Z1 | 16

21 1 0
                                    

Axel memandang kearah Hazel yang sibuk bersembang bersama Liam manakala Luke dan Zayn hanya diam sahaja sambil berjalan

"Macam jalan mati je" tegur Hazel . Mereka semua memandang kehadapan , gelap gelita. Axel dan Zayn dengan pantas mengeluarkan lampu suluh mereka dan setelah memastikan , mereka menyambung perjalanan semula dengan masuk lebih dalam

KREK!

Luke dengan pantas memusingkan kepalanya kebelakang kerana mendengar bunyi seperti kayu patah tetapi dia tidak nampak apa-apa akibat gelap

"Tolong suluh belakang ni jap" arah Luke dingin . Zayn dengan pantas menyuluh belakang Luke dan apa yang mengejutkannya adalah ada puluhan zombie dibelakang mereka.

"Nak tembak ke?" tanya Liam terkejut . Dia dengan pantas mengeluarkan pistolnya

"Jangan! Nanti lagi ramai" balas Axel pantas. Tangannya dengan pantas membaling sebuah batu kearah lain agar zombie itu mengikut arah bunyi itu.

Setelah beberapa kali balingan akhirnya zombie itu pergi ke arah lain dan meninggalkan mereka semua . Mereka berhenti apabila terlihat sebuah tangga , Axel dengan pantas naik dahulu dan cuba membuka pintu yang menutup tangga itu

"Liam naik sekali jap , berat lah benda ni" arah Axel . Liam dengan pantas memanjat tangga itu .

"Aku nak check zombie tu jap" ucap Luke perlahan . Dia perlahan-lahan berjalan ke arah hujung terowong itu.

"Cepatlah lama lagi ke?" tanya Hazel bosan . Dia beberapa kali menarik seluar Liam membuatkan remaja itu hampir terjatuh

Tiba-tiba sahaja mereka terlihat sinaran cahaya yang hampir membuta kan mata mereka semua , Luke dengan pantas menyipitkan matanya untuk melihat cahaya apa itu tetapi suara jeritan Hazel berjaya membuatnya terkejut

"Luke cepat ada train dekat belakang kau!!" jerit Hazel kuat . Luke cuba berlari sepantas yang dia boleh tetapi dia jatuh akibat kakinya yang terluka itu .

Tangan kanannya naik menutup wajahnya agar tidak melihat cahaya yang membutakan matanya itu

"Luke!" jerit mereka semua serentak . Hazel dengan pantas berlari kearah Luke tetapi Zayn dengan pantas memotongnya .

Terkatup rapat mata Hazel apabila melihat kereta api yang sepertinya sudah membunuh kedua sahabatnya itu .

"Luke! Zayn!" jerit Liam dan Axel . Liam dengan pantas menarik Hazel agar berganjak dari tempat itu .

Membulat mata mereka semua apabila melihat Zayn yang sedang duduk disebelah tubuh Luke .

"Buka mata kau Luke , kau selamat..." ucap Zayn perlahan . Hampir luruh jantungnya apabila melihat kereta api itu hampir melanggar Luke tetapi nasib baik dia sempat menarik remaja itu ketepi .

Zayn memandang Luke yang perlahan-lahan membuka matanya namun yang tidak dijangkanya adalah Luke dengan pantas memeluknya

"Thanks Zayn.... thanks" bisik Luke perlahan . Tangan Zayn naik mengusap belakang tubuh Luke secara perlahan-lahan.

"It's okay Luke . Aku nak minta maaf tentang pergaduhan kita tu" balas Zayn . Luke dengan pantas mengangguk

"Aku tak bermaksud pun Luke , aku just ... terlampau marah" sambung Zayn.

"Aku dah lama maafkan kau cuma aku je yang ego . Aku tak suka bila kau lebihkan Penelope dari Hazel. Aku tak percaya dia Zayn." balas Luke .

Hazel tersenyum kecil sambil memandang Axel dan Liam . Setidaknya kedua sahabat itu sudah berbaik .

"Such a sweet moments but yeah sebelum korang mampus lagi sekali better bangun" bidas Axel laju . Zayn tergelak kecil sebelum menolong Luke untuk bergerak ke tangga itu semula .

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now