan Bunga"
"Boleh saya tahu nama encik?" Soal pengawal itu lagi.
"Saya Jazeel" Jazeel memperkenalkan diri.
"Sekejap encik" Pengawal itu terus bercakap melalui walkit talkie di tangan nya.
"Silakan masuk encik" Pengawal itu terus membuka pintu pagar membenarkan Jazeel masuk.
"Terima kasih" Jazeel melangkah masuk dan menghala ke pintu utama.
Dari luar dia sudah mendengar gelak ketawa datang nya dari dalam rumah. Meriah benar bunyi nya. Takkan lah ada keramaian sedangkan dia mahu mengajak Bunga keluar malam ini. Tadi dia sudah menyampaikan pesanan kepada Bunga yang dia sedang dalam perjalanan. Melihat daun pintu yang di buka oleh pengawal di situ, Jazeel angguk perlahan sebelum wajah Tan Sri Borhan terjengol di situ.
"Jaz.. masuk lah" Tan Sri Borhan menjemput Jazeel masuk.
Ketika melangkah kaki ke dalam, memang ramai tetamu berada di situ. Semua mata memandang ke arah Jazeel sekarang menyebabkan Jazeel merasa kekok pula. Tapi dia tak nampak pulak kelibat Bunga kat sini.
"Jaz duduk lah dulu. Maaf lah, uncle ada tetamu malam ni. Tiba-tiba pulak mereka datang ni"
"Ha ye uncle. Terima kasih" Jazeel menghala ke arah sofa di situ. Dia labuhkan duduk dan sekadar berbalas senyuman dengan tetamu Tan Sri Borhan. Dia melihat kepada penampilan tetamu-tetamu di hadapan nya ini. Melihat pada pakaian, nampak macam golongan Datuk dengan Datin je ni.
Seketika mata Jazeel terpandang ke arah beberapa barangan di atas meja. Seperti barang hantaran. Siapa yang nak kahwin ni?
"Tan Sri, maaf lah kalau kedatangan kami malam ni mengejut sangat. Tak bagitahu dulu nak datang" Seorang lelaki yang berusia di situ bersuara.
"Oh tak apa Datuk. Saya tak kisah. Senang hati lagi ada bila menerima kunjungan tetamu ni. Tetamu kan membawa rezeki" Kata-kata Tan Sri Borhan di sambut dengan gelak ketawa mereka yang berada di situ.
"Kami datang ni membawa hajat besar Tan Sri. Yelah orang muda zaman sekarang ni, memang tak menyempat sungguh kalau dah nak kan sesuatu tu. Kita sebagai orang tua ni, nak kata tidak, fikirkan anak. Nak tak nak, kena lah ikut jugak" Datuk Musa memulakan mukadimah.
"Ye betul tu Datuk" Tan Sri Borhan angguk perlahan.
"Macam ni lah Tan Sri. Saya berterus-terang saja lah ye. Saya ni membawa hajat anak teruna saya, kata nya nak menyunting bunga yang sedang memekar di taman jagaan Tan Sri"
Tan Sri Borhan kerut dahi. Dia terus memandang ke arah isterinya yang duduk di sebelah.
"Err maksud Datuk?" Soal Tan Sri Borhan lagi walaupun dia tahu kiasan Datuk Musa itu tadi.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Akcja🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...