Chapter 3

16 3 0
                                    

Cengkerik mula menyanyi. Menghilangkan kesunyian waktu malam. Angin malam menampar lembut tubuh kecil Syahira hingga Syahira menggigil kesejukan. Syahira merapatkan dirinya dari unggun api. Matanya memandang Asy, Mira, dan Masya. Zara, Ummi dan ayahnya sedang mengemas khemah.

Lidi yang ada marshmallow dihalakan ke unggun api. Lengannya terasa lenguh.

"Nak main satu permainan tak?" Masya mulakan perbicaraan. Semua mata mula tertumpu pada Masya. Menanti cadangan untuk permainan itu.

"Apa dia?" serentak, Asy, Mira dan Syahira bertanya. Masya tersenyum penuh makna. Tak lama kemudian tertawa jahat. Marshmallow di tangannya ditiup kemudian memasukkan marshmallow ke dalam mulut.

"Thor or deh..."

"Apa deh?" Syahira terpinga-pinga. Tak pernah dengar pula game tu.

"Aduh!" Masya mengaduh kesakitan apabila merasakan seseorang memukulnya dari belakang. Matanya mengerling tajam wajah kakaknya. Sempat dia mencebik.

"Kunyah dulu. Baru cakap," tegas Zara. Geram pula dia dengan perangai tak semengah Masya.

"Game truth or dare. Nanti seseorang akan baling duit syiling ni. Siapa dapat kepala. Dia kena sahut cabaran. Siapa dapat ekor. Dia kena jujur. Apa-apa soalan perlu dijawab." Masya sudah tersenyum jahat. Beberapa makanan pedas letakkan ke hadapan. Ada kotak berisi serangga paling ditakuti Mira. Ada juga belon. Matanya memandang wajah Asy. Shaking terus tangan Asy!

Cuma Syahira saja tak tahu apa dia yang takut!

"Bermula dengan Syahira." Syahira membetulkan duduknya. Matanya memandang wajah Masya. Kemudian duit syiling yang ada di tangan kakaknya. Berdebar. Duit Syiling dilempar. Apabila Masya menyambutnya. Dia menghulurkan tangan. Kepala!

Ah... Ini dia lemah... Syahira boleh buat apa saja. Mana budak tu tahu apa maksud takut.

"Bagi akak fikir sepuluh minit." Masya memandang sekeliling. Tak lama kemudian senyuman nipis terlakar.

"Cuba buat Asy blushing." Syahira ternganga mendengar cabaran Masya. Gila! Tak pernah dia buat kerja gila tu.

"Tak boleh tukar ke?" Masya menggelengkan kepala. Syahira mendengus geram. Kenapa dia terjebak dengan permainan ni?

Syahira bangun dari duduknya. Langkah kakinya terasa berat. Otaknya masih memikirkan apa yang perlu dibuat. Janji tidak melampaui batas.

"Abang Asy..." Syahira duduk di sebelah Asy. Senyuman semanis gula diberi. Matanya dilirikkan. Asy tersentak. Mana kawannya yang garang nak mampus ni?

"Thanks sebab sentiasa ada untuk Hira..." nada suara Syahira semakin manja. Lidah Asy terkelu. Wajahnya memerah melihat mata bulat Syahira. Mata hazel Syahira bersinar bahkan bintang. Senyuman yang cukup menawan. Walaupun ini hanya sebuah permainan. Dapat dirasakan ucapan Syahira ikhlas.

"Dah! Merah macam tomato pula muka kau ni... Aku baru nak mula. Kak Masya, done." Syahira melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya tidak terlalu susah. Dia tak pandai bagi ayat romantik!

"Giliran Asy pula." Masya memberi duit Syiling pada Syahira. Tanpa membuang masa, Syahira melempar duit syiling ke udara. Dengan tangkas, Syahira sambut semula duit syiling itu.

"Ekor." Asy melepaskan nafas lega. Selamat bukan kepala! Kalau tidak. Mahu dia kena tiup belon sampai pecah. Bukan dia tak kenal Syahira.

"Apa ciri-ciri perempuan yang kau suka?" Asy terkejut. Matanya memandang wajah Syahira dengan riak wajah tak percaya. Mata Asy bertembung dengan mata Syahira. Lama, dia terleka dengan keindahan mata Syahira.

Code Name: NurmairaWhere stories live. Discover now