Seorang lelaki tua muncul disebalik lorong yang gelap , dia memakai jubah putih dan memegang sebuah botol kecil . Dia memandang kosong orang-orang yang berjalan di keliling kota besar Pranediz . Pranediz merupakan sebuah negara yang besar dan mempunyai 2 wilayah iaitu wilayah sayap atau dikenali sebagai pranediz sendiri dan wilayah timur iaitu burgira.
"Aku akan pastikan kota ni hancur dan menjadi kota yang aman damai semula dibawah pemerintahan seseorang yang tepat" ucap lelaki tua itu sebelum meminum cairan yang ada didalam botol kecil itu.
Matanya yang berwarna biru itu bertukar menjadi warna hitam pekat , seluruh badannya mula menggigil dan tubuhnya rebah di lorong itu. Angin sejuk mula mencengkam tubuh tuanya itu.
"Pakcik..pakcik okay ke?" tanya seorang wanita yang melihat keberadaan lelaki tua itu . Dia mencuba menolong lelaki tua itu tetapi tangannya dengan pantas digenggam dan digigit .
Suara jeritan wanita itu membuat semua orang yang lalu lalang di kota besar Pranediz itu memandangnya yang terjelepuk disebelah lelaki tua itu dengan badan yang menggigil.
Ramai orang terus pergi kearah mereka berdua , ada yang ingin merakam dan ada yang ingin membantu.
"Permainan bermula . Bersiap sedia lah untuk kehancuran korang" ucap lelaki tua itu sebelum menggigit beberapa lelaki yang cuba menolongnya.
YOU ARE READING
ZOMBIE | C
ActionVirus baru menyerang kota besar Pranediz . Para penduduk mengira kerajaan menyelamatkan mereka namun sangkaan mereka terpesong jauh . Rupanya mereka akan dijadikan alat oleh para pemerintah . Muncul kumpulan pemberontak untuk mendapatkan keamanan da...