Dahi Syahira berkerut menahan kesakitan. Kelopak matanya terasa berat. Memaksa diri untuk mencelikkan mata. Apabila matanya berjaya dibuka. Sedarlah dirinya berada di bilik serba hitam.
"Akhinya, sedar pun kau." Syahira tersentak. Kepala berpaling ke figura sedang duduk di atas kerusi gaming. Dahi berkerut apabila melihat figura yang amat dikenali.
"Aa...abang Khalif?" Khalif tersenyum senget. Peha kanan sudah disilang ke peha kiri. Tak sangka, Syahira jadi juniornya.
"Hello, Nurmaira." Syahira tersentak. Kepala berpaling ke belakang apabila terasa badan kerusinya disentuh seseorang. Matanya membulat besar. Tak sangka, Iqmal di belakangnya.
"Apa abang Iq..."
"Call him Qirman." Mendengar satu suara memotong soalannya. Syahira berpaling ke kiri. Jelas, Zufar sedang mengisi peluru di dalam pistol itu.
Tidak ada rasa gentar mahupun gementar apabila Zufar mengacu pistol ke wajahnya. Tatapan dingin Syahira cukup buat Zufar terhibur.
"Pandai kau pilih orang baru kita, Qirman. I like..." Zufar bangun dari duduknya. Bunyi kerusi besi semakin bingit apabila bergeser dengan lantai simen.
Derap kakinya semakin kuat. Zufar memusingkan pistol yang ada di tangannya. Tatapan dingin Syahira bertembung dengan tatapan penuh sombong Zufar.
Pak!
Pistol di letak kasar di atas meja kayu. Senyuman mengejek terlakar dibibir Zufar. Syahira mengetap gigi. Dirinya terasa tercabar!
"Kalau kau hebat sangat. Cuba tembak buah epal dekat situ." Pantas, mata Syahira memandang jari telunjuk Zufar sudah dihala ke hadapan. Jelas, buah epal di atas almari tinggi.
"Oh... Tak mencabar." Zufar membuka semua component pistol itu. Peluru yang baru dimasukkan di keluarkan semula. Satu per satu dijatuhkan di agas lantai. Yang tinggal hanya satu peluru!
"And... call me, Zen. Good luck. One minute." Serentak dengan itu, Zufar memulakan masa. Tangan kecil Syahira semakin lincah memasang semua komponen yang dileraikan. Apabila selesai, satu peluru itu dimasukkan ke dalam pistol. Tangan dihala ke sasaran.
Bang!
Berderai buah epal apabila Syahira melepaskan tembakan. Mata Ikhwan membulat besar. Dia memang pakar snaper. Tapi, dia tak selaju Syahira!
"Apa semua ni?" Iqmal hanya mendiamkan diri. Matanya memandang wajah Zufar. Jelas, dia tersenyum puas.
"Aku tanya. Apa semua ni!" Semakin kasar suara Syahira. Nafas Syahira turun naik. Gigi diketap kuat. Bengang apabila dirinya dicabar!
"Kenapa adik ambik belian tu?" Kali ini Iqmal tidak menjawab soalan soalan bakal adik iparnya. Perasaan risau mula hadir. Semakin kuat dendam The Aconitum dengan Syahira!
"Belian? Apa? Penting sangat ke belian tu, hah!" Kali ini Syahira tidak dapat menahan kesabaran. Matanya memandang tajam wajah Iqmal. Kenapa perlu menculiknya? Kenapa tak bagitahu awal-awal selepas dia tumpaskan peragut?
"Itu kunci utama untuk laluan rahsia. Musuh perlukan belian tu untuk..."
"Karut! Kau fikir aku nak percaya? Heh!" Dengan kasar, Syahira melabuhkan duduk. Tangan sudah disilangkan ke dada. Semakin meluat dengan alamsan Iqmal.
"Masalahnya, ia terlibat dengan kejadian bulan berdarah." Syahida tersentak. Kepala memandang pula wajah Khalif. Tak percaya kejadian itu yang sepatutnya dah selesai. Dibuka semula cerita.
"Kami perlukan adik, untuk selesaikan kes ni." Kali ini, Ikhwan pula bersuara. Kkainya melangkah mendekati Syahira. Pantas, beberapa bukti gambar ditunjukkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Code Name: Nurmaira
Action"Biar aku ubah takdir dengan tangan aku sendiri!"-Nurmaira Ramai orang sangka kehidupan gadis bernama Nur Maisarah Syahira sangat bertuah. Mana tidak? Mempunyai rupa yang cukup menawan, pintar, jaguh dalam dunia kokurikulum. Namun, kisah silamnya su...