Z1 | 17

18 2 0
                                    

"Aku dah kata kau takkan dapat lari" ucap Jason sinis . Dia memandang lama Luke yang sudah terikat dan ada beberapa wayar disekitar badannya yang di tutupi baju itu.

"Lakukan semua proses yang tertunda" arah Jason dingin . Ketiga-tiga doktor itu mengangguk . Luke perlahan-lahan membuka matanya , pandangannya sedikit kabur dan menjadi semakin kabur apabila seorang doktor mencucuk jarum yang diisi serum berwarna kuning di lehernya

Luke memandang dirinya yang sedang terbaring ditengah jalan raya bandar Pranediz . Membutang matanya apabila melihat ada serum ditangannya yang masih penuh manakala mayat Zayn terbaring lemah disebelahnya , Zayn sudah menjadi zombie .

"Zayn!!" jerit Luke lirih . Baru sahaja dia ingin mendekati tubuh Zayn , tubuh Luke bangun dengan sendirinya dan perlahan-lahan bertukar menjadi nyamuk .

Nyamuk itu mempunyai banyak gigi yang berbentuk pisau , kakinya pula yang besar itu mampu membunuh sesiapa saja yang dipijak.

"No! No!!" jeritnya kuat apabila nyamuk itu memijak tubuh Zayn membuatkan tubuh remaja itu hancur berkecai-kecai.

Tiba-tiba dia rasa tubuhnya jatuh ke dalam sebuah villa besar. Kepalanya tergeleng-geleng apabila dia sudah mengecam villa itu , rumahnya.

"Luke jangan main jauh-jauh!" pesan Roger . Luke kecil itu hanya mengangguk . Dia mula bermain dengan patungnya ditepi kolam renang itu .

Matanya mengamati peristiwa yang sudah berjaya dia lupakan tersebut , peristiwa dimana hidupnya hancur dengan serta merta. Dirinya bagai ditarik secara paksa ke arah ayahnya berada . Dia mengamati wajah ayahnya yang hampir seiras dengannya , yang beza hanya rambut mereka.

"Loid cepatlah lama lagi ke!" marah Roger . Luke memandang Roger dan Loid silih berganti , mereka sedang menyiapkan kejutan hari jadinya yang ke 9 .

"Aku dah kata ambik barbie je! Tengok , nasib birthday anak aku . Kalau anak orang lain memang takde aku beria pasang ni" bidas Loid laju . Dia menghias beberapa kerusi agar mengikut tema mereka , Jake and the Neverland Pirates.

TOK!TOK!

"Bukak pintu Roger" arah Loid . Roger dengan pantas bergerak kearah pintu dan membukanya . Seorang lelaki dengan pantas menekup wajah Roger dengan kain yang sudah diisi ubat tidur dan membuat Roger terbaring lemah didepan pintu.

Waktu itu Loid masih tidak perasan apa-apa , dia sibuk menyiapkan kek hari jadi Luke.

"Lama nye woi kau Roger , aku mintak bukak je bukan dating dengan tetamu tu" bidas Loid sambil memasang lilin hari jadi di kek Luke.

Dia memusingkan tubuhnya , apabila dia melihat Roger yang sudah terbaring , dia dengan pantas berlari kearahnya.

"Roger! Roger! Kau pahal ni!? Jangan nak tidur , harini birthday anak aku" ucap Loid kuat . Dia dengan pantas menampar kuat pipi Roger berkali-kali.

"Loid" ucap seseorang . Loid dengan pantas memandang kearah lelaki itu .

"Jason?"

BANGG! Loid dengan pantas mengelak tembakan itu . Dia berlari ke arah dapur untuk mengambil senjata yang dia sorokkan . Suara tembakan itu membuatkan si kecil Luke berlari ke arah ruangan itu .

"Jangan Luke!" jerit Luke kuat kepada dirinya sendiri . Wajah Loid dengan pantas bertukar menjadi cemas apabila melihat anaknya itu di belakang Jason

SREKKK! Sebuah pisau tajam berjaya mengoyakkan kulit dada Loid dan tubuh lelaki itu jatuh terbaring di dapur itu . Si kecil Luke dengan pantas menutup mulutnya , langsung tidak membuat sebarang bunyi.

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now