Bagai ada sesuatu berat yang melekat di badannya , dengan susah payah Luke membuka matanya. Benda pertama yang muncul adalah wajah Zayn dan Orkid.
"What-" Mulut Luke tertutup rapat apabila melihat Orkid tertidur diatas badannya manakala Zayn sedang menonton televisyen.
"Kau okey? Ada rasa apa-apa?" tanya Zayn risau. Orkid yang perlahan-lahan terjaga itu ditolak laju oleh Zayn membuatkan punggung gadis itu mencium lantai.
"Zayn!" marah Blake dan terus membantu Orkid untuk berdiri. Zayn hanya menjeling mereka dan terus memeriksa keadaan Luke.
"Panas...sumpah Zayn..panas gila" balas Luke perlahan. Nafasnya memberat apabila badannya seperti dibakar secara hidup-hidup.
"Side effect ubat tu" potong Hazel pantas. Zayn dan Dexter terus membantu Luke untuk pergi ke tandas untuk berendam didalam bathub yang disediakan oleh Otto dan Axel.
"Abang okey ke?" tanya Orkid pada Ares dan Dexter. Matanya memandang Luke yang sedang berbaring didalam bathub itu dengan tubuhnya yang bergetar hebat.
"Dia akan okey" balas Ares ragu-ragu.
"Panas weh..." ucap Luke perlahan. Dia menggengam kuat pili air itu untuk melampiaskan rasa sakitnya.
"Air ni buat kau rasa makin panas ke sejuk?" tanya Celvin sambil menuangkan air sejuk ke kaki Luke.
"Feel better" balas Luke sambil bernafas berat. Dia tercungap-cungap , entah kenapa rasa sukar untuk bernafas.
Kematian jauh lagi baik dari sakit ni.
"Luke...try focus okay , jangan fikir pasal sakit ni. Buat ikut cara yang aku pernah ajar kau." ucap Celvin lembut sambil cuba untuk menenangkan Luke.
Tangan Luke dengan pantas naik mencari nadinya dan terus mengira nadinya secara perlahan-lahan.
"Okey?" tanya Hazel risau. Luke mengangguk perlahan sebelum dia merendamkan dirinya didalam air itu. Mereka semua terus berjalan keluar dari tandas itu , hanya meninggalkan Luke seorang diri.
••••••••••••
Jason tersenyum sinis apabila melihat Luke yang sedang terbaring lemah diatas sebuah katil.
"Tuan , Luke kehilangan darah yang sangat banyak sewaktu kami jalankan proses tadi. Patut ke saya masukkan darah dalam badan Luke? Atau terus masukkan serum itu?" tanya Doktor Ayla.
Wanita itu memandang Jason lama , berharap lelaki itu bertimbang rasa dengan remaja itu. Jika Luke mempunyai darah yang sikit , serum itu dapat memberikan kesan negatif pada tubuhnya. Salah satunya , mati.
"Masukkan darah. Aku nak seksa dia selama mana yang dia boleh bertahan" balas Jason setelah lama mendiamkan diri. Luke yang sedang mengamuk didalam bilik itu dipandang sinis sebelum dia berlalu pergi.
"Tenang Luke. Aku takkan bunuh kau"
Pandangan Luke jatuh pada Jason . Baru sahaja dia ingin menumbuk lelaki itu , tubuhnya bagai ditarik kembali oleh seseorang.
"Calm bro" ucap orang yang menariknya. Luke mengetap bibirnya sebelum memandang tajam kearah Jason.
"Aku akan biarkan kawan-kawan kau selamat kalau kau serah diri dekat aku. Macam mana?" tanya Jason sambil menghulurkan tangannya.
"Deal." balas Luke datar.
Doktor Ayla dan lelaki tadi terdiam dan memandang satu sama lain. "Mark, kau pergi ambil baju yang aku dah siapkan tu" arah Jason. Lelaki yang bernama Mark itu mengangguk dan terus berjalan keluar dari bilik itu.
YOU ARE READING
ZOMBIE | C
ActionVirus baru menyerang kota besar Pranediz . Para penduduk mengira kerajaan menyelamatkan mereka namun sangkaan mereka terpesong jauh . Rupanya mereka akan dijadikan alat oleh para pemerintah . Muncul kumpulan pemberontak untuk mendapatkan keamanan da...