"Sejak kecik lagi, aku dan Brian sangat suka melukis dan mewarna. Kami berdua sering diberikan kertas lukisan untuk kami melukis dan mewarna" kata Tuan Benjamin menyambung ceritanya.
"Siapa sangka daripada minat melukis dan mewarna itu membentuk aku dan Brian untuk menjadi pelukis berbakat pada usia muda lagi"
"Sejujurnya aku dan Brian, kami berdua berbakat dalam dunia lukisan"
"Tetapi lukisan hasil tangan aku sering mendapat sambutan orang ramai berbanding lukisan Brian"
"Tanpa disedari, nama aku menjadi popular dalam dunia lukisan pada ketika itu. Menggunakan nama samaran made by Mr. B, Dato' Bakri bukan main bangga lagi"
"Manusia memang tak akan pernah lari daripada perasaan cemburu dan dengki. Jika tak dikawal dengan baik, perasaan itu akan menjadi benci dan dendam"
"Semakin hari hubungan aku dengan Brian menjadi semakin renggang"
"Bagi aku, Brian bukan saja adik aku tetapi sahabat aku jugak daripada kecik lagi"
"Tipu lah kalau aku cakap aku tak sayangkan adik aku sendiri. Mestilah aku sedih bila kami berdua dah tak bercakap seperti dulu lagi" kata Tuan Benjamin bercerita panjang. Walaupun mukanya nampak kosong saja dan tak ada sedikit reaksi pun yang terpancar di mukanya, tetapi suaranya kedengaran sayu. Aku hanya setia saja mendengar dan mendalami ceritanya.
"Pada suatu hari, aku ternampak studio lukisan aku di rumah terbakar. Aku pun berlari memasuki studio itu untuk menyelamatkan lukisan-lukisan yang aku penat hasilkan dengan titik peluh aku sendiri"
"Apabila aku masuk saja ke dalam studio itu, aku ternampak Brian sedang terbatuk-batuk disebabkan terhidu asap yang tebal"
"Aku pun berlari menyelamatkan Brian dan cuba membawa dia keluar daripada studio itu. Bagi aku, adik aku lagi penting daripada lukisan-lukisan aku"
"Tetapi, siapa sangka tangan yang dulu memegang erat tangan aku bertukar menjadi tangan yang akan mematahkan sayap aku"
"Brian menolak aku dengan kuat sehingga aku terjatuh ke lantai. Lalu, dia membaling sebuah lukisan yang terbakar ke muka aku. Kemudian, dia berlari meninggalkan aku kesakitan seorang diri di dalam studio yang terbakar itu"
"Disebabkan terhidu asap yang tebal dan muka aku yang terlalu sakit akibat melecur, aku terbaring tak sedarkan diri"
"Apabila aku membuka saja mata aku, aku sudahpun berada di hospital"
"Sejak daripada itu, kehidupan aku menjadi gelap sebelah. Doktor memberitahu aku yang mata sebelah kanan aku rosak akibat kulit muka aku yang melecur teruk"
"Hanya Shuib saja yang menemani aku di hospital pada waktu itu. Shuib memang daripada aku kecik lagi sudah ditugaskan oleh Dato' Bakri untuk menjaga aku"
"Bagi aku, Dato' Bakri dan Datin Soraya merupakan ayah dan mak aku di atas kertas saja. Mereka jarang-jarang sekali ada di sisi aku sejak daripada kecik lagi. Aku hanyalah salah satu aset yang mereka taburkan duit saja"
"Semuanya Shuib yang uruskan. Dia yang sering menjaga aku selama ini. Shuib itu umpama seorang insan yang terpaksa menjadi seorang ayah pada usia yang sangat muda"
"Apabila aku keluar saja daripada hospital, Shuib memberitahu yang aku diarahkan untuk berpindah ke kediaman ini. Aku juga diarahkan untuk tidak sekalipun keluar daripada kediaman ini. Kononnya Dato' Bakri dan Datin Soraya menyuruh aku berehat sehingga sembuh"
YOU ARE READING
Benji
RomanceNama aku Budin. Kehidupan aku bermula di tepi jalanan yang penuh dengan kejijikan dan kesejukan. Seumur hidup aku, aku tak pernah tahu macam mana rasanya disayangi oleh seorang ayah ataupun mak. Rupa ayah dan mak aku macam mana pun aku sudah tak ing...