Z1 | 19

20 2 0
                                    

Celvin memandang Luke yang sedang terbaring lemah di katil. Tak sakit dia kata? Sudah 2 bulan Luke tidak makan jadi perutnya mula memulas jika dia makan makanan dan membuatnya muntah. Kaki kirinya lebam dan ada beberapa kesan luka disekitar tubuh.

"Aku tak boleh makan..." lirih Luke perlahan . Dia menggelengkan kepala apabila Zayn masih memaksanya untuk makan.

"Luke , kau kena biasakan diri kau untuk makan. Tengok badan kau , aku yakin kalau zombie makan kau dia takkan kenyang even untuk 1 jam" bidas Hazel .

"Come on Luke. Berlawan boleh , takkan makan tak boleh" ejek Blake pula membuat Luke memutar matanya malas.

"Aku bukan tak nak makan , aku memang lapar tapi perut aku tak dapat terima semua makanan ni" balas Luke . Baru sahaja mulutnya ingin bercakap sesuatu tangannya dengan pantas menarik tong sampah disebelahnya itu dan memuntahkan kembali isi perutnya

"Okey tu teruk jugak" ucap Celvin . Dia mengusap belakang tubuh Luke tetapi semakin teruk muntah remaja itu.

"Apa yang diaorang buat kat kau Luke sampai kau tak boleh nak makan makanan ni?" tanya Hazel perlahan . Sungguh , hatinya gusar apabila melihat Luke yang sering muntah kebelakangan ini.

"Entah-entah kau mengandung?" teka Dexter dan berjaya mendapat tamparan maut dari Zayn.

"Aku akan buat ubat untuk kau" ucap Celvin perlahan . Luke menyandarkan tubuhnya di katil itu sebelum mengeluh panjang.

"Nak buah?" tanya Axel perlahan. Luke hanya mengangguk.

"Kita kasi dia makan buah-buahan dulu , bila perut dia dah start boleh hadam buah baru kita kasi benda berat-berat" terang Axel sambil menghulurkan beberapa biji epal kepada Luke . Remaja itu dengan pantas memakan epal itu tanpa memuntahkan sebarang isi perutnya

"And yeah , aku rasa kita boleh terima fakta tu" ucap Hazel . Mereka semua tersenyum kecil , setidaknya Luke dah boleh makan.

••••

Syah memandang Celvin yang sedang berborak bersama Ares dan Axel sambil membuat ubat untuk Luke

"Dah rasa okay?" tanya Otto perlahan . Syah hanya mengangguk perlahan.

"Tak sangkakan Penelope khianat kita" ucap Otto perlahan. Pandangan teralih kearah Otto yang sedang menunduk.

"Lupakan dia Otto. Dia dah takde , bukan salah kau sebab kau tak sedar dia sebenarnya separuh zombie. Mesti kau rasa kehilangan kan? Aku dah lama tengok kau berkawan dengan Penelope , lagi-lagi bila korang berdua je perempuan dalam team ni" balas Syah perlahan .

"Tapi .. kalau aku sedar lagi awal mesti kau tak kena jugak kan" ucap Otto .

"Tak kesah lah kena ke tak , yang penting kita dah selamat . Kita patut kesian dekat Hazel sebab dah berapa kali dia kena" balas Syah lembut. Otto hanya mengangguk perlahan.

"Korang okay?" tanya Liam . Syah dan Otto terus memandang Liam yang duduk disebelah mereka berdua dan menghulurkan makanan

"More better" balas Otto . Syah hanya mengangguk dan mula memakan makanan itu. "Makan banyak sikit , tambahkan tenaga korang supaya cepat sembuh" ucap Liam dan berlalu pergi.

"Hazel dengan Luke macam mana?" tanya Syah . "Hazel luka biasa tapi takde side effect lepas sembuh . Luke pula dia ada beberapa luka and masalah penghadaman" balas Liam.

"Dia selalu dapat nightmare" tambah Syah .

"Apa?" tanya Liam tidak faham . "Dia mimpi buruk . Malam-malam aku dengar dia meracau , aku takut tu memori dia waktu dia kena seksa dekat Department" terang Syah . Liam menjilat bibirnya sambil mengangguk dan berlalu ke arah mereka yang lain.

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now