Imaginasi

75 3 0
                                    

"Macam mana ni! Aku tertinggal telefon aku dekat meja makan tadi" luah Kenit dalam keadaan resah.

"Kau ni pun satu! Kenapa cuai sangat? Sekarang dah pukul 10 malam kau tau tak!" balas Alang sedikit marah.

"Kau amik esok je lah Kenit. Aku takut kalau amik malam ni nanti Encik Shuib marah pulak" kata Abu.

"Mana boleh amik esok! Kalau telefon aku kena curi macam mana?" luah Kenit lagi.

"Alah, telefon Nokia je pun. Tak ada siapa lah nak curi!" balas Alang.

"Eh, mana kau tau tak ada siapa nak curi? Orang zaman sekarang ni mana boleh percaya!" kata Kenit sedikit marah dengan Alang.

"Korang tak nak teman aku kejap ke? Jom lah. Please?" kata Kenit lagi dengan nada yang merayu.

"Bukan aku tak nak teman kau, Kenit. Aku takut lah. Encik Shuib tu garang tau" balas Abu.

"Aku nak tidur dah. Aku mengantuk" kata Alang pula lalu terus baring di atas katilnya. Alang juga tidur di katil bawah seperti aku.

"Takpe lah. Aku pergi sorang je" kata kenit. Aku rasa kesian pula melihatnya. Walaupun aku tak pernah ada telefon tetapi aku faham perasaan Kenit. Siapa saja tak risau hilang sesuatu yang berharga.

Sebelum Kenit sempat berlalu pergi, aku pun keluar daripada bilik dan mula menyarung selipar. Kenit terkejut memandang aku. "Kau nak pergi mana, Budin?" soal Kenit. "Teman kau" balas aku ringkas selepas sudah menyarung selipar. "Betul ke ni?" soal Kenit lagi. Mukanya kelihatan sedikit terharu. Aku merasa kekok pula. Lalu, aku pun terus berjalan perlahan menuju ke pintu keluar bangunan itu. Kenit juga turut berjalan di belakang aku.

Semasa sedang berjalan, Kenit sempat berpesan sesuatu kepada aku. "Budin, kalau jadi apa-apa nanti, tunggu aku kira satu dua tiga dulu tau baru kita lari sama-sama" kata Kenit. Aku pun tak tahu kenapa perlu kira dulu sebelum lari. Tetapi aku hanya diam saja mendegar pesanannya itu. Sebenarnya aku terfikir macam mana kalau pintu belakang bangunan utama itu sudahpun dikunci? Macam mana aku dan Kenit nak masuk ambil telefonnya jika pintu tak boleh buka? Namun, apabila tiba saja di pintu belakang bangunan utama itu, pintu itu masih lagi boleh dibuka daripada luar. Jadi, aku dan Kenit pun perlahan-lahan masuk ke dalam bangunan utama itu dan berjalan sedikit berjengket bagi mengurangkan bunyi selipar.

Sampai saja di meja makan, memang betul pun ada sebuah telefon bimbit terletak elok di atas meja makan itu. Lalu, Kenit pun mengambil telefonnya itu dan kami berdua mula berjalan berjengket-jengket untuk keluar semula daripada bangunan utama itu. Nasib baik tak ada sesiapa di dalam bangunan utama itu. Sejujurnya, aku pun cuak sekiranya Encik Shuib dapat menangkap aku dan Kenit keluar daripada bilik selepas pukul 10 malam. Baru hari pertama mula bekerja, sudahpun mula melanggar peraturan. Aku dapat bayangkan muka Encik Shuib yang tegas itu.

Selepas aku dan Kenit keluar saja daripada bangunan utama itu, kami berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke bangunan bilik-bilik pekerja itu. Aku memandang Kenit yang kelihatan ceria semula selepas dapat telefon bimbitnya kembali. "Terima kasih Budin sebab teman aku" katanya sambil memusingkan seluruh badannya ke belakang untuk memandang aku. Aku terkedu.

Kemudian, Kenit mula berjalan dalam keaadan mengundur sambil tersenyum memandang aku. Aku sering merasa kekok apabila menerima ucapan terima kasih. Seumur hidup aku, aku jarang sekali menerima ucapan sebegitu. Aku hanya selalu menerima cacian dan makian saja sepanjang hidup aku di jalanan dulu. Selain Kenit, Pak Ali saja yang sering memberikan ucapan terima kasih kepada aku. Aku hanya diam dan menundukkan kepala aku saja setiap kali aku menerima ucapan sebegitu.

Sedang elok aku dan Kenit berjalan menuju ke bangunan bilik-bilik pekerja itu, tiba-tiba Kenit memberhentikan langkahnya. Mukanya yang tersenyum gembira tadi berubah menjadi cuak. Matanya seperti sedang memerhatikan sesuatu. "Budin, cuba kau tengok tu" kata Kenit sambil menunjukkan jarinya ke arah belakang aku. Aku pun pusing ke belakang dan mengikut arah telunjuk jari Kenit. Aku ternampak cahaya yang malap di bahagian hujung tingkat tiga bangunan utama itu. Tiba-tiba aku teringat bunyi yang aku terdengar petang tadi semasa aku sedang mencuci dan mengelap tingkap-tingkap di tingkat dua itu.

Aku tak rasa takut kali ini. Tetapi aku rasa pelik. Betul ke tak ada siapa yang duduk di dalam kediaman itu? Tak mungkin lah hantu berjalan bunyi tapak kaki kan. Lagipun hantu mana lah sukakan cahaya. Aku hanya membuat andaian aku sendiri. Sedangkan aku pun tak pernah tahu menahu pasal hantu sebelum ini. "Budin! Satu.... Dua...." Kenit tiba-tiba mula mengira. Namun, belum sempat aku sedar daripada fikiran aku, Kenit sudah pun mula berlari laju menuju ke bangunan bilik-bilik pekerja itu. Si Kenit ni pun satu. Kira tak sampai tiga dah pecut lari. Aku pun hairan kenapa Kenit suruh lari. Tetapi aku juga turut lari mengikut Kenit daripada belakang.

Sampai saja di luar pintu bilik, aku dan Kenit tercungap-cungap dek kerana penat berlari terlalu laju tadi. "Kenapa kau lari?" soal aku kepada Kenit. "Aku rasa macam aku nampak hantu tadi" jawabnya tercungap-cungap masih lagi cuba mencari nafasnya semula. Biar betul dia nampak hantu? Aku pun tak pasti. Mungkin Kenit ni ada sixth sense agaknya. Tetapi aku hanya nampak cahaya malap saja tadi. Aku ingatkan itu yang Kenit cuba tunjukkan kepada aku tadi. Aku diamkan saja tentang apa yang aku nampak tadi. Mungkin itu hanya lah imaginasi aku saja.

Selepas nafas mula kembali normal, Kenit pun berjalan masuk ke dalam bilik. Sebelum aku juga turut melangkah masuk ke dalam bilik, mata aku terpandang kamera CCTV yang merata-rata di sekitar koridor itu. Aku baru teringat yang bangunan itu penuh dengan kamera CCTV. Tiba-tiba aku rasa cuak. Macam mana kalau Encik Shuib atau pengawal ternampak aku dan Kenit melanggar peraturan? Habis lah kami berdua kena marah nanti.

Malam itu aku tak boleh tidur. Kenit, Abu dan Alang sudahpun mula bergilir-gilir berdengkur. Mereka bertiga seperti sedang berlumba siapa yang paling kuat berdengkur. Aku hanya termenung dan mengelamun saja malam itu. Penat aku cuba memaksa mata aku untuk lelap tetapi tidak berjaya. Mungkin sebab aku tak biasa tidur di atas katil agaknya. Lalu, aku pun bangun daripada katil aku dan baring di atas lantai saja. Selepas itu, barulah mata aku mula kuyu dan aku pun tertidur.

Pada keesokan harinya, aku ingatkan Encik Shuib akan memanggil aku dan Kenit pasal malam tadi. Tetapi sangkaan aku tak menjadi kenyataan. Aku pun tak faham. Mungkin tak ada siapa pun yang perasan aku dan Kenit telah melanggar peraturan malam tadi. Jadi, aku pun hanya melupakan saja tentang perkara itu.

Hari demi hari berlalu. Aku hanya sibuk dengan rutin harian aku yang penuh dengan kerja membersih dan mencuci. Sedar tak sedar, sudah sebulan aku bekerja di dalam kediaman itu. Pak Ajis janji dengan aku nak bawa Pak Ali datang melawat aku. Namun, sudah sebulan lamanya janji itu hanya menjadi kata kosong saja. Hati aku merasa sedih. Mungkin Pak Ali dan Pak Ajis pun sedang sibuk dengan kerja mereka.

Walaupun semua pekerja diberikan satu hari cuti setiap minggu, aku hanya membuang masa cuti aku terperap di dalam bilik saja. Aku selalu termenung dan mengelamun sepanjang hari. Hidup aku terasa kosong. Dulu semasa aku hidup di jalanan, aku sangkakan sekiranya aku mempunyai rutin harian dan hala tuju kehidupan, aku tidak akan merasa kosong lagi. Namun sekarang, walaupun aku sudah pun mempunyai kedua-duanya, aku tetap merasa kosong. Biasalah manusia. Mana pernah berasa cukup dengan hidupnya.

Selain daripada cuti, semua pekerja juga diberikan upah bayaran setiap hujung bulan. Setelah sudah sebulan bekerja, itulah kali pertama aku dapat melihat dan memegang sejumlah wang yang cukup banyak bagi aku. Aku tak tahu berapa sebenarnya jumlah upah yang aku terima sebab aku tak reti mengira. Tetapi aku tahu jumlah upah itu banyak. Aku pun tak tahu apa yang aku patut buat dengan upah yang sebanyak itu. Bagi aku, makanan, pakaian dan tempat tidur yang disediakan sudahpun mencukupi. Jadi, aku hanya simpan saja upah yang aku terima itu di dalam almari locker aku dan menguncinya dengan kunci yang memang sudahpun disediakan sekali dengan locker itu. Aku tak tahu selamat ke tak simpan duit upah yang banyak sebegitu di dalam almari. Tetapi aku hanya mampu berdoa dan berharap saja yang duit aku itu akan selamat.

BenjiWhere stories live. Discover now