Z1 | 20

17 1 0
                                    

"Dalam memori tu aku nampak ayah aku kena bunuh dengan Jason waktu hari jadi aku . Dah 3 tahun lepas kejadian tu aku berjaya lupakan tapi aku tak tahu kenapa aku boleh ingat balik waktu umur aku 15 tahun . Ayah aku kena bunuh depan mata aku , waktu tu pakcik Blake dengan ayah aku tengah rancang birthday aku tapi Jason muncul dan terus bunuh ayah aku. Ayah aku tak dapat diselamatkan sebab kehilangan banyak darah , mak aku sibuk curang dengan kekasih diam . Dia tak nak jaga aku jadi aku duduk rumah anak yatim , kadang-kadang Uncle Roger melawat aku . Aku ... aku terlampau marah dekat mak aku..." ucap Luke perlahan . Nafasnya bagai tersekat di kerongkong nya , suaranya seperti tidak ingin keluar. Zayn dan Hazel terus mengusap belakang Luke

"Sampai aku bunuh dia ... aku tak tahu betul ke tak aku bunuh dia sebab aku bangun je nampak ada pisau atas katil aku dan mak aku dah mati dengan kekasih dia . Aku terus masuk tempat tahanan , tempat hospital tu . Aku kenal dengan diaorang , aku dipindahkan ke HQ lepastu Ray mula latih aku . Waktu tu aku pakai baju oren , thats mean ... orang paling berbahaya . Bila umur aku dah 14 aku pakai baju hijau , menandakan aku tahanan paling lama dan diyakini takkan lari . Tapi diaorang salah..." Sambung Luke perlahan.

"Kau kan tahanan yang berjaya lari waktu awal tahun tu?" tanya Liam perlahan . Luke hanya mengangguk.

"Jangan risau Luke . Kitaorang takkan pandang serong dekat kau , kitaorang semua pun pernah buat apa yang kau buat." pujuk Ares .

"Betul tu , lupakan je memori tu okay.." sambung Axel pula.

"Ada satu lagi memori..pasal korang " ucap Luke.

"Kitaorang?" tanya Zayn dan Luke hanya mengangguk. Dia mula menceritakan tentang apa yang dialaminya dengan perlahan .

"Kitaorang tak pernah fikir macam tu Luke , walau sesaat pun. Kitaorang memang ikhlas berkawan dengan kau" ucap Blake .

"Jangan percaya memori tu Luke. Kitaorang semua sayang kau , waktu awal-awal kau muncul kitaorang tahu kau bukan orang yang biasa sampai kena kawal ketat dengan pengawal . Kau ada banyak pengalaman daripada kitaorang , tapi satu je kau takde. Kau takde pengalaman berkawan , jadi kitaorang cuba wujudkan memori tu . Kitaorang tak kesah tentang segala kekurangan kau , semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing" nasihat Hazel lembut.

"Terpulang pada kau Luke , sama ada hidup dengan memori tipu tu atau paksa diri kau untuk lupakan memori tu dan jadi diri kau sendiri." ucap Celvin sambil menunjukkan sebuah gelas yang berisi air berwarna oren.

"Air carrot lagi ke?" tanya Luke jijik membuatkan mereka tergelak . Laju sahaja Celvin menggelengkan kepala.

"Ubat tu buang semua memori tipuan tu" terang Celvin . Perlahan-lahan Luke meminum air itu , kepalanya tergeleng-geleng apabila rasa air itu menyentuh lidahnya .

"Ubat paling sial aku pernah minum" protes Luke sambil menjilat bibirnya . "Tak ada ubat yang sedap" balas Celvin sambil tersenyum .

"Okey jom kanak-kanak , kita biarkan Luke berehat" ajak Celvin . Mereka semua terus keluar dari bilik itu meninggalkan Luke seorang diri disitu . Mata Luke mula memberat dan perlahan-lahan dia tertidur diatas katil itu.

••••••

"Aku tak expect dia punya past macam tu" ucap Dexter perlahan . Dia memandang Zayn dan Hazel yang sedang berbincang bersama Celvin.

"Okey aku memang agak dia terlampau kuat and tahu semua benda untuk umur dia . Tapi aku tak pernah agak yang dia punya past teruk macam tu." terang Dexter laju.

"Patutlah awal-awal tu dia taknak berkawan dengan korang , ada fake memori tentang korang dalam ingatan dia" ucap Axel perlahan.

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now