Z1 | 09

28 2 0
                                    

Dexter membuka matanya perlahan dan segera menggelengkan kepalanya apabila pandangannya menjadi kabur .

Penumbuknya dengan pantas dilayangkan kearah zombie itu . Dengan pantas dia berlari kearah sebuah meja dan mengambil pistol Super Z dan menembak kesemua Zombie itu.

"Cunn Dexter!" sorak Hazel riang . Tadi baru sahaja dia melihat Dexter di tendang kuat oleh seorang zombie yang sedikit besar dan kini Dexter sudah bangkit untuk membunuh zombie - zombie itu

"Lari! Lari Dexter !! Ada masa tuu!!" jerit Ares kuat . Kaca yang menjadi penghalang ditumbuk-tumbuk kasar . Maya memandang mereka yang sedang bersorak kepada Dexter tetapi matanya tertuju kepada Luke yang sedang tertidur .

"Dia tak nak bangun?" tanya Maya pelik . "Katanya malas" balas Sven . Maya mengangguk perlahan .

TINGG! Pandangannya kembali semula kepada Dexter yang berjaya menjalankan misinya .

[ Dexter Radi = 89 % BAGUS ]

"Bagus Dexter!!" puji mereka semua apabila Dexter sudah naik atas. Dexter berpelukan dengan mereka .

"Susah tak?" tanya Boy gugup . "Susah part awal je" balas Dexter . Dia menepuk belakang Boy , cuba menyemangatkan Boy .

"Boy cepat pergi" ucap Carl teruja . Dia menepuk-nepuk belakang Boy .

Boy menelan air liurnya perlahan-lahan apabila melihat zombie dihadapannya . Tiup sahaja wisel dia dengan pantas berlari menuju kearah pistol yang ada di atas meja

" Kiri kau boy!" teriak Ryz kuat . Boy terus memandang kearah kirinya , seekor zombie cuba menggigitnya !

PANGGGG! Tercabut kepala Zombie itu apabila Boy menamparnya dengan kuat .

"What the-- GEMPAK BOYY!" puji Hazel kuat . Tak sangka kepala zombie senang tercabut , boleh cuba ni .

Perlahan-lahan mata merah Luke terbuka , dia mengeluh panjang sebelum berdiri . Dia melihat tangannya yang sudah tidak digari . Tangannya naik menyelak rambutnya

"Boy ke?" tanya Luke dan mendapat anggukan dari Ares . Mata Luke turun melihat Boy yang sedang berlawan dengan zombie-zombie itu . Tinggal 4 je lagi , tapi masa tinggal 3 minit .

Pistol Uzi dihala kearah zombie - zombie itu dan menembak mereka dan terus berlari kearah pintu keluar .

"Sikit lagi Boy!!" teriak mereka semua kecuali Luke yang masih mamai . Terkedip-kedip matanya apabila melihat cahaya terang dibawah yang kadang menyilaukan pandangan mereka

TINGGG ! [ Youw Ben = 80% BAGUS ]

Mereka bersorak kegembiraan manakala Luke hanya terkekeh kecil . Boy segera berlari memeluk Deniz dan Carl

"Gempak siak Boy!!" puji Nayra . Boy hanya tersenyum malu . Sven hanya tersenyum sebelum turun ke bawah .

Dia melompat-lompat perlahan sebelum bersedia untuk memukul zombie - zombie itu . Tiup sahaja wisel , Sven dengan pantas menendang zombie yang cuba menghalangi jalannya

BUKK! Tercabut kepala zombie itu apabila Sven menendang kepalanya dengan kuat . Pistol Ump 40 diambil oleh Sven , setelah mengisi peluru dia dengan pantas menembak kesemua zombie itu

Setelah dia memastikan zombie itu sudah mati , dia dengan pantas meninggalkan pistol itu dan berlari ke arah pintu keluar

TINGG ! [ Fasven = 92% BAGUS ]

Baru sahaja mereka ingin bersorak pandangan mereka teralih pada papan yang memunculkan markah mereka .

TING! TING! TING !

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now