Peraturan

79 4 0
                                    

"Hai! Nama aku Kenit. Nama kau siapa?" salah seorang daripada tiga anak muda itu datang dekat dengan aku dan memperkenalkan dirinya. Bagi aku namanya Kenit sangat sesuai dengan ketinggiannya yang comel itu. Melihat matanya yang terkebil-kebil sambil tersenyum seperti kambing memandang aku, aku tahu dia sedang menunggu jawapan daripada mulut aku. Jadi, aku pun cepat-cepat memperkenalkan diri aku pula. "Budin" jawab aku pendek seperti biasa.

"Hai, Budin! Yang hitam manis ni nama dia Abu. Yang mata sepet tu pulak Shin Chan" jelas Kenit kepada aku sambil menunjukkan empunya-empunya nama yang dimaksudkannya itu.

"Weh, kau ni! Nama aku Alang lah! Suka hati je panggil aku Shin Chan!" pekik anak muda bermata sepet itu. Kenit dan Abu mula berdekah ketawakan dia. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa.

"Alah, aku gurau jelah! Janganlah marah! Nanti cepat tua tau" kata Kenit kepada Alang yang masih muncung bibirnya itu. Alang hanya menghiraukan saja Kenit.

"Eh, korang tau tak aku dengar cerita kan Dato' Bakri dengan keluarganya tak pernah sekali pun jejakkan kaki ke dalam kediaman ni" kata Kenit dengan suara yang diperlahankan.

"Habis tu siapa yang duduk dalam kediaman besar ni?" soal Abu dengan muka yang berkerut dan penuh keliru.

"Tak ada siapa pun!" jawab Kenit. Aku hanya memasang telinga dalam diam.

"Aik! Habistu kediaman sebesar alam ni dijaga dan dikemas untuk siapa?" soal Alang pula.

"Tu lah yang misterinya! Aku rasa kan ada hantu yang duduk dalam kediaman ni" balas Kenit sambil matanya melihat sekeliling bilik.

"Eh, kau ni Kenit! Pandai-pandai je buat cerita. Mana kau tahu pasal ni?" soal Alang lagi tak berpuas hati dengan cerita Kenit.

"Aku tahu lah! Eh, korang jangan bagitahu siapa-siapa tau! Nanti hantu tu kacau korang!" balas Kenit lagi cuba menakutkan semua orang.

"Ye lah tu. Kau cerita dekat kita orang ni hantu tu tak kacau kau pulak?" soal Abu pula masih lagi tak percayakan cerita Kenit itu.

"Aku takpe. Aku berani!" jawab Kenit sambil menggenggamkan kedua-dua tangannya menunjukkan tanda berani.

"Cis! Berani konon!" sindir Alang lalu sambung mengemas barang-barangnya. Abu juga turut mengemas barangnya.

"Eh, Budin! Cepatlah salin baju. Lepas ni kita dah kena berkumpul dah" ujar Kenit menyuruh aku bersiap.

Aku pun dengan lekasnya  bangun dan mula menyalin baju kepada baju kemeja putih dan seluar hitam yang diletakkan di hujung katil aku. Terdapat vest hitam juga disertakan sekali dengan kemeja dan seluar itu. Mungkin itu pakaian seragam pekerja dalam kediaman ini. Aku pun tak pasti. Pada masa aku sedang menyalin baju itu, kepala aku masih lagi memikirkan apa yang diceritakan oleh Kenit tadi.

Kenit ada menyebut tentang Dato' Bakri dan keluarganya tak pernah menjejakkan kaki ke dalam kediaman ini. Adakah 'keluarga' yang dimaksukan Kenit itu Dato' Bakri dan Datin Soraya saja? Aku tertanya-tanya Dato' Bakri dan Datin Soraya tak mempunyai anak ke? Semasa aku berada di ruang tamu tadi pun, aku tak ternampak pula gambar anak Dato' Bakri dan Datin Soraya. Mungkin Dato' Bakri dan Datin Soraya memang sengaja tak meletakkan gambar anak. Atau mungkin Dato' Bakri dan Datin Soraya memang tak mempunyai anak. Aku hanya membuat tekaan sendiri.

Fikiran aku tersentak apabila Kenit memangil aku. "Budin! Jom kita gerak sekali" kata Kenit mengajak aku untuk bergerak sekali dengannya dan Abu serta Alang untuk berkumpul di ruang tamu seperti yang dipesan oleh Encik Shuib tadi. Aku menganggukkan kepala aku tanda setuju. Selepas siap menyalin baju, kami pun berjalan bersama-sama menuju ke bangunan utama. Terdapat beberapa kumpulan anak muda lain yang turut berjalan menuju ke bangunan utama itu. Jika benarlah apa yang diceritakan oleh Kenit tadi, mengapa Dato' Bakri perlu mencari pekerja seramai ini untuk menjaga dan membersihkan kediaman itu sekiranya tak ada siapa pun yang menetap di situ? Aku pun hairan.

Setiba saja di ruang tamu dalam bangunan utama itu, semua pekerja baru diarahkan untuk berbaris oleh Encik Shuib. Terdapat tiga barisan panjang yang telah dibuat oleh pekerja-pekerja baru yang sudah sampai. Aku, Kenit, Abu dan Alang berbaris di barisan yang paling belakang sekali. Di sebelah tepi kiri dan kanan ruang tamu itu juga terdapat ramai pekerja yang berdiri walaupun tak berbaris. Aku rasa itu semua pekerja lama. Setelah semua pekerja sudah berkumpul, Encik Shuib pun memulakan pengenalannya dan menjelaskan beberapa perkara penting yang perlu dipatuhi oleh semua pekerja.

"Pertama, dalam kediaman ini, ada beberapa tempat dan bilik yang kamu semua dilarang masuk sama sekali! Nanti senior-senior kamu akan tunjukkan kepada kamu. Bangunan di sebelah kiri yang bertentangan dengan bangunan di mana terletaknya bilik-bilik kamu semua juga dilarang masuk!" jelas Encik Shuib dengan suara yang lantang.

"Kedua, kamu semua akan diberikan jadual bekerja masing-masing. Dalam jadual itu termasuk sekali waktu kamu makan dan satu hari cuti. Sila patuhi jadual kamu dengan betul!"

"Ketiga, makanan akan disediakan oleh pekerja dapur untuk kamu semua. Dan pada hari kamu cuti, kamu dibenarkan untuk keluar daripada kediaman ini. Dengan syarat, perlu inform kepada saya terlebih dahulu"

"Yang terakhir dan yang paling penting, semua pekerja di dalam kediaman ini wajib ikut curfew yang telah ditetapkan. Pukul 10 malam semua pekerja wajib berada dalam bilik masing-masing. Kamu semua dilarang keluar daripada bilik kamu selepas pukul 10 malam kecuali untuk ke tandas saja!" jelas Encik Shuib dengan panjang lebar tentang peraturan di dalam kediaman itu.

"Dah macam peraturan dekat sekolah aku dengar" bisik Abu. Walaupun perlahan tetapi masih lagi boleh didengari oleh aku, Kenit dan Alang. Aku tak pernah ke sekolah jadi aku tak faham apa yang dimaksudkannya itu.

"Kan aku dah cakap! Korang tak nak percaya. Rumah ni berhantu! Sebab tu kita tak boleh keluar lepas pukul 10 malam!" bisik Kenit pula.

"Kau ni tak habis-habis lagi dengan hantu kau! Kau dah boleh pergi kawin kot dengan hantu kau tu" balas Alang pula berbisik. Dia naik meluat dengan perangai Kenit. Aku hanya memerhati saja celoteh mereka bertiga.

Selepas selesai dengan penjelasan tentang peraturan dan beberapa perkara penting itu, Encik Shuib membahagikan kami semua kepada beberapa kumpulan kecil. Kemudian, Encik Shuib tugaskan seorang senior untuk setiap kumpulan dan mengarahkan mereka untuk membawa kami melihat seluruh kawasan kediaman itu. Mereka juga diarahkan untuk menunjukkan semua tempat dan bilik yang dilarang untuk semua pekerja masuki. Aku, Kenit, Abu dan Alang diletakkan dalam satu kumpulan yang sama. Mungkin Encik Shuib membahagi kumpulan mengikut aturan bilik kami.

Semasa kumpulan aku dibawa melihat kawasan luar kediaman itu, aku dapat melihat bahagian depan kediaman itu terdapat satu water fountain yang sangat besar dan cantik. Water fountain itu terletak betul-betul di depan pintu besar kediaman itu. Sepatutnya aku sudah nampak water fountain itu semasa Pak Ajis membawa aku berjalan ke pintu besar kediaman itu pagi tadi. Mungkin disebabkan aku hanya menundukkan saja muka dan pandangan aku sepanjang aku berjalan dengan Pak Ajis pagi tadi, membuatkan aku tak perasan kewujudan water fountain yang besar dan cantik itu. Kenit, Abu dan Alang juga turut kagum melihat water fountain itu.

Di hujung sebelah kanan water fountain itu pula terdapat banyak dan pelbagai jenis pokok bunga yang cantik-cantik belaka. Mungkin tempat itu merupakan taman bunga yang dibina di dalam kediaman milik Dato' Bakri itu. Di hujung taman bunga itu juga aku dapat lihat sebuah greenhouse. Reka bentuknya ala-ala British. Walaupun hanya dapat dilihat daripada jauh dan luarannya saja, greenhouse itu sungguh cantik seperti sebuah Syurga yang jatuh ke dunia. Sayangnya greenhouse itu merupakan salah satu tempat yang dilarang masuk untuk semua pekerja.

Sesudah saja melihat sekitar kawasan luar kediaman itu, kumpulan aku dibawa masuk semula ke dalam kediaman Dato' Bakri itu. Senior yang membawa kumpulan aku itu cuba menerangkan serba sedikit tentang bilik-bilik yang ada di dalam kediaman itu. Terdapat terlalu banyak sangat bilik di dalam kediaman itu sehingga otak aku pun tak mampu nak ingat semua bilik yang disenaraikan oleh senior itu. Aku hanya cuba mengingati beberapa bilik yang pekerja boleh masuk saja kerana kebanyakan bilik, semua pekerja dilarang masuk.

BenjiWhere stories live. Discover now