Ray memandang Celvin yang sedang berbual bersama Luke , tepatnya Celvin berbual seorang diri . Luke dari tadi hanya diam sahaja tidak pun berdehem
"Kalau kau nak tahu Luke aku dengan Ray dah lama berkawan" ucap Celvin sambil menunding jari kearah Ray yang sedang bersandar di sofa belakang kerusi Luke . Pantas sahaja Luke memusingkan tubuhnya untuk melihat keberadaan Ray
"Kenapa kau dekat sini?" tanya Luke dingin membuatkan Ray mengangkat keningnya . "Kau still bawah jagaan aku , so aku kena ikut mana yang kau pergi" balas Ray tanpa mempedulikan riak tidak puas hati diwajah beku Luke .
"Hm alang-alang kopi aku dah nak sejuk , aku straight to the point jelah ye?" ucap Celvin sambil memandang Ray dan Luke dihadapannya silih berganti.
"Kitaorang ada jumpa beberapa orang yang memberontak , awalnye aku fikir tu kumpulan kau jugak tapi bila aku tanya diaorang , diaorang langsung tak tahu tentang Pranediz" ujar Celvin serius
" Diaorang dari Burgira" potong Luke pantas dan mendapat anggukan dari Celvin . "Kitaorang pun fikir macam tu , tapi kitaorang tetap kena jaga diaorang . Jadi aku nak mintak tolong kau untuk perhatikan diaorang waktu latihan , makan dan lain-lain" sambung Celvin
"Kenapa aku nak kena jaga diaorang pulak?" tanya Luke tidak suka. Awal-awal lelaki depan dia ni yang nak bunuh mereka semua , sekarang mintak tolong pulak.
"Sebab aku percaya kau . Okeylah , senang cerita macam ni . Kalau kau berjaya buat tugasan ni , aku akan tukar baju kau jadi warna putih" balas Celvin . Ray dibelakang Luke sudah mengerutkan dahinya .
"Tukar baju je? Seriously?" perli Luke sambil memeluk tubuhnya sendiri .
" Aku akan bagi kau tempat yang lebih selesa" runding Celvin. Luke tersenyum sinis
"Kitaorang. Bukan aku je , aku nak diaorang pun dapat sekali" ucap Luke sinis , dia memandang Celvin dengan pandangan merendahkan . Lelaki itu tentu sahaja mengeluh panjang sebelum mengangguk . Ray dan Luke terus berdiri dan keluar dari bilik Celvin.
Mereka melepasi bilik mesyuarat , bilik tahanan , bilik 05 dan cafeteria para pengawal . Pandangan Luke menjelajahi kesemua laluan yang mereka lalui dan menghafalnya didalam otaknya
"Kenapa kau terima tawaran Celvin tu?" tanya Ray . Semalam baru sahaja dia menceritakan masalahnya dengan Celvin kepada Luke agar jejaka itu tahu kenapa tingkah laku Celvin menjadi begitu .
"Sebab aku nak tolong dia . Kalau kau nak tahu Celvin jadi macam tu sebab desakan atasan dia" balas Luke . " Atasan ? Bukan ke dia yang paling teratas?" tanya Ray tidak faham . Luke dengan pantas menggeleng sebelum mereka berhenti tepat-tepat dihadapan sebuah bilik
"Kau pernah masuk bilik ni?" tanya Luke tiba-tiba . Dia mendapat gelengan dari Ray membuatkan dirinya tersenyum sinis .
" Sebelum Celvin berjaya sampai sini , ada seorang lelaki tua yang bagi pangkat dekat dia dengan janji Celvin mesti patuh kalau tak dia akan bongkarkan semua kejahatan Celvin . Awalnya Celvin tak layan tapi lelaki tua berjaya ugut sampai Celvin percaya dan sebab tu dia berubah . Atasan dia ada dalam bilik tu. Tengok , kau sahabat dia pun dia tak kasi kau masuk , dia takut kau pandang serong dekat dia" terang Luke dingin . Ray rasa tubuhnya bagai terkena renjatan elektrik apabila mendengar apa yang Luke ceritakan .
" Macam mana kau tahu?" tanya Ray perlahan . " Aku terserempak dengan dia waktu aku cuba larikan diri . Dia tangkap aku , aku manipulative kan dia sampai dia mula bukak mulut dan ceritakan dekat aku" balas Luke bangga . Tak sia-sia dia cuba larikan diri , sekurangnya dia tahu Celvin tidaklah jahat mana.
"Larikan diri? Serious lah ?" tanya Ray tidak percaya . Luke hanya tersenyum kecil membuat Ray mengeluh . Mereka berjalan semula kearah sel tahanan mereka . Dapat mereka lihat sel itu bagai tong pecah , kesemua orang didalam itu sedang bergaduh .
YOU ARE READING
ZOMBIE | C
ActionVirus baru menyerang kota besar Pranediz . Para penduduk mengira kerajaan menyelamatkan mereka namun sangkaan mereka terpesong jauh . Rupanya mereka akan dijadikan alat oleh para pemerintah . Muncul kumpulan pemberontak untuk mendapatkan keamanan da...