Z1 | 05

37 2 0
                                    

Nayra membuka matanya perlahan-lahan , jam tangannya dilirik . Sudah pukul 4:30 pagi , dia terus mengejutkan mereka semua dan pergi untuk membersihkan dirinya .

Usai membersihkan diri , dia dapat menangkap sosok seorang lelaki yang sedang menghisap rokok

"Awalnye awak bangun" tegur Nayra . Dia mengambil tempat disebelah Luke . Dia memandang lelaki itu lama tetapi lelaki itu lebih tertarik memandang rokoknya itu

"Mana yang lain?" tanya Luke . Nayra hampir berdecak kesal kerana lelaki itu tidak membalas pertanyaannya .

"Ada yang mandi , ada yang buat sarapan" balas Nayra sambil tersenyum kecil . "Kenapa kau kat sini?" tanya Luke lagi . Matanya memanah anak mata Nayra

"Saya tengok awak dekat sini so saya temanlah" balas Nayra lembut . Puntung rokok yang sudah habis terbakar itu dibuang oleh Luke dan lelaki itu terus berlalu pergi kearah Maya

Nayra mengeluh kesal apabila melihat Luke meninggalkanya . Dasar tak kenang budi ! Penat aku teman kau!

"Mandi woi" ucap Luke kasar sambil menendang perlahan belakang Zayn . Lelaki itu masih nyenyak tidur dikatil bersama Blake

Apabila tidak mendapat jawapan dari mereka berdua laju sahaja tangan Luke mengambil air dan menyimbah mereka berdua membuat mereka berdua terkejut beruk

"Woi apasal banjir pulak ni!?" jerit Blake gelabah . Mereka yang lain terkekeh geli melihat kedua remaja itu sedang gelabah

"Mandi . Dah pukul 5" ucap Luke kasar sambil menolak tubuh mereka berdua dengan kuat .

"Susah betul dua budak tu nak mandi" kata Hazel sambil tertawa riang . Sven hanya menggeleng perlahan .

Eh sekejap Ryz mana Ryz ? Luke menjilat bibir bawahnya yang masih basah . Dia menutup matanya . Tiba-tiba Ryz masuk ke dalam bilik itu dan mendapat panahan tajam dari Luke

"Dari mana?" tanya Ares mewakili mereka yang lain . "Oh aku dengar bunyi so aku tengok jap"

Maya perlahan-lahan berjalan kearah mereka dan duduk di sofa panjang itu . "Kau dah sihat?" tanya Luke dan mendapat senyuman kecil dari jururawat itu

"Saya dah sihat Luke . Terima kasih selamatkan saya" balas Maya lembut sambil mengusap lembut rambut hitam pekat milik Luke

"Kitaorang yang patut berterima kasih sebab tak bagitahu Celvin pasal iPad kau" balas Luke . Dia memandang ke dalam anak mata Maya mencari kejujuran didalam diri Maya

"Saya ikhlas tolong kamu semua"

"Aku rasa kita kena start kemas , dah 5:15" ucap Sven .

Blake menggalas begnya , didalam beg itu dipenuhi dengan khemah , mancis , pistol dan beberapa makanan . Manakala Hazel sedang menggalas beg yang dipenuhi alat rawatan , ipad dan baju-baju .

Pintu bilik itu dibuka oleh Zayn . Mereka semua terus keluar dari bilik itu dan berlari kearah pintu keluar yang masih dijaga oleh Zombie . Mereka berusaha untuk tidak membuat bunyi agar Zombie itu tidak mendengar dan menyedari kehadiran mereka tetapi gagal apabila jam Nayra berbunyi kuat .

Luke dengan pantas merentap kasar jam itu dan membaling jam itu jauh-jauh tetapi sebelum itu matanya sempat menangkap sesuatu .

BANG! BANG! terkejut mereka semua apabila melihat ada beberapa orang pengawal muncul dibelakang zombie itu

"Guna pintu keluar lagi satu . Straight lepastu belok kanan" ucap Luke laju dan menolak mereka .

Mereka semua terus berlari dengan laju , Hazel berlari bersama Sven , Ryz bersama Nayra , Ares bersama Maya , Dexter bersama Blake . Luke dan Zayn di antara belakang dan depan mereka untuk melindungi mereka

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now