Z1 | 04

48 4 0
                                    

Pandangan mereka semua yang pada awalnya di televisyen teralih kepada pintu bilik rahsia itu . Ada seseorang mengetuknya .

"Wei! Bukaklah! Tolonglah!!" jerit lelaki yang dari luar itu . Baru sahaja Sven ingin berdiri untuk membuka Luke dengan pantas menahannya .

"Kau siapa ? Bagi identiti lengkap" arah Luke dingin . "Ryz dari kumpulan ibu bapa . Aku dengan anak buah aku nama dia Nayra" ucap lelaki itu

"Tolonglah kitaorang , dah seminggu kitaorang tak makan" rayu Ryz lagi. "Korang sorok dekat mana ? Macam mana korang boleh lepas dari Zombie" tanya Hazel pulak.

"Pada awalnya kitaorang ikut sorang budak yang selamatkan sorang lelaki dari kumpulan ibu bapa tapi terpecah dan kitaorang menyorok dalam tandas"

KLEEKKK! Ryz dan Nayra memandang pintu yang sudah terbuka itu .

"Duduk dekat katil tu , aku nak periksa kau sama ada kau betul-betul sihat ataupun dah kena gigit" arah Luke sambil berdiri dan mengambil beberapa alat rawatan . Ryz hanya duduk dikatil itu seperti yang diarahkan manakala Nayra duduk menonton televisyen bersama yang lain

"Macam mana korang tahu bilik ni?" tanya Ryz pelik . Dia terpaksa mendesis dan menutup mulutnya apabila Luke menekan beberapa luka di tangannya akibat terhempap barang sewaktu menjalankan tugasan di kelompok ibu bapa

"Aku yang patut tanya kau. Mana kau jumpa bilik ni dan tahu ada orang dalam bilik ni" potong Luke tajam . Dia meletakkan kembali alat rawatan itu dan meletakkan kapas bersih dilengan Ryz

"Aku nampak kau selamatkan diaorang jadi aku ikut . Kan aku dah cakap tadi" balas Ryz sambil memandang Luke yang duduk di kerusi yang ada disebelah katilnya

"Kau sihat . Panggil budak tu" arah Luke . Pandangannya jatuh kepada Nayra yang sedang tertawa riang bersama Sven dan Zayn

"Nayra .. meh sini duduk dekat katil ni . Abang ni nak check" ucap Ryz lembut . Rambut panjang Nayra diusap sebelum budak itu duduk dikatil itu .

"Bak lengan kau" arah Luke . Nayra dengan patuh menghulurkan lengannya kepada Luke . Diam-diam dia menatap lama wajah lelaki yang memeriksanya itu , hensem jugak

"Kau berapa tahun" tanya Luke setelah lama berdiam diri . "13 tahun" balas Nayra lembut sambil memandang mata helang milik Luke yang memanah matanya

"Sihat cuma ada beberapa sakit" ucap Luke sambil bergerak mengambil beberapa ubat-ubat pill dan menyerahkannya pada Nayra

••••••

Nayra memandang pakngah Ryz nya dan ada beberapa lagi lelaki bersama pakngah nya itu . Beberapa jam yang lalu abang-abang itu baru saja memberitahu nama mereka . Zayn , Blake , Ares , Sven , Dexter , Hazel tetapi nama yang berlegar-legar didalam kepalanya ialah Luke. Lelaki yang merawatnya tadi !

Matanya jatuh pada Luke yang sedang memasak makanan untuk mereka didapur . Bukan sebab Luke yang membantunya sahaja , sudah dari lama dia memerhati Luke . Waktu dia ditembak pengawal , waktu dia melawan Hud dan sewaktu dia menyelamatkan Sven .

"Makanan dah siap" ucap Luke malas sambil duduk dimeja makan . Meja makan itu cukup luas dan dapat memuatkan 10 orang . Berdesup laju para lelaki ke meja makan kerana lapar termasuk Ryz dan Sven juga

"Aku tak tahu kau pandai masak Luke" usik Dexter . Luke memutar bola matanya . "Diam sebelum kau yang aku masak" bidas Luke pantas membuat mereka semua tertawa geli. Luke orang pertama yang habis makan dan segera duduk disebuah meja , dia bukan pertama kerana paling lapar tetapi kadar pemakanannya sangat sikit .

Zayn bangun kemudiannya dan berjalan kearah koridor yang menempatkan bahan masakan

"Sven , stok makanan dah habis lah . Bahan masakan pun dah kurang , ni pun cukup sampai esok je" ucap Zayn sambil menoleh kearah mereka semua . Ares dengan pantas berlari untuk melihat dan tepat dugaannya Ares jatuh terduduk kerana stok gula-gula nya juga sudah habis

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now