"Cepat ambik je mana-mana!!" gesa Dexter . Kesemua tahanan mula mengambil senjata dan peluru . Ray dan Celvin pula masih dalam perjalanan kerana mereka pergi mengambil serum
"Kau ambik banyak ke?" tanya Smith pada Zach . Lelaki itu mengangguk laju dan sambung mengambil beberapa butir peluru.
"Ray dengan Tuan Celvin mana!?" tanya Axel risau . Dia memandang Luke yang sedang mengambil pisau dan pistol , tidak lupa juga dengan jaket anti peluru
"Serum , diaorang tengah ambik serum" balas Nayra laju. Mereka semua mula mengisi peluru ke dalam senjata mereka apabila mendengar langkah tapak kaki seseorang.
"Ni aku!!" jerit Carl kuat sambil mengangkat kedua tangannya apabila Luke dengan pantas menghunus pedang yang baru sahaja dia lihat tadi tepat dilehernya .
"Jangan buat macam tu Carl!" tegur Deniz sambil mengurut dadanya . Pedang itu terus disimpan kembali oleh Luke ditempatnya.
"Kau pergi mana?" tanya Collin risau . "Tadi ada beberapa pengawal tanya aku so dia stuck sikit" balas Carl .
"Cepat-cepat pergi dekat pintu keluar!" arah Ray laju sambil menarik tangan Sven. Mereka semua terus berlari menuju kearah pintu keluar .
BANGG! BANGG!
"TUNDUKK!!!" arah Luke kuat . Dia terus membantu beberapa orang untuk tunduk apabila para pengawal mula melepaskan tembakan.
Tembakan berbalas tembakan , Luke menembak pengawal yang cuba menghalang mereka dan dibantu juga oleh Liam , Alvi , Zayn , Hazel dan Ryz manakala Celvin sedang membuka pintu keluar
"Masukkan nama anda" arah komputer itu , laju sahaja jari Celvin menekan namanya
"Masukkan cap jari anda" arah komputer itu lagi .
"Sahkan id anda"
"Sahkan wajah anda"
"CEPATLAHH!" jerkah Ray kuat. Dia sudah hilang sabar dengan mesin itu. Dengan pantas pintu keluar mula terbuka dan mereka semua berlari keluar dari situ .
"Hazel!!" jerit Sven dan terus menarik Hazel untuk melindungi jejaka itu.
"Lari-lari!! Pergi dekat jambatan!" arah Elham kuat . Dia melihat keadaan sekeliling , mencari sosok tubuh Lai
"Elham!" jerit Lai kuat dan terus berlari memeluk Elham.
Peluru mula menghujani mereka dan kesemua peluru itu datang dari para pengawal dan beberapa robot yang membantu juga
Langkah mereka terhenti apabila melihat zombie yang muncul . Ares dan Otto dengan pantas menembak kesemua zombie itu.
"ARGHHH!" terkejut mereka semua apabila mendengar jeritan kesakitan dari beberapa tahanan.
"Jangan patah balik!!" laung Celvin kuat.
Zayn menarik tangan Ares dan mereka berdua mengetuai larian itu . Dengan bantuan beberapa tahanan mereka melindungi jambatan itu menggunakan beberapa kotak berisi batu.
"Ni jeke yang selamat?" tanya Dexter terkejut . Dia mula mengamati wajah satu persatu.
Lai
Elham
Penelope
Liam
Otto
Syah
Blake
Ares
Zayn"Bukak! Cepat!" ucap Luke . Dengan pantas Dexter berlari untuk membantu Blake dan Otto.
Terkelu lidah mereka semua apabila melihat mayat beberapa kawan mereka bergelimpangan . Luke memapah Axel dan Hazel sebelum Zayn dan Syah membantunya.
"M-mana Ray dan Celvin?" tanya Zayn pantas . Luke dengan pantas memalingkan tubuhnya dan berlari ke arah Celvin yang tidak boleh berlari akibat ditembak dibahagian kakinya
YOU ARE READING
ZOMBIE | C
ActionVirus baru menyerang kota besar Pranediz . Para penduduk mengira kerajaan menyelamatkan mereka namun sangkaan mereka terpesong jauh . Rupanya mereka akan dijadikan alat oleh para pemerintah . Muncul kumpulan pemberontak untuk mendapatkan keamanan da...