Sudah 2 tahun selepas tragedi Luke berjaya ditangkap oleh Jason. Mereka masih bertungkus lumus untuk menjejak Luke tetapi langsung tidak ada seorang pun yang berjaya mengetahui lokasinya. Yang mereka harapkan sekarang , televisyen yang kadang-kadang memaparkan perilaku Luke.
"Diaorang selalu dah on sekarang ni. Kenapa kosong je?" tanya Zayn risau . Tangannya mengetuk-ngetuk televisyen itu.
"Sabar .. mungkin diaorang ada masalah" balas Liam perlahan. Blake , Axel dan Ares sudah bersedia bersama laptop dimeja masing-masing. Mereka akan menjejak lokasi Luke sewaktu televisyen itu menyala dan memaparkan apa yang Luke lakukan.
SRETTZZZZ
"Korang mesti kawan-kawan Luke..."
" Aku tahu korang mesti tunggu luke , tapi kitaorang dah tak dapat nak record dia dah. Aku dah hantar lokasi aku pada komputer hacker korang , datang cepat. Selamatkan Luke!"
BAMMMMM
Tiba-tiba sahaja Jason muncul didalam skrin itu dan lelaki itu terus menyorokkan camera itu.
"Tuan?" tanya Mark pelik. Dia meneguk air liurnya kesat apabila Jason mendekatinya.
"Luke mana Luke!? Kenapa dia tak balik lagi dari misi dia!" jerit Jason kuat. Doktor Ayla dengan pantas menahan Jason dari mencekik Mark .
"Tuan! Luke masih dalam misi! Tuan yang hantar dia" marah Doktor Ayla. Mark dengan pantas berlalu keluar meninggalkan Jason dan Doktor Ayla sebelum memandang camera itu.
"Korang dengarkan? Jason dah menggila sebab Luke hilang , aku rasa Luke cuba lari diri. Petang ni , suruh semua rakyat kau masuk dalam safe basement korang. Jason dah lepaskan zombie dekat bandar....aku dengan luke akan datang" arah Mark sebelum mematikan camera
SRETZZZZZ
"Boleh percaya ke?" tanya Dexter ragu-ragu. "Betul ke tak belakang cerita , yang penting kita kena buat apa dia suruh" balas Queen Eliza. Dia dengan pantas mengarahkan para pengawal membuka safe basement untuk para rakyat Ockland.
"Jason tu memang dah gila" kutuk Celvin sambil meraup wajahnya kasar.
"Misi...kau rasa misi apa yang Luke buat?" tanya Axel pelik.
"Mungkin bunuh zombie?" teka Hedi perlahan. Zayn dari tadi hanya diam sambil memandang tangannya.
"Kita kena ada strategi" ucap Syah. Pandangan mereka teralih pada Celvin , Hazel dan Zayn.
"Kenapa kalau strategi je mesti kitaorang?" tanya Hazel perlahan. Penatlah nak berfikir.
"Sebab korang bertiga orang paling Luke percaya" balas Blake pantas. Mereka semua mengangguk , setuju dengan apa yang dikatakan oleh Blake.
"Aku rasa...Queen Eliza kena umumkan tentang zombie ni secara besar-besaran agar diaorang semua tahu. Kita jugak boleh turun untuk paksa rakyat-rakyat masuk safe basement" cadang Zayn.
"Aku rasa kita tak turun pun diaorang akan pergi jugak" balas Elena.
"Saya akan buat pengumuman sekarang" ucap Queen Eliza.
Mereka semua terus berjalan ke arah sayap timur Dynasty Ock itu . Pintu gerbang kaca itu dibuka dan Queen Eliza memegang sebuah mikrofon.
"Hack sekarang" arah Hazel. Mereka semua terus melacak semua alat telekomunikasi yang ada di kawasan Ockland dengan menggantikan dengan wajah Queen Eliza.
"Wahai rakyat beta yang beta kasihi. Datanglah ke Safe Basement beta , zombie mula berleluasa. Tempat itu dibuka kepada semua orang , datanglah dan berlindung. Para kawan-kawan beta akan jaga kalian semua"
YOU ARE READING
ZOMBIE | C
ActionVirus baru menyerang kota besar Pranediz . Para penduduk mengira kerajaan menyelamatkan mereka namun sangkaan mereka terpesong jauh . Rupanya mereka akan dijadikan alat oleh para pemerintah . Muncul kumpulan pemberontak untuk mendapatkan keamanan da...