Membaca

56 3 0
                                    

"Mesti kau fikir 'Oh, dialah hantu yang semua orang cerita ada dalam rumah ni selama ni' kan?" soal Tuan Benjamin lalu ketawa kecil. Ketawa yang sungguh tak ikhlas bagi aku. Aku menggelengkan kepala aku laju.

"Kau sumpah tak pandai menipu" ujar Tuan Benjamin lalu melepaskan tangannya daripada dagu aku. Menipu? Habistu tak kan lah dia nak aku mengaku yang selama ini memang aku ingat ada hantu dekat tingkat tiga itu? Nanti dia ketawakan aku pula sebab takut hantu.

Aku mengikut langkah Tuan Benjamin daripada belakang yang sedang berjalan menuju ke tingkat empat untuk bersarapan pagi. Sepanjang Tuan Benjamin menikmati sarapan paginya, aku hanya berdiri tegak saja di penjuru meja makan itu. Perut aku menyanyi girang apabila hidung aku terhidu bau makanan. Sebenarnya aku tak sempat nak menjamu makan pagi disebabkan aku bersiap terlalu awal dan menunggu Encik Shuib di tingkat tiga tadi. Tetapi aku hanya memaksa saja perut aku untuk tahan lapar buat sementara waktu itu. Mungkin nanti bila ada masa kosong, barulah aku boleh curi-curi pergi makan sekejap di bawah.

"Kau dah makan?" soal Tuan Benjamin tiba-tiba sambil mengelap tangan dan mulutnya dengan kain kecil. Aku hanya menganggukkan saja kepala aku. Cuba menipu lagi.

"Marilah sini. Yang kau berdiri jauh sangat tu kenapa? Kata tak takut dengan aku tadi" ujar Tuan Benjamin dengan nada yang sedikit perli. Aku terus berjalan mendekatinya apabila diperli sebegitu. Siapa entah yang takut dengan dia?

Melihat saja aku mula berjalan ke arahnya, Tuan Benjamin meletakkan pinggan yang berisi makanan itu di sebelahnya dan menarik kerusi. Lalu, dia menyuruh aku duduk. Aku sedikit terkedu tetapi aku hanya akur saja. "Makanlah sandwich tu. Kalau kau tak kesian dekat sandwich tu, kau buang je" ujar Tuan Benjamin kendengaran seperti mengugut aku. Aku pun mula makan beberapa keping sandwich yang tinggal di atas pinggan yang diletakkan di depan aku itu. Ada juga segelas air oren yang sudah tinggal separuh saja diletakkan di sebelah pinggan itu. Aku minum air oren itu sampai habis. Tuan Benjamin hanya memerhati saja aku makan dengan penuh berselera sambil menongkat tangannya ke dagu. Aku berasa sedikit kekok tetapi aku hanya menghiraukan saja pandangannya itu dan melahap sandwich itu sehingga habis licin.

"Lepas ni, kau bawak je makanan untuk kau sekali dengan makanan aku. Tak payah nak menyeksa diri sangatlah tahan lapar. Kau ingat kau tu askar ke?" ujar Tuan Benjamin dengan nada yang sinis. Aku hanya menganggukkan saja kepala aku tanda akur. Cakap pun nak marah-marah Tuan Benjamin ini. Aku pun tak faham. Tenang sudah lah.

Sesudah saja makan sarapan pagi itu, aku pun membawa pinggan dan gelas itu ke bawah untuk dicuci. Lalu, aku naik semula ke tingkat empat dan berjalan menuju ke bilik buku semalam. Kata Tuan Benjamin tadi, dia nak membaca buku pagi itu. Aku pun pergi ke bilik buku sebab aku tak tahu nak buat apa. Sampai saja di bilik buku itu, aku nampak Tuan Benjamin sedang duduk di meja panjang yang terletak di hujung bilik itu. Dia sedang fokus membaca buku tebal di tangannya. Aku tak nak mengganggu dia membaca lalu aku pun berjalan ke salah sebuah almari buku dan mula mengemas dan menyusun buku-buku di situ. Walaupun sebenarnya almari-almari buku di dalam bilik itu tak adalah sesepah manapun. Tetapi aku tetap mengemas dan menyusun buku-buku di dalam bilik itu. Saja buat-buat busy.

Daripada satu almari ke satu almari aku mengemas dan menyusun buku. Siap saja mengemas dan menyusun, barulah aku mula berdiri di hujung bilik itu sambil melihat ke luar tingkap yang sangat besar dan luas. Aku dapat melihat taman bunga daripada dalam bilik itu. Aku hanya menikmati pemandangan cantik di luar tingkap sambil mengelamun seketika. Sampai aku tak sedar yang Tuan Benjamin sudahpun meletakkan bukunya ke meja dan memerhati aku daripada jauh.

"Kau buat apa berdiri dekat situ?" soal Tuan Benjamin membuatkan aku tersentak daripada lamunan aku. Aku menjadi kalut seperti seorang pekerja yang telah ditangkap oleh majikannya sebab mengelamun dan tak buat kerja. Aku pun mula berjalan menghampiri Tuan Benjamin. Sedikit pun Tuan Benjamin tak mengalihkan pandangannya daripada aku. Dia seperti sedang menilai aku.

"Tuan Benjamin nak saya buat apa-apa ke?" soal aku dengan suara yang perlahan apabila sampai di depan Tuan Benjamin.

"Oh, boleh bercakap rupanya. Aku ingatkan kau bisu. Daripada semalam susah sangat nak bukak mulut" kata Tuan Benjamin memerli aku lagi. Aku hanya tersenyum kelat. Meluat betul aku dengan anak orang kaya ini. Aku diam dikatanya aku bisu. Aku bising nanti dikatanya aku menjawab. Semua benda lah tak kena. Sabar sajalah aku dengan manusia sebegini.

"Aku nak lelapkan mata sekejap. Kau tolong bacakan buku ni kuat-kuat untuk aku" kata Tuan Benjamin lalu menyandarkan badannya ke kerusi dan mula melelapkan matanya sambil tangannya memeluk tubuh.

Aku menjadi terpinga-pinga. Dia nak suruh aku bacakan buku itu untuk dia? Aku yang buta huruf ini? Aku sumpah tak pandai membaca. Jadual kerja aku selama ini pun aku minta tolong Kenit bacakan. Aku tak tahu macam mana aku nak bagitahu Tuan Benjamin. Nanti kalau dia marah aku macam mana? Dia ini pun satu. Mengada betul nak ada orang bacakan buku untuk dia pula. Apa dia ingat dia budak kecil ke nak ada orang bacakan buku untuk dia tidur? Geram pula aku jadinya. Apabila Tuan Benjamin tak mendengar sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut aku, dia membuka matanya semula dan memandang aku.

"Kenapa takde bunyi pun kau baca?" soal Tuan Benjamin sambil mengerutkan dahinya. Bodoh juga anak orang kaya ini. Memanglah tak ada bunyi. Aku tak pandai membaca! Hati aku terasa seperti mahu menangis.

"Mmm... Sebenarnya saya tak pandai membaca, Tuan Benjamin" jelas aku dengan suara yang perlahan dan sedikit gugup. Aku menundukkan mata aku ke lantai. Tiba-tiba aku rasa takut. Habislah aku kalau Tuan Benjamin marah nanti.

"Hah? Apa?" soal Tuan Benjamin sambil sengetkan kepalanya. Mukanya seperti tak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar daripada mulut aku sendiri. Ataupun dia memang tak dengar apa yang aku cakap tadi sebab suara aku perlahan sangat.

"Saya tak pandai membaca, Tuan Benjamin" jawab aku mengulangi lagi penjelasan aku tadi dengan suara yang sedikit kuat. Aku memejamkan mata aku sebab tak nak tengok reaksi daripada Tuan Benjamin. Aku takut dia marah aku.

"Ye, aku dengar apa kau cakap tadi. Apa maksud kau tak pandai membaca?" soal Tuan Benjamin dengan nada suara yang seperti risau. Mungkin aku tersalah dengar. Aku pun tak faham dengan soalan dia. Apa maksud aku? Maksud aku tak pandai membaca lah. Maksud apa lagi yang dia nak? Pelik-pelik saja tau perangai anak orang kaya ini.

"Mmm... Maksud apa Tuan Benjamin? Saya memang tak pandai membaca" jawab aku sedikit kebingungan. Aku sudahpun membuka mata aku. Aku memberanikan diri aku untuk memandang muka Tuan Benjamin. Mukanya yang berkerut tadi sudah bertukar menjadi risau. Aku pun tak tahu mengapa mukanya nampak begitu risau.

"Maksudnya kau memang tak pandai membaca daripada kecik lah?" soal Tuan Benjamin. Aku menganggukkan kepala aku.

"Kau tak pernah belajar membaca?" soal Tuan Benjamin lagi seperti tak percaya dengan aku. Aku pun sudah mula keliru nak mengangguk ataupun menggelengkan kepala aku. Aku buat kedua-duanya sekali serentak.

"Kau tak pernah belajar membaca langsung?!" soalnya lagi dan lagi dan lagi. Aku mengangguk dan menggelengkan kepala aku serentak tanpa henti. Otak aku rasa bergegar. Kepala aku sudah mula rasa pening sebab mengangguk dan menggelengkan kepala aku banyak sangat. Entah kenapa dia tak percaya dengan aku. Mungkin dia tak pernah jumpa orang yang tak reti membaca agaknya sebelum ini.

Tuan Benjamin diam seketika setelah bertubi-tubi menyoal aku. Dia seperti sedang menghadam segala apa yang aku beritahu kepada dia. Mukanya nampak serious. Aku ingatkan dia akan marah apabila dia dapat tahu yang aku tak reti membaca. Sebaliknya, dia nampak risau. Aku pun hairan. Aku hanya berdiri saja di sebelahnya dan mendiamkan diri aku. Aku biarkan saja dia tenggelam dalam fikirannya. Entah apalah yang sedang difikirkannya itu.

BenjiWhere stories live. Discover now