Keluar

51 2 0
                                    

Pada malam itu, aku mengemas siap-siap baju hoodie dan seluar untuk dipakai esok. Aku merancang untuk menukar baju di bilik Benji saja esok pagi. Aku juga membawa beberapa jumlah wang sekiranya perlu digunakan esok. Aku cuba mengemas senyap-senyap sebab takut Kenit, Abu dan Alang tanya pula mengapa aku masukkan baju dan sejumlah wang ke dalam beg. Aku tak tahu nak jawab apa nanti jika mereka bertiga tanya.

Sejujurnya, aku sudah lupa ke mana Benji nak bawa aku pergi esok. Dia ada bagitahu aku petang tadi semua perancangannya tetapi maklumlah aku ni seorang yang cepat lupa. Jadi aku serahkan saja seluruh kepercayaan aku kepadanya. Aku pun tak tahu sangat jalan di tengah bandar itu. Aku hanya mampu berharap dan berdoa yang aku dan Benji tak sesat jauh saja esok. Kalau kami berdua sesat, aku tak tahu lah apa akan jadi. Takut Encik Shuib dapat tangkap je. Habislah nanti kena hadap Dato' Bakri pula.

Bangun saja daripada tidur pagi itu, aku terus bersiap dan bergegas ke bilik tidur Benji. Seperti biasa, aku perlu siapkan dulu tugasan aku setiap pagi sebelum aku mengejut Benji bangun. Tetapi apabila aku sampai saja di biliknya, Benji sudahpun terjaga dan sudah memakai baju hoodie yang aku belikan untuknya. Aku pun terkejut melihatnya. Mungkin dia pun teruja dan tak sabar lagi nak keluar daripada kediaman itu. Aku hanya tersenyum saja dalam hati.

"Awal Benji siap pagi ni? Nak pergi mana tu?" soal aku mengusik Benji yang sedang duduk termenung itu. Dia tersentak daripada lamunannya dan memandang aku.

"Itulah. Ada orang tu kata nak culik kita keluar daripada kediaman ni tapi dia pulak yang bangun lambat" balas Benji pula mengusik aku sambil tersenyum.

"Mana ada aku bangun lambat. Kau yang bangun terlalu awal, Benji" kata aku dengan nada sedikit geram apabila dituduh bangun lambat. Dia yang teruja sangat nak keluar sampai bangun awal gila. Cakap aku pula yang bangun lambat. Geram pula hati aku. Sekarang aku sedang cuba membiasakan diri aku untuk memanggil dia Benji. Aku juga sedang cuba menjadi tak formal dengannya seperti yang diminta.

"Yelah yelah. Aku yang terlebih excited nak keluar sampai tak boleh tidur semalam" kata Benji. Rupanya bukan dia bangun terlalu awal tetapi dia tak tidur lagi daripada semalam. Aku sedikit terkejut dan risau. Nanti kalau dia pitam semasa kami berdua berjalan di luar macam mana pula.

"Kau tak tidur daripada semalam? Nanti tak pening ke, Benji?" soal aku kerisauan. Dia hanya ketawa kecil memandang aku.

"Aku dah biasa lah, jangan risau. Selama ni pun aku dah banyak kali tak tidur malam tapi kau je yang tak perasan" jawabnya selamba. Aku pula yang rasa serba salah. Maksudnya selama dia ajar aku membaca dulu, dia pernah je tak tidur malam. Patutlah kadang-kadang aku nampak matanya merah dan mukanya nampak letih.

"Tak elok tau Benji selalu tak tidur malam. Badan tak cukup rehat. Nanti senang sakit" bebel aku pula.

"Kalau aku sakit sekalipun, bukannya ada orang kisah pun" balas Benji bersahaja. Sakit pula hati aku mendengar jawapan yang keluar daripada mulutnya itu.

"Kenapa kau cakap macam tu?! Aku kisahlah!" balas aku dengan suara yang sedikit tinggi. Benji terkedu memandang aku. Aku pun tak faham kenapa aku rasa marah bila Benji cakap begitu. Lalu, aku pun mula berjalan ke bilik air untuk menukar baju aku.

Sesudah saja menukar baju, aku keluar semula daripada bilik air. Aku ternampak Benji sedang berusaha keras memakai topeng yang aku belikan untuknya itu. Aku rasa kesian pula melihatnya. Lalu, aku pun menolong Benji untuk memakai topeng itu. Dia seperti terkejut melihat aku datang untuk menolongnya memakai topeng itu. "Kau marah aku ke tadi?" soalnya sambil matanya terkebil-kebil memandang aku yang sedang memakaikan topeng itu ke mukanya. Aku sedikit terkedu mendengar soalannya itu. Aku rasa serba salah pula sebab mengangkat suara aku dekat Benji tadi. "Mana ada aku marah" jawab aku dengan suara yang perlahan.

Selepas selesai saja memakaikan topeng itu ke muka Benji, kami berdua menutup kepala kami dengan baju hoodie yang kami pakai. Sejujurnya, aku rasa sedikit takut dan risau sekiranya perancangan aku dan Benji untuk keluar daripada kediaman itu gagal. Tetapi pada masa yang sama, aku juga rasa teruja dan tak sabar lagi. Aku memandang muka Benji. Dia kelihatan tenang saja. Dia seperti tak rasa takut atau risau langsung.

Kemudian, kami berdua pun mula berjalan keluar daripada bilik tidur Benji itu. Kepala aku terpusing-pusing melihat keadaan sekeliling. Takut juga sekiranya terserempak dengan Encik Shuib. Tetapi setakat ini, aku tak nampak langsung kelibatnya. Jadi, aku pun membawa Benji berjalan keluar daripada kediaman itu sehinggalah ke pagar besar. Masih tak ada siapa yang menahan kami berdua. Pengawal yang menjaga di pagar besar itu juga macam tak peduli saja melihat aku dan Benji keluar daripada kediaman itu. Lega hati aku apabila aku berjaya membawa Benji keluar daripada kediaman itu.

Apabila sudah berjalan jauh daripada kediaman itu, barulah aku dan Benji membuka hoodie di kepala kami. Cuaca di luar sangat lah panas terik. Belum apa-apa lagi, aku sudahpun mula berpeluh. Tadi aku yang menunjukkan jalan keluar kepada Benji. Sekarang, Benji pula yang menunjukkan jalan kepada aku. Katanya, dia hanya mengikut petua daripada Mr. Google saja. Aku hanya mengikut saja ke mana dia pergi. Maklumlah, aku ini buta jalan apatah lagi pasal teknologi. Lalu, kami berdua mula berjalan ke arah sebuah perhentian bas.

Benji memberitahu aku yang kami berdua perlu menaiki bas untuk ke stesen kereta api. Sebab stesen kereta api terletak jauh juga daripada kediaman Dato' Bakri itu. Sebenarnya, aku pun tak tahu ke mana dia nak bawa aku pergi. Aku takut pula nak tanya sebab semalam Benji sudahpun bagitahu aku tetapi aku yang lupa. Nanti mesti dia marah kalau aku tanya lagi. Jadi, aku hanya diam dan ikut saja apa yang disuruhnya. Setelah beberapa minit menunggu, bas pun sampai. Benji mengajak aku untuk menaiki bas tersebut. Hati aku rasa teruja pula nak naik bas sebab aku rasa itu kali pertama aku menaiki bas.

Bas itu membawa aku dan Benji pusing hampir separuh jalan di tengah bandar itu. Aku rasa aku sudah lama tak melihat bangunan pencakar langit. Hari ini aku dapat melihatnya lagi. Aku dengan gigih cuba memandang puncak bangunan yang tinggi itu daripada tingkap bas. Sampai nak terkehel leher aku sebab tinggi sangat bangunan-bangunan di tengah bandar itu. Aku tak perasan yang Benji hanya tersenyum saja memandang muka aku yang penuh teruja dan gembira itu.

Apabila bas itu berhenti, Benji mengajak aku turun. Katanya, kami berdua sudahpun sampai di perhentian untuk ke stesen kereta api. Lalu, aku pun mengikut Benji turun daripada bas itu dan berjalan menuju ke stesen kereta api berhampiran. Apabila berada di dalam kereta api, aku berasa sedikit gayat dan takut sebab kereta api itu bergerak sangat laju. Nak tengok suasana di luar pun aku tak berani. Aku hanya menundukkan saja kepala aku dan memandang lantai. Benji pula seronok mengusik dan ketawakan aku yang ketakutan itu. Aku hanya menghiraukannya saja.

Aku cuba memandang muka Benji. Dia kelihatan seperti sudah biasa naik kereta api. Tak ada perasaan takut ataupun teruja kelihatan di mukanya. Dia hanya seronok ketawakan aku saja. Aku pun hairan. Aku ingatkan dia akan teruja apabila dapat keluar daripada kediaman yang seperti sangkar untuknya itu. Tetapi dia nampak tenang saja. Mungkin dia tak nak tunjuk agaknya. Aku hanya membuat andaian. Aku harap dia pun rasa teruja dan gembira di dalam hatinya.

Sebenarnya, aku sedikit risau sekiranya orang lain memandang Benji pelik sebab dia pakai topeng. Tetapi aku tengok semua orang pun pakai pakaian yang pelik dan unik. Jadi, tak ada siapa pun yang memandang Benji pelik. Maklumlah fashion orang bandar kan. Sedang seronok mengusik dan mengagah untuk menakutkan aku sambil seronok ketawa, Benji kata dia tak perasan yang kami berdua sudahpun terlepas stesen yang perlu kami turun. Giliran aku pula untuk mengejeknya. Padan muka! Siapa suruh seronok sangat gelakkan orang tadi? Kan dah terlepas stesen. Lalu, aku dan Benji pun turun di stesen seterusnya untuk menukar laluan kereta api semula dan berpatah balik.

Apabila sampai saja di stesen yang betul, Benji membawa aku turun dan berjalan menuju ke sebuah bangunan yang sangat tinggi. Aku melihat bangunan itu seperti berkembar dua. Akhirnya, aku berjaya juga mencapai hasrat aku selama ini untuk memasuki sebuah bangunan pencakar langit. Tetapi apabila aku dan Benji melangkah masuk saja ke dalam bangunan itu, mata aku mula berpinar dan kepala aku mula terasa pening. Ramai sungguh orang di dalam bangunan itu. Mungkin Benji pun perasan yang aku seperti pening-pening lalat, dia pun menarik tangan aku dan memegang erat tangan aku. Lalu, dia memimpin aku berjalan perlahan-lahan. Aku pun hanya biarkan saja dia memegang tangan aku.

BenjiWhere stories live. Discover now