Dengan susah payah Luke bernafas , luka dibadannya dihiraukan. Yang penting sekarang ni , zombie yang ada dekat dengan dia !
Tangannya dengan pantas menekan-nekan butang yang ada di pistol itu dan menembak zombie-zombie itu dengan serum yang masih tersisa.
"Tolonglah...aku tak kahwin lagi. Aku tak nak mati bujang... sekurang-kurangnya bagi lah aku jumpa soulmate aku" gumam Luke gusar.
KLIK! KLIK!
"Bodoh lah!" maki Luke kuat sebelum membaling pistol yang sudah kehabisan tenaga it. Pistol itu tepat mengenai kepala seekor zombie dan zombie itu mati tergeletak disitu.
"How-"
Checkmate ! Zombie ni versi yang kedua jadi mestilah mudah mati! Bijak Luke..
Luke dengan pantas mengambil senjatanya dan berlari meninggalkan kawasan hutan itu . Entah ke mana dia berlari yang penting menuju kearah rumah lama mereka.
BOMMM!!!
Terjatuh tubuh Luke apabila ada bom yang meletup tidak jauh dari tempatnya. Bukan satu sahaja bom tetapi banyak!
"Kau memang gila Jason..." kutuk Luke dan terus berlari dengan payah.
Dapat dia dengar bunyi jeritan zombie-zombie yang dibom.
BRZT...BRZT!
Mata Luke memandang telefonnya yang sudah bertukar menjadi warna merah. Panggilan signal kecemasannya diterima oleh negara Arandel. Dia terus menelefon Prince William iaitu anak kepada pemerintah Arandel.
"Prince William . Who are you?" tanya Prince William dari hujung talian. Berkerut keningnya apabila mendengar bunyi jeritan dan letupan.
"Luke? Are you okay?" sambung Prince William. Luke terpaksa berlari dari letupan bom itu sebelum menjawab pertanyaan Prince itu . Sekurang-kurangnya dia tahu nama aku.
"Aku dekat Ockland. Jason letak banyak bom dekat sini dan cuba hancurkan negara ni dengan bom setiap tempat dan hantar zombie versi 2." terang Luke susah payah.
"Aku akan hantar bantuan sekarang . On location kau" ucap Prince William tegas sebelum mengarahkan semua tentera nya untuk turun tangan membantu penduduk Ockland dan Luke serta rakan-rakannya.
"Alright" Luke terus mengaktifkan lokasinya dan dengan pantas lokasinya dijejak oleh Prince William.
"Kawan-kawan kau dalam perjalanan" ucap Prince William. Luke hanya mendengus dan menyimpan telefonnya . Earpod dipakai agar dia masih kekal berhubung dengan Prince William.
Tepat seperti apa yang Prince William kata , dapat dia dengar jeritan dari rakan-rakannya.
"What the hell!? Kenapa ada bom!?" jerit Liam kuat sambil mengelak beberapa buah letupan. Ares dengan pantas memeluk lengan Celvin.
"Woi korang buat apa!? Masuk cepat. Nak mampus kena gigit zombie ke!" jerkah Luke sambil membuka pintu. Tanpa aba-aba mereka semua berlari masuk ke dalam rumah lama mereka itu dan mengunci pintu.
"Luke!!" jerit mereka semua serentak setelah berjaya tenang dari letupan itu.
"Jangan jerit-jerit lah" marah Luke rimas sambil memerhatikan keadaan diluar sana. Mereka tersenyum sedih .. luke tak rindu mereka ke?
"Kau-
"Aku rindu korang semua kalau tak rindu takkan aku sanggup stay dekat tempat terkutuk tu selama 2 tahun. Tapi sekarang ni bukan masa yang tepat untuk berjejak kasih , tunggu dah selamat baru sambung." potong Luke tegas sebelum tersenyum kecil.
"Aku rindu korang....semua...takde yang kurang" sambungnya sambil tersenyum. Ares dan Syah terus berlari memeluknya membuatkan remaja itu tersentak.
"Mata aku masuk habuk" ucap Zayn perlahan sambil mengelipkan matanya berkali-kali.
YOU ARE READING
ZOMBIE | C
ActionVirus baru menyerang kota besar Pranediz . Para penduduk mengira kerajaan menyelamatkan mereka namun sangkaan mereka terpesong jauh . Rupanya mereka akan dijadikan alat oleh para pemerintah . Muncul kumpulan pemberontak untuk mendapatkan keamanan da...