Z1 | 01

76 3 0
                                    

"Baru-baru ini terdapat kemalangan serius di kota besar Pranediz . Beberapa orang telah digigit dan menyebabkan sebuah virus mula tertular . Virus itu disebut sebagai virus python . Wilayah Burgira juga telah berhadapan dengan virus itu , jumlah keseluruhan wabak virus itu sekitar 500 orang manakala disini keseluruhannya ialah 60 . Berdiri disini Tuan Celvin untuk menyatakan tentang virus ini ... "

Seorang wanita tua segera merampas kontrol tv untuk menutup siaran tv itu dan memandang anak lelakinya itu. "Hazel ... dah berapa kali mama pesan? Jangan tengok berita tak bermanfaat macam ni" tegur Puan Hirah tegas .

"Tapi ma... Hazel nak tau apa jadi dekat kota besar tadi? Mama dengar tak apa dia kata tadi? Ada virus!" laju sahaja tangan Hazel merampas semula kontrol tv dan membuka siaran tadi semula . Puan Hirah mengeluh panjang , sejujurnya dia juga ingin tahu tetapi dia tidak ingin menjadi bimbang dengan apa yang terjadi.

" Jangan bimbang , kami sedang mengkaji untuk membuat serum kepada orang-orang yang telah tertular virus itu . Tetapi , terdapat beberapa orang yang tertular menjadi aggressif dan mula menularkan virus itu jadi saran saya kekal di rumah kerana kami tidak tahu lagi seberapa ramai yang telah tertular virus ini tanpa pengetahuan kerajaan..."

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi kaca pecah di dapur . Puan Hirah dengan pantas membuka laci disebelah televisyen dan mengeluarkan pisau

"Hazel , menyorok takpun panggil Uncle Sven . Mama pergi tengok" arah Puan Hirah

Hazel memandang Puan Hirah dan berlari memeluknya , wanita tua itu dengan pantas mencium anak lelakinya itu dengan lama . "Kalau mama tak keluar jugak tu maksudnya mama dah takde . Hazel duduk dengan Uncle Sven okay? Jangan nakal-nakal , mama sayang Hazel" bisik Puan Hirah pilu . Anak lelakinya itu mengangguk berat dan berlari ke arah rumah jirannya iaitu Sven .

"Hazel!" Panggil Sven cepat sebelum anak itu masuk ke dalam rumahnya. "Uncle! Mama suruh Hazel cari Uncle!" ucap Hazel laju apabila melihat pandangan Sven

Baru sahaja Sven ingin berkata sesuatu kediaman mereka dipenuhi bunyi kaca pecah , jeritan dan bermacam-macam lagi . Tangan Hazel ditarik oleh Sven dengan pantas dan masuk ke dalam sebuah lorong

"Kau tengok tak berita tadi?" Tanya Sven dan mendapat anggukan Hazel . Kediaman yang terjadi membuatkan Hazel jatuh terduduk . "J-jangan kata ... virus tu dah sampai sini!?"

Bahu anak lelaki itu ditepuk kuat oleh Sven . "Mana Hirah?" tanya Sven mengabaikan soalan Hazel . "Dalam rumah .. tadi dengar bunyi kaca pecah , mama terus suruh saya cari Uncle" terang Hazel

"Tolong!!" jerit seseorang . Hazel dan Sven memandang seorang wanita mengandung berlari keluar dari rumahnya kerana dikejar beberapa orang yang bermata hitam

Sven dengan pantas mengeluarkan pistolnya dan menembak lelaki yang mengejar wanita mengandung itu . "Hazel bawak perempuan tu berlindung!" arahnya tegas . Dengan pantas tangan wanita itu ditarik oleh Hazel dan mereka berlindung disebuah lorong gelap . Terdengar bunyi pekikan ramai orang yang telah digigit dan ada bunyi kerosakan

"Makcik okay?" Tanya Hazel risau . Wanita itu dengan pantas mengangguk laju dan berkali-kali mengucapkan terima kasih.

Sven masuk semula ke dalam lorong , tetapi kali ini bukan berseorangan tetapi ada beberapa kanak-kanak , wanita , lelaki dan orang tua .

"Mama!!" Jerit Hazel kuat dan berlari memeluk Puan Hirah . Puan Hirah segera mencium dahi anak lelakinya itu dan memeluknya dengan erat . "Hazel okay tak? Ada cedera ke?" Tanya Puan Hirah risau . "Hazel okay je. Mama okay tak?" tanya Hazel pulak

"Mama okay sayang .. mama okay"

•••••••••

Hazel memandang pusat keselamatan itu , mereka telah diselamatkan dan dikumpulkan beramai-ramai disebuah pusat keselamatan yang disediakan oleh pihak kerajaan . Puan Hirah dibawa ke sebuah ruangan lain dan beberapa lagi orang lain seperti Uncle Sven kerana berpotensi telah digigit . Hazel mendapati ramai kanak-kanak atau remaja seumuran dengannya disitu .

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now