Z1 | 08

28 2 0
                                    

Celvin memandang lama iPad ditangannya dan file-file yang berselerak di mejanya . Dia dan Ray sudah 2 hari tidak bertegur sapa , apabila dia menegur Ray ada saja alasan lelaki itu .

" Tuan Muda ... Tuan Ray ada berjumpa dengan budak-budak tu untuk buat rundingan 2 hari yang lepas . Tuan Ray berikan mereka iPad dan telefon pintar untuk menghubunginya jika mereka sudah bersetuju" ucap pengawal peribadi Celvin .

Bibirnya digigit perlahan sebelum mengeluh panjang , tangannya naik untuk menyuruh pengawal peribadinya itu keluar .

" Aku tak faham Ray ... kenapa kau sibuk sangat nak tolong pembelot tu" gumam Celvin sendiri .

Memori lamanya bersama Ray mula bermain kembali difikirannya

" Hi nama saya Celvin , nama awak apa?" tanya Celvin yang masih berumur 19 . Dia memandang Ray yang sedang duduk sambil membaca buku

"Ray . Awak dah lama ke duduk sini?" Balas Ray yang baru berumur 20 tahun . Mata birunya memandang mata biru redup milik Celvin

"Dah lama dah , awak baru pindah ke?" tanya Celvin . Dia mula mengambil tempat disebelah Ray dan mendapat anggukan bagi soalannya tadi

"Kenapa awak pindah?" Tanya Celvin lagi . " Sebab mak ayah saya suruh saya jadi pengawal dekat kerajaan bila umur saya dah 23 tahun" balas Ray

"Samalah , mak ayah saya suruh saya pengawal jugak" ucap Celvin . Mereka mula berbual-bual menceritakan tentang kisah mereka .

*Skip 3 tahun

" Ray!!" Panggil Celvin kuat . Ray memandang sahabatnya itu dan mengangkat kening nya itu .

"Aku dapat jadi pemerintah!! Permohonan aku diterima !" ucap Celvin gembira . Ray tersenyum kecil , tidak mustahil jika Celvin jadi pemerintah kerana mendiang neneknya dulu juga merupakan pemerintah kerajaan ini tetapi kedua ibu bapa Celvin menolak untuk menyambung legasi itu dan ingin menyerahkan legasi itu kepada Celvin

"Aku pun dapat jadi pengawal , tapi baru pengawal biasalah" balas Ray . Mereka meraikan kejayaan mereka itu dengan minum dan berjalan-jalan ke mall besar .

"Kau dah jadi pemerintah jangan lupa dekat aku pulak" pesan Ray . Celvin ketawa kecil . "Tak mungkin aku lupa . Aku akan buat kau sampai kau jadi ketua angkatan pengawal" balas Celvin membuat Ray tersenyum kecil

"Kau kena janji untuk jaga negara kita betul-betul and jadikan negara kita ni negara aman yang damai" pesan Ray . Celvin mengangguk laju .

"Aku akan jaga negara kita baik-baik! Itu janji aku , aku taknak negara kita rosak dekat tangan orang lain" balas Celvin bersemangat

*Skip 1 tahun

Celvin memandang Ray yang ada disebelahnya . Kini Ray sudah menjadi ketua angkatan pengawal termuda sepanjang zaman . Berkat usahanya dan usaha Ray sendiri

"Suka kau ye pangkat hampir sama dengan aku" usik Celvin membuat Ray tertawa kecil

"Aku tak kisah ada pangkat ke tak , kita still kawan sampai mati kan?" balas Ray dan mendapat anggukan Celvin .

"Thanks Celvin sebab ada susah senang dengan aku" ucap Ray lagi dan mendapat gelengan dari Celvin . "Aku yang patut berterima kasih , kau yang support aku dari takde apa-apa sampai sekarang . Aku takkan lupakan kau" balas Celvin sambil memeluk Ray .

"Pegang janji kau untuk jaga keamanan negara kita , kalau tak aku tak nak berkawan dengan kau dah" usik Ray membuat Celvin tertawa geli

"Kau ..... mana boleh macam tu!" balas Celvin cemberut . "Eh ! Mestilah boleh . Negara kita ni lambang persahabatan kita , kalau rosak je negara kita , aku akan anggap persahabatan kita pun dah rosak and takde erti lagi" ucap Ray

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now