Angin pagi menampar lembut wajah Syahira. Tudung bawal putih beralun mengikut arus angin. Kakinya makin laju mengayuh basikal. Sampai saja di tempat khas untuk letak basikal. Syahira berhenti mengayuh basikal. Dia mengunci basikal terlebih dahulu sebelum dia mengambil blazer dalam beg sandangnya. Tangan semakin lincah butang blazer. Dahinya berkerut apabila merasakan dirinya diperhatikan. Kepalanya menoleh ke belakang.
Syahira tersentak melihat beberapa orang memandang dia dengan pandangan sinis. Tubuhnya terasa berat. Teringat detik dia dituduh pembunuh. Satu sekolah juga mencercanya!
Kakinya cuba dipaksa untuk melangkah. Dada berdebar hebat. Dia tak sedap hati. Terasa ramai mata-mata memerhatikannya. Kepala tertunduk. Sejujurnya kisah silam telah menghantui dirinya.
"Syahira!" Syahira tersentak. Kepala berpaling ke belakang. Matanya memandang wajah risau Kim. Pandangan mata Kim cukup menghancurkan hatinya. Matanya berkaca. Terasa hangat turbin matanya.
"Tak... aku tak percaya." Nafas Kim turun naik. Hatinya terasa pedih. Kepala digeleng kasar. Lengan Syahira digenggam lebih kuat. Mustahil. Orang yang dia sayang buat sedemikian!
"Tak!" Lengan Syahira ditarik kasar hingga tubuh Syahira semakin dekat dengannya. Bahu Syahira dicengkam kuat. Mahu saja Kim memeluk gadis itu. Sedar akan batas Syahira. Dia bertahan dirinya melampaui batas.
"Tolong... Cakap kau tak bunuh orang. Tolong katakan kau bukan pembuli!" Mata Kim terpejam rapat. Kepala tertunduk. Cuba menahan rasa sebak di dada. Syahira tertunduk lemah. Matanya terpejam rapat. Air matanya mengalir deras. Dirinya terasa lemah apabila mendengar perkataan pembunuh. Bibir mengigil hebat. Hatinya makin kecewa dengan dirinya sendiri.
"Syahira!" Telinga menangkap suara Qarina dari belakang. Syahira mencelikkan matanya. Mata memandang wajah Kim dengan penuh kekesalan. Kim tersentak. Terkejut melihat riak wajah Syahira. Rasa hancur. Rasa sakit. Rasa kecewa. Itu yang dia dapat rasakan dengan pandangan mata Syahira.
"Ye... Ak...Aku punca adik aku mati. Ye! Aku punca kematian! Aku pembunuh! Tapi..."
"Tak! Bukan kau yang bunuh Mira! Kim!" Qarina memandang wajah Kim dengan penuh kekecewaan. Matanya memandang pula Neck yang baru sampai. Dada Neck turun naik. Tubuh tertunduk. Tangan sudah mencengkam lututnya. Letih berlari sejauh ini.
"Syahira..." Neck mendongak kepala. Matanya memandang wajah Syahira dengan pandangan sayu. Tidak dapat menahan rasa kesal. Kakinya melangkah lagi laju mendekati Syahira.
Mata Syahira ditatap dengan penuh kekecewaan. Melihat Neck sudah naik tangan. Syahira menjatuhkan tangan. Kelopak mata tertutup rapat. Bersedia menerima tamparan itu. Layaklah dia sebagai pembunuh.
Dahi Syahira berkerut apabila merasakan tubuh dipeluk. Terasa belakang tubuhnya sakit akibat tamparan Neck. Apabila dia mencelikkan mata. Esakan halus kedengaran. Syahira terkedu. Matanya terkebil-kebil.
"Kenapa kau rahsia dari aku. Kau..." Neck memeluk tubuh Syahira lebih erat. Hatinya simpati akan nasib sahabatnya. Kecewa dengan Liza. Kenapa perlu dia sebarkan fitnah ke atas Syahira?
Qarina yang melihat esakan Neck mengetap gigi. Hatinya terbakar panas. Kaki berundur beberapa tapak ke belakang. Pantas, Qarina memusingkan badannya ke belakang. Kaki memecut laju ke luar pagar. Dia yakin. Liza mesti datang dengan wajah takut!
Langkah Qarina mati serta merta apabila sampai ke pagar sekolah. Nafas Qarina turun naik. Matanya memandang sekeliling. Melilau matanya mencari kelibat si pengkhianatan itu. Namun, matanya lebih tertumpu pada seorang pelajar yang dihurung dengan puluhan pelajar. Kakinya melangkah lebih laju mendekati kelompok itu.
"Maaf." Qarina menyelit pada beberapa kelompok untuk menjumpai seseorang yang amat dia benci. Sampai saja ke tengah. Matanya memandang Liza menangis. Gigi Qarina diketap kuat. Wajahnya dibengiskan. Tidak dapat menahan kemarahan di lubuk hatinya. Qarina meluru laju ke arah Liza.
YOU ARE READING
Code Name: Nurmaira
حركة (أكشن)"Biar aku ubah takdir dengan tangan aku sendiri!"-Nurmaira Ramai orang sangka kehidupan gadis bernama Nur Maisarah Syahira sangat bertuah. Mana tidak? Mempunyai rupa yang cukup menawan, pintar, jaguh dalam dunia kokurikulum. Namun, kisah silamnya su...