Luke memandang sekeliling bilik yang dipenuhi para tahanan. Tak ramai pun ada 25 orang je.
"Okey before kita mulakan meeting bodoh kita ni , ada sesiapa nak tanya kita dekat mana? Kenapa kita kena buat benda bodoh ni?" pelawa Dexter . Tangan Nayra laju sahaja naik membuatkan Dexter mendengus kesal.
"Kita dekat mana sebenarnya? Kenapa tempat ni ramai sangat tahanan? I mean like , ni kan tempat kerajaan, tapi kenapa macam penjara?" tanya Nayra . Baru sahaja Dexter ingin membidas laju sahaja Syah memotong.
"Ni memang tempat kerajaan tapi ni tempat untuk para pengawal , patutnya takde pun tahanan semua ni tapi kitaorang kena bawak datang sini sebab dikatakan pemberontak . Pihak kerajaan akan latih kita dekat sini sampai bagus baru akan lepaskan kita dekat zombie, sama ada kita mati atau hidup.Sebenarnya sini ada dua tempat untuk kerajaan , ni HQ tapi satu lagi punya tempat tersorok sikit dan nama dia Department Pranz. Baju ni menandakan diri korang , putih untuk yang langsung takde kes , biru berkemungkinan ada , pink untuk orang lebih dewasa , ungu untuk orang yang ada kes besar" terang Syah lebih spesifik . Mereka semua mengangguk faham.
"Oren? Kenapa Luke je pakai baju oren?" tanya Smith. Terkelu lidah Syah sebelum menggeleng menandakan tidak tahu.
"Okey sambung , kita buat meeting ni sebab nak plan macam mana kita nak keluar dari tempat ni" sambung Liam pula. Tangannya naik menunjuk kearah sebuah peta yang terlakar di dinding itu.
"Ni peta tempat ni. Kita kena hafal betul-betul apa yang ada dekat luar kita ni supaya kita tahu siapa musuh disebalik pintu kita" terang Liam .
"Macam mana kita nak tahu ada cctv ke tidak dekat situ?" tanya Penelope .
"Kita sekarang dekat bilik 04, sebelah bilik kita ni bilik seksaan dan arena. Ada 4 CCTV untuk setiap dua laluan" ucap Luke dingin .
"Tapi kita mesti ada masalah kan nak bukak pintu untuk keluar , jadi kita mesti ambil kunci dalam bilik Celvin dulu" ucap Blake pula . Mereka mengangguk setuju , macam mana nak keluar kalau takde kunci ?
"Pecahkan jelah pintu tu" bidas Elham laju . "Ah kau lawan pun lemah ada hati nak pecahkan pintu besi tu" ejek seorang tahanan wanita membuatkan Elham mendengus kasar .
"Guna bom" cadang Ryz . Tentu sahaja rancangan itu ditolak laju oleh Syah dan Dexter kerana terlalu bahaya.
"Ada betul jugak untuk guna bom. Kalau kita dah nak kena tangkap dengan pengawal , kita bunuh jugak diaorang jadi tak salah kalau kita bom diaorang" jelas Hazel.
"Confirm nak guna bom?" tanya Sven risau dan mereka mengangguk manakala Luke hanya termenung.
"Kena serang pengawal untuk ambil bom" ucap Zayn .
"Macam mana kita nak ambil bom tu dari pengawal tu? Kalau serang memang confirm ramai pengawal muncul" tanya Ares .
"Menyamar lah , takpun kita serang senyap-senyap" cadang Zach .
"Tahanan mana bilik dia seorang je pengawal yang check?" tanya Luke . Seorang remaja lelaki mengangkat tangannya.
"Korang settle pengawal tu , ambil bom dekat dia" arah Luke dan mendapat anggukan mantap dari lelaki itu dan rakan-rakannya.
"So bila cubaan keluar kita ni?" tanya Lai pula. "Esok petang" balas Blake . Mereka semua mengangguk faham. Setiap maklumat dan strategi yang diterang oleh Luke , Dexter dan Syah dihafal oleh mereka semua.
"Kau faham tak Maya?" tanya Nayra pelik apabila melihat Maya yang sedang termenung . Perlahan-lahan Maya mengangguk kepalanya apabila tangan Sven naik menyentuh dahinya
"Kau sakit ke?"tanya Sven risau dan mendapat gelengan dari Maya.
"Pergilah bilik korang semula . Takut pengawal fikir benda lain" arah Zayn . Para tahanan mula keluar satu persatu dari bilik itu meninggalkan 13 orang disitu.
YOU ARE READING
ZOMBIE | C
ActionVirus baru menyerang kota besar Pranediz . Para penduduk mengira kerajaan menyelamatkan mereka namun sangkaan mereka terpesong jauh . Rupanya mereka akan dijadikan alat oleh para pemerintah . Muncul kumpulan pemberontak untuk mendapatkan keamanan da...