Z1 | 03

39 3 0
                                    

Luke menatap kosong para pengawal yang sedang mengkuarantin kan kanak-kanak dan remaja-remaja yang sudah mula menjadi Zombie akibat memakan burger itu .

"Luke!" jerit Hazel . Dia terus memeluk tubuh lampai Luke apabila jejaka itu baik-baik sahaja . "Kenapa?" tanya Luke pelik . "Kenapa apa?" tanya mereka semua pelik .

"Kenapa korang risau? Aku punya burger dekat Hazel , confirm aku takkan terkena racun tu" bidasnya laju . "Kitaorang lupa ,terlampau risau" balas Dexter

"Nasib baik korang tak makan burger tu . Kalau tak aku cop korang bodoh macam diorang jugak . Dah sah-sah loceng tak berbunyi menandakan makanan penutup , pergi makan pahal? Si Thana tu pun satu , nampak sangat dia dah jadi Zombie" bidas Luke laju . Dia sekarang ni rasa nak maki hamun nya kebodohan budak-budak yang still tak terbiasa dengan waktu makan diaorang .

"Kau tahu burger tu dah dibubuh racun?" tanya Zayn terkejut . "Tahu" balas Luke . Sebelum mereka boleh menanyakan lagi Luke dengan pantas membalas

"Aku nampak Thana kena gigit" ucapnya pantas . Mereka mengangguk . "Kesian Ethan dan Ciara" ucap Ares

" Jangan kesian . Diaorang pun bodoh sangat tak tunggu korang . Nampak sangat pura-pura" bidas Luke laju . Mereka mengangguk , bersetuju dengan apa yang Luke kata . Sudah 2 bulan mereka tinggal disini tetapi kedua rakan mereka itu sudah mula bergaul dengan orang lain . Bahkan mereka tidak bertegur sapa beberapa minggu tetapi tadi mereka berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku .

Luke memandang sekeliling , mengenal pasti wajah mereka yang masih mempunyai akal sihat dan tidak tertipu dengan trik bodoh itu .

"Dalam ni ada lagi 3 kumpulan termasuk kita 22 orang . Semua dalam anggaran remaja macam kita" ucap Luke pada mereka .

"Lagi sikit so mesti kita dipindahkan dengan ruang yang lagi kecik kan" teka Blake tidak suka .

"Kalau macam ni boleh terjadi kat dalam pengawasan kerajaan so mesti kita pun akan mati dalam masa terdekat , sama ada kena gigit takpun mati mereput" ucap Dexter serius .

"Aku ada plan" ucap Luke

tiba-tiba loceng berbunyi menandakan makanan penutup , mereka segera bergerak ke dewan makan .

Luke memandang kosong bubur yang ada di depannya , nafsu makannya sudah hilang . Sejujurnya dia seperti mayat hidup , dia hanya akan makan waktu sarapan , tengahari hanya sentuh - sentuh . Beratnya sudah turun mendadak kerana dia sering pergi ke gym disini .

"Makan lah , kau kecil sangat" ucap Zayn sambil menundingkan jarinya kearah bubur Luke . "Aku tak lapar" balas Luke .

"Sentuh lah sikit , isi sikit perut" ucap Hazel . Luke mengeluh kecil sebelum menyuap bubur itu ke dalam mulutnya

"Apa plan nya?" tanya Ares sambil mengelap mulutnya . "Kita kena curi ipad jururawat maya" ucap Luke

"Memang kena curi ke? Tak boleh ke kita tanya elok-elok?" tanya Hazel pelik . "Kalau dia tak kasi , plan kita akan gagal" balas Zayn laju

"Dengar sini , aku akan jadi pasien . Korang akan try pujuk dia untuk kasi ipad dia . Tu plan A" ucap Luke

"Plan B , aku akan umpan dia and korang bukak iPad dia dan terus cari penawar untuk virus ni" sambung Luke . Mereka mengangguk menandakan kesepakatan mereka .

"Bila plan ni nak bermula?" tanya Ares . "Sekarang" ucap Luke

UWEKKK! Luke terus memuntahkan isi perutnya , sesungguhnya dia muntah benaran . Seseorang dari kumpulan lain terus memanggil jururawat maya .

Tubuh lampai Luke dibawa oleh Blake dan Zayn . Manakala rakan mereka yang lain hanya mengikuti mereka .

"Awak salah makan ke Luke?" tanya Maya lembut . Dia mula memeriksa degupan jantung dan peraliran darah Luke

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now