Z1 | 27

17 1 0
                                    

Celvin memandang sekeliling ruang tamu rumah mereka , dipenuhi ramai orang. Mereka mengadakan parti dan menjemput beberapa orang dari sekolah Luke dan rakan-rakan kerja mereka.

"Mana Luke?" tanya Leo pada Zayn.

"Bilik . Pergilah ajak dia" balas Zayn sambil menunding jarinya ke atas. Leo mengangguk dan berjalan kearah bilik Luke diikuti juga oleh Nyx dan Otto.

"Luke.." panggil Otto sambil mengetuk bilik Luke. Langsung tiada balasan dan mereka terus masuk ke dalam bilik itu.

"Luke ada kawan-kawan kau" ucap Otto sambil duduk disebelah Luke yang masih tidur. Tangannya naik menarik selimut Luke.

"Aku malaslah...apa bising-bising kat bawah tu?" balas Luke mamai. Tangannya menepis tangan Otto yang cuba menarik selimutnya.

"Luke harini party tu. Bangun cepat , Nyx dengan Leo ada ni" ucap Otto dan terus menarik selimut Luke dengan lebih kuat membuatkan selimut itu terlepas dari tubuh Luke. Remaja itu hanya mengenakan short pants dan sleeveless berwarna putih.

"Kau tak boleh marah aku harini , sebab aku tak shirtless" usik Luke dan perlahan-lahan menggosok matanya.

"Bangun lah pemalas" ucap Nyx sambil terkekeh geli melihat perilaku Luke.

"Apa benda party malam-malam macam ni?" tanya Luke perlahan."Inilah party!" balas Leo sambil menarik tangan remaja itu. Mereka semua terus turun ke ruang tamu , berkerut kening Luke apabila melihat ramai orang sedang menari ditengah ruangan itu.

Banyak air dan makanan terhidang . Ada bau rokok , bau vape dan pelbagai bau lagilah.

"Good morning budak pemalas" bisik Dexter sambil memeluk tubuhnya sendiri. Dia memandang Luke yang masih mamai.

"Bising dowh" ucap Luke tidak suka.

"Nak buat macam mana. Tiya dengan yang lain yang nak" balas Zayn pula. Luke memandang Hedi menari bersama Blake , Liam berciuman bersama Otto , Quin menari bersama Axel dan Hazel pula sedang memeluk Tiya.

"Damn" umpat Luke kuat . "non imprecare o ti bacerò" bisik Zayn.

"baciami se puoi" balas Luke perlahan dan terkekeh kecil. Matanya menangkap Nyx yang sedang berbual bersama Ares dan Syah. Manakala Celvin sedang sibuk makan spaghetti carbonara yang dimasak oleh Blake.

Luke bergerak kearah sebuah meja kosong dan seorang lelaki menghulurkan air kearahnya.

"Apa ni?" tanya Luke pelik. "zapple d'aria" balas lelaki itu. Luke dengan pantas meminum air itu dan menyerahkan gelas itu kepada lelaki itu.

"Luke?" panggil Raven . Pandangan remaja itu beralih kearah Raven namun Raven sudah hilang di balik kerumunan orang itu. Pandangannya mula kabur dan berpusing-pusing.

"Aku tak rasa ni air zapple...damn Luke..." kutuk Luke didalam dirinya sendiri. Dia mengurut pelipisnya.

Liam dan Syah meneguk Red wine itu sebelum pandangan mereka jatuh pada Luke yang jalan terhuyung-hayang.

"Luke!" tubuh remaja itu disambut pantas oleh Ares. Tangan Luke mencengkam tangan Ares dengan kuat.

"A-aku tak biasa minum arak Ares..." ucap Luke perlahan. "Kau minum arak ke?" tanya Ares panik.

ZOMBIE | CWhere stories live. Discover now