Chapter 30

20 2 0
                                    

"Ni nasib abang tak ade mesyuarat. Bolehlah tolong adik. Macam mana boleh jatuh motosikal ni?" Syahira tidak mendengar bebelan Khuzairi. Bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kakinya melangkah keluar dari hospital.

"Ala... Adik saudara kau terlanggar lubang je. Ingat boleh selamatkan motosikal dia. Rupanya terlanggar lubang." Khalid cuba mempertahankan Syahira. Namun yang mendapat hanya jelingan maut Khuzairi.

"Be... Betullah. Ingat dapat keluar kandang harimau. Rupanya masuk kadang buaya pula." Khalid tersengih.

"Lain kali hati-hati nasib lengan terseliuh je. Kalau patah?" Syahira melepaskan keluhan berat. Kenapalah Khalid bagitahu Khuzairi dia excited? Dah kena bebel.

"Ye... Memang orang sempat elak lubang lepas elak paku." Cebik Syahira. Bukan dia tak berhati-hati benda dah jadi enjoy jelah.

"Menjawab!" Marah Khuzairi pula. Syahira mendengus marah. Malas nak layan. Syahira pergi meninggalkan Khuzairi dan Khalid.

"Syahira! Kau tengah sakit tu." Syahira menjulingkan matanya ke atas. Langkah kakinya semakin laju.

"Orang cedera dekat tangan. Bukan dekat kaki!"   Khuzairi melepaskan keluhan berat. Nampak sangat Syahira marah padanya. Mana taknya. Dia halang Syahira keluar rumah selama 2 minggu! Kalau nak pergi kelas mesti ada orang hantar.

"Kalau Hira jenis terseliuh cepat baik. Tak apalah. Ini sekali terseliuh 2 minggu baru baik!" Cebik Khuzairi. Bukan dia kongkong kehidupan Syahira. Ini untuk kesihatan Syahira. Dia yakin. Punca lambat baik pun. Syahira buat latihan seolah-olah tak tercedera. Macam dia kenal Syahira sehari dua.

Pintu masuk hospital terbuka apabila Rizwan memecut laju ke hadapan. Matanya melilau mencari seseorang. Apabila mata Syahira bertembung dengan mata coklat terang Rizwan. Langkah kaki mereka berdua terhenti.

Nafas Rizwan turun naik. Peluh dingin membasahi dahinya. Rambut depan yang sedikit serabai diraup ke belakang. Langkah kakinya dibuka untuk mendekati Syahira. Apabila dia betul-betul di hadapan Syahira. Langkah kaki Rizwan terhenti.

Mata Syahira membulat besar apabila hujung lengan bajunya ditarik lembut oleh Rizwan. Mata Rizwan memandang tangan Syahira sudah berbalut.

"Siapa buat kau?" Syahira terkelu. Matanya memandang tepat ke retina mata Rizwan. Matanya berkaca. Terpancar ketakutan di mata Rizwan. Riak wajahnya kelihatan menahan rasa marah. Terkenang Syahira tercedera semata-mata menyelamatkannya.

Kenangan yang membawa diri Rizwan dalam penyesalan!

"Syahira!" Syahira tersentak apabila Khalif memanggilnya. Kepala berpaling ke belakang. Jelas, nafas Khalid tercungap-cungap. Seolah-olah baru mengejar langkah Syahira.

"Bang. Macam mana Syahira boleh tercedera? Mana orang yang cederakan Hira? Aku nak cincang dia!" Baru saja Rizwan ingin melangkah maju kehadapan. Khuzairi terlebih dahulu mencengkam pergelangan tangan Rizwan. Langkah kaki Rizwan terhenti. Matanya memandang wajah Khuzairi. Jelas, dia tidak puas hati apabila Khuzairi menghalangnya!

"Dia jatuh motosikal. Bertenang. Syahira terseliuh je." Khuzairi cuba menenangkan hati Rizwan. Faham, Rizwan trauma melihat Syahira cedera. Mereka semua tahu, Rizwan adalah Asy. Matanya, Rizwan memaksa mereka tutup mulut.

"Cuba nasihat sikit girlfriend..." kata Khalif terhenti apabila Rizwan melangkah mendekati Syahira. Mata Khalif membulat besar. Terkejut Rizwan menanggalkan sarung tangam Syahira.

Syahira jarang buka sarung tangan tanpa jari itu. Sangat jarang!

"Dah agak..." Rizwan menarik hujung lengan baju Syahira. Sama ada Khalif mahupun Khuzairi. Masing-masing terkejut dengan tindakan Rizwan.

Code Name: NurmairaWhere stories live. Discover now