6 bulan kemudian
"Ohayou gozaimasu, otousan, okaasan" (Selamat pagi papa, mama)
Lantas Jazeel dan Nashmia mengucup pipi kedua ibu bapa mereka yang sudah sedia duduk menunggu di meja makan. Hari ini hari pertama mereka berdua akan masuk bertugas mengambil alih Syarikat Hartanah milik keluarga mereka.
"Ohayou gozaimasu, aisareru o-ko-san-tachi" (Selamat pagi anak-anak kesayangan papa)
Jay ukir senyum. 6 bulan sudah kembar nya kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajian mereka di Jepun. Kini rumahnya kembali meriah dengan kehadiran anak-anak nya. Dan hari ini, dia secara rasmi akan membawa anak-anak nya masuk bertugas di syarikat Hartanah milik nya untuk meneruskan legasi perusahaan syarikat itu.
"Smart nya anak-anak mama bila pakai macam ni. Macam ahli korporat" Ayana ukir senyum.
Hidupnya tersangat bahagia semenjak kehadiran si kembar ini kedunia. Mereka benar-benar telah menyerikan kehidupan dia dan suaminya. Kasih sayang suaminya sehingga ke hari ini tetap utuh sama seperti dulu. Langsung tidak berubah. Biar pun mereka sudah meniti usia tua sekarang, namun mereka tetap bahagia dengan cara mereka sendiri.
"Smart ikut papa kan ma?" Soal Jazeel tersenyum senang hati.
Papa nya sekarang walaupun sudah berusia 52 tahun, tapi tetap nampak segak dan masih muda. Memang boleh di katakan awet muda kerana papa nya masih menjaga stamina dan bentuk badan nya dengan masih aktif melakukan aktiviti gym nya di rumah ini. Dan dia sendiri pun ikut terjebak dengan aktiviti papa nya sejak dia berusia 5 tahun lagi.
"Ye, memang ikut papa sangat. Handsome pun macam papa juga" Ayana tergelak kecil sambil memandang wajah tampan suaminya.
"Hmmm awal pagi dah puji abang ni sayang" Jay tersenyum sambil mencuit hidung isterinya.
"Eh, hari-hari Yana puji abang kan?" Giat Ayana lagi.
"Papa dengan mama ni tetap romantik sampai sekarang eh? Jeles betul la adik tengok" Nashmia tersenyum. Suka bila melihat ibu dan ayah nya berkasih sayang.
"Suami isteri kena romantik dan berkasih sayang setiap hari setiap masa. Jangan jemu untuk melakukan nya kerana suami isteri ni saling melengkapi antara satu sama lain. Nanti kalau Mia dah kahwin, baru Mia akan faham" Jelas Jay ringkas. Dia tahu anak nya pasti akan cukup faham dengan apa yang cuba di sampaikan nya.
"Takkan anak mama yang cantik ni tak ada jejaka yang berkenan masa dekat Tokyo tu?" Ayana ukir senyum. Dia tidak kisah pun siapa yang akan menjadi jodoh anak-anak nya nanti. Asalkan anak-anak nya mendapat jodoh yang baik dan mampu membahagiakan mereka, dia sudah cukup bersyukur.
"Tak ada lah mama. Mia fokus belajar je la kat sana"
"Tak ada lah sangat tu mama. Ada je sorang mamat Jepun tu dah tiga tahun setia tunggu anak dara mama ni. Tak tahu la apa yang anak dara mama ni nak cari sebenar nya sampai tolak huluran cinta dari mamat Jepun tu"
"Yeke ni Mia? Siapa tu?" Jay mencelah. Terkejut juga dia mendengar ada lelaki yang berminat dengan anak dara dia ni. Sampai tiga tahun pulak tu sanggup menunggu.
"Hisy, along ni. Jangan mandai-mandai ye!" Nashmia mendengus geram. Dah kenapa pergi cakap dengan mama dan papa benda yang tak pernah berlaku tu.
"Eh betul lah. Cuma along je malas nak masuk campur sangat. Tapi along kesian jugak tengok Shin tu"
"Shin? Kawan Jaz dengan Mia tu ke?" Soal Jay lagi.
Jazeel angguk mengiakan. Kerap kali dia bercerita pasal Shin bila dia berbual dengan papa nya melalui telefon.
YOU ARE READING
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete]
Akcja🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Pen...