Z1 | 11

29 3 0
                                    

Hazel memandang Luke yang masih menolak untuk tidur , sudah 4 jam lelaki itu tidak tidur . Alasan? Takut para pengawal buat apa-apa dekat dia .

"Tidurlah Luke ..." Pujuk Hazel . Kepala Luke dengan pantas menggeleng . Effect sampingan ubat yang telah diberikan padanya patutnya buatkan dia tidur tetapi dia menolak itu tidur .

Seorang jururawat wanita masuk dan memandang Hazel yang sedang menepuk lembut bahu Luke. Pandangan Luke jatuh kepada Qail yang sedang menuju kearah mereka.

"Luke , saya terpaksa suntik awak lagi sekali supaya awak boleh tidur" terang Qail lembut sebelum tangannya naik dan menyuntik lengan Luke dengan ubat yang berwarna biru .

Perlahan-lahan mata Luke tertutup rapat dan alam mimpi mula menyapa dirinya . Hazel tersenyum kecil sebelum memandang Qail .

"Thanks Madam Qail" ucap Hazel lembut dan Qail tersenyum kecil sebelum keluar . Tangan Hazel naik mengelus lembut pipi Luke .

"Mana Luke!?"

Hampir tercabut jantung Hazel apabila mendengar jerkahan Zayn . Laju sahaja jarinya naik ke mulut menandakan mereka harus senyap . Zayn dengan pantas bergerak kearah Luke dan Hazel .

Buat pertama kalinya dia dapat melihat Luke yang tertidur pulas dikatil pesakit ini . Riak wajah Luke memang menunjukkan yang dia teramat penat

"Dia okey tak?" Tanya Maya dan Nayra serentak . Hazel mengangguk perlahan sebelum membalas "Doktor kasi ubat tidur supaya dia dapat rehat . Tangan dia pun doktor tu dah ubatkan"

Zayn mengamati wajah Luke yang tertidur itu . Dia duduk di kerusi pesakit sambil memegang tangan Luke . Blake mengusap belakang Hazel manakala Ares mengusap belakang tubuh abangnya

" Dah berapa lama dia tidur?" tanya Dexter perlahan , tidak mahu suaranya mengejutkan tidur Luke. "Baru beberapa minit" balas Hazel .

Mereka semua memandang wajah Luke yang sedang tertidur itu , tubuh lelaki itu kaku bagai mayat hidup dengan bibir pucatnya . Dexter dan yang lain-lain mula ikut tertidur manakala Sven dan Hazel sedang berbincang tentang sesuatu .

"Dia betul-betul tidur ke ni?" bisik Carl . Tangannya melambai-lambai dihadapan wajah Luke . Dengkuran keras dari Blake membuatkan mereka bertiga terkejut

"Kuat gila dia berdengkur" bisik Boy sambil menahan tawa nya. Deniz dan Carl menyeringai kecil . Jari telunjuk Deniz bergerak kebawah hidung Luke untuk mengetahui sama ada lelaki itu masih bernafas atau tidak

"Jangan risau dia hidup lagi" tegur Hazel . Sven disebelahnya sudah tergelak melihat perilaku mereka bertiga yang kelihatan takut apabila Luke seperti mayat hidup . Selimut yang ada dikatil sebelah diambil dan dia menyelimutkan Luke .

"Korang tidurlah jugak" ucap Sven . Deniz mengangguk kekok sebelum berbaring dikatil sebelah manakala Carl dan Boy hanya mengikutinya.

••••

"Kenapa kau bertindak melulu hah!?" jerkah Celvin kepada Lorien . Wanita tua itu hanya menunduk ketakutan manakala Ray memeluk tubuh disebelah Celvin

"Kau tahu kan budak-budak tu bawah jagaan kitaorang? Kenapa kau tiba-tiba je kurung dia , walaupun diaorang buat salah kau kena inform pada kitaorang baru boleh buat kurung atau denda" ucap Ray dingin . Perlahan-lahan Lorien mengangkat wajahnya

"Tapi aku bertugas sebagai ketua pengawal , diaorang bawah tanggungjawab aku" balas Lorien lambat-lambat .

PANGG! Terdiam Celvin apabila wajah Lorien ditampar kuat oleh Ray . Baru sahaja Ray ingin menampar wajah wanita itu lagi sekali , Celvin dengan pantas menariknya .

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now