Mata merah milik Luke menatap kosong iPad yang sedang dipegang oleh Sven . Otaknya dah kosong , taktahu nak buat apa dah . Berita baru-baru ini mengatakan bahawa sempadan akan ditutup dalam masa terdekat
"Macam mana kita nak pergi sempadan sebelum kena tutup? Aku rasa dalam 3 hari lebih baru sampai" ucap Blake . Dia juga sudah menemui jalan buntu , kang kalau main terjah mau mampus kena tembak
"Kau ada idea Luke?" tanya Sven . Dia memandang Luke yang masih menatap iPad itu . "Bukak peta" arah Luke secara tiba-tiba .
Mata mereka memandang Luke yang sedang menganalisis peta laluan mereka . Mereka harus melepasi stesen minyak , hospital dan juga empangan untuk sampai ke sempadan
"Naya pak karim!" ucap Zayn kuat membuat mata mereka beralih padanya . "Pahal?" tanya Blake . Laju sahaja Zayn menunding jari kearah Nayra yang sedang terluka
"Apa dia buat sampai luka?" tanya Sven pelik . Dah kenapa pulak Nayra luka , rasanya budak tu duduk dalam khemah je .
Luke memandang Maya yang sedang menenangkan Nayra yang masih menangis dan menggigil teruk .
"Abaikan dia , fokus dengan apa aku nak cakap ni" ucap Luke dingin . Dia mendesah perlahan sebelum menyambung ayatnya
"Kita akan bergerak malam ni , bila dah sampai stesen minyak baru berhenti untuk berehat so lagi cepat kita jalan lagi cepat dapat rehat"
"Kita gerak malam ni?" tanya Hazel yang baru tiba dan mendapat anggukan singkat dari Luke . "Awalnya gerak" keluh Hazel
"Lagi awal lagi baik" balas Luke
"Kemas barang-barang yang penting je , khemah biarkan je" ucap Sven kuat dan mendapat anggukan patuh dari mereka semua . Luke masuk ke dalam khemahnya dan mengambil ubat-ubatan nya dan beberapa peluru dan pistol .
Mini Uzi diberi kepada Blake , G22 pula kepada Zayn dan G26 kepada Sven .
"Dengar betul-betul apa yang aku nak cakap , kita akan jalan ikut kumpulan . Setiap kumpulan seorang akan dapat senjata api , Zayn dengan Ares , Blake dengan Dexter , Hazel dengan Sven , Ryz dengan Nayra , Maya dengan aku. Jangan berpecah atau buat perangai kalau taknak otak korang bersepai" ucap Luke bersama sebuah ugutan keras . Jangan fikir dia tak berani .
"Kenapa aku dengan Nayra takde senjata?" tanya Ryz pelik . Dia memandang Luke tajam , saja nak kasi dia mati ke!?
"Sebab korang punya kumpulan akan duduk tengah-tengah dan tengah-tengah paling susah kena serang . Paling effect depan dan belakang . Aku dan Maya akan jaga depan , Sven dengan Hazel belakang" terang Luke sambil menyerahkan sebuah pisau kepada Hazel
"Kalau kau nampak pengawal takpun zombie bunuh je . Kalau orang biasa tapi serang kau .... bunuh jugak" bisik Luke tajam dan mendapat anggukan dari Hazel .
Sven melirik jam tangannya dan mengangguk kearah Luke . Sudah pukul 7 .
Mereka mula berjalan mengikut kumpulan , langsung tiada suara yang keluar dari mulut siapa-siapa selain Dexter yang sedang memberi tahu tentang lawak bodohnya itu.
••••
"Lama lagi ke nak sampai ni...?" rengek Nayra . Jangan ditanya , bajunya sudah basah dengan peluh . Entah berapa lama mereka berjalan tetapi sekarang sudah pukul 9 .
"Jauh lagi ke Luke?" tanya Hazel dibelakang , sejujurnya kakinya juga hampir tercabut tetapi digahkan juga untuk berjalan . " 1 km" balas Luke
Luke memandang Maya yang disebelahnya sedang berjalan disebelah sambil melihat peta . Mereka berdua sudah berpakat , Maya melihat peta laluan manakala Luke jaga .
YOU ARE READING
ZOMBIE | C
ActionVirus baru menyerang kota besar Pranediz . Para penduduk mengira kerajaan menyelamatkan mereka namun sangkaan mereka terpesong jauh . Rupanya mereka akan dijadikan alat oleh para pemerintah . Muncul kumpulan pemberontak untuk mendapatkan keamanan da...