Persoalan

74 3 0
                                    

Apa yang aku faham daripada penerangan senior aku itu, kediaman milik Dato' Bakri itu mempunyai lima tingkat semuanya. Hanya dua tingkat bawah saja tempat yang semua pekerja dibenarkan masuk iaitu tingkat satu di mana terletaknya ruang tamu, dapur dan tempat makan serta tingkat dua yang terdapat bilik rehat, bilik bacaan, bilik muzik dan ruang tamu kedua. Sebenarnya banyak lagi bilik lain tapi aku dah tak ingat sebab banyak sangat. Tingkat tiga, empat dan lima adalah larangan untuk semua pekerja masuk. Selain daripada larangan masuk, setiap tingkat yang disenaraikan itu juga tak akan ditugaskan kepada mana-mana pekerja untuk dibersihkan. Kecuali dengan kebenaran Encik Shuib, pengurus kediaman itu.

Aku perasan kediaman milik Dato' Bakri itu mempunyai banyak sangat tingkap yang besar di setiap sudut. Bak kata senior yang membawa kumpulan aku itu, kediaman itu memang direka bentuk ala-ala British mengikut cita rasa Datin Soraya yang merupakan anak kelahiran British. Aku tak tahu macam mana rupanya rumah British tetapi apa yang aku dapat bayangkan rumah British yang dimaksudkannya itu sudah pasti mewah. Selepas sudah pusing melihat seluruh kediaman itu, kami pun kembali semula berkumpul di ruang tamu tadi. Encik Shuib mengingati lagi semua pekerja untuk mematuhi semua peraturan yang diterangkannya pagi tadi. Sebelum bersurai, kami diberikan jadual bertugas kami masing-masing. Kemudian, kami juga diberikan makanan tengah hari iaitu bihun goreng.

Sesudah saja makan, semua pekerja dibenarkan untuk berehat di bilik sementara menunggu waktu bekerja sesi petang bermula. Semasa di dalam bilik, Kenit, Abu dan Alang mula rancak bercerita dan bersembang. Sementara aku hanya memasang telinga saja mendengar perbualan mereka. Maklum lah aku ni tak pandai berbual sangat. Aku pandai mengelamun saja. Walaupun aku banyak berdiam, mereka bertiga tak pernah putus asa mengajak aku duduk berbual dengan mereka sekali. Aku ikutkan saja ajakan mereka.

"Korang tau tak aku dengar cerita kan, kediaman ni bukan satu je kediaman Dato' Bakri. Ada banyak lagi kediaman Dato' Bakri" ujar Kenit membuka ceritanya.

"Ada kediaman banyak pun tak ada orang yang duduk apa guna!" kata Alang.

"Tetapi aku pelik lah kenapa Encik Shuib tak bagi kita masuk tingkat tiga, empat dan lima. Ada apa dekat atas tu?" soal Abu.

"Kan aku dah cakap. Ada hantu!" balas Kenit pula. Dia masih lagi tak berputus asa dengan hantunya.

"Ish, kau ni! Sudah-sudah lah tu dengan hantu kau tu!" pekik Alang melepaskan geramnya.

"Dato' Bakri tak ada anak ke?" soal aku tiba-tiba. Kenit, Abu dan Alang memandang aku serentak. Mungkin mereka bertiga terkejut mendengar aku bersuara yang jarang-jarang sekali berlaku.

"Mestilah ada! Tuan Brian tak silap aku orang selalu panggil anak Dato' Bakri tu. Anak kebanggaan Dato' Bakri tu kot. Jangan main-main!" balas Kenit menjawab soalan aku tadi.

"Mana kau tau semua cerita ni?" soal Abu pula.

"Ada lah! Aku kan ahli nujum. Mestilah aku tau semua benda dalam dunia ni!" jawab Kenit dengan muka penuh riak.

"Lama-lama aku dengar kau bercerita ni boleh jadi gila aku! Dah lah malas aku nak layan kau!" kata Alang lalu bangun daripada tempat duduknya dan mula baring di atas katilnya.

"Alamak! Kau cemburu ke tak boleh jadi ahli nujum?" soal Kenit kepada Alang dengan nada yang mengusik. Tetapi Alang hanya menghiraukan saja usikannya itu dan bermain dengan telefon bimbitnya.

"Kalau Dato' Bakri tu ada banyak kediaman, habistu Dato' Bakri dengan keluarganya duduk dekat mana?" soal Abu lagi.

"Orang kaya macam Dato' Bakri ni mestilah ada rumah utama. Mereka duduk dekat rumah utama lah. Aku pun tak pasti dekat mana. Kediaman-kediaman dia yang lain ni hanya untuk bermegah-megah saja" jawab Kenit.

BenjiWhere stories live. Discover now